Sale!

NW55 Lipstick

RM 59.90 RM 51.00

Product Description

NW55 LIPSTICK

NW55 Lipstick diformulasi bagi membantu menyerlahkan warna bibir secara semulajadi mengikut suhu badan dan darah seterusnya menaikkan seri wajah. Ia turut diperkaya dengan kebaikan kolagen, biji bunga matahari, minyak zaitun dan minyak kelapa bagi memelihara kelembapan dan keanjalan bibir yang kering dan merekah sekaligus menjadikannya tampil lebih mungil dan menawan.

Kandungan: 4 g

KEBAIKAN NW55 LIPSTICK

  • Memelihara kelembapan bibir
  • Memelihara kehalusan bibir
  • Mengatasi masalah bibir kering dan merekah
  • Menyerlahkan warna bibir secara semulajadi mengikut suhu badan dan darah
  • Menaikkan seri wajah
  • Meningkatkan keanjalan bibir
  • Melindungi bibir daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV
  • Turut sesuai dijadikan sebagai pemerah pipi

KANDUNGAN NW55 LIPSTICK

  • Minyak Castor Terhidrogenasi: Minyak yang diesktrak dari buah jarak ini bukan sahaja baik untuk kulit, malah berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir di samping menjadikannya lebih mungil dan menawan.
  • Zaitun (Olea Europaea): Ekstrak buah zaitun sememangnya tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan bibir di samping memelihara kelembapan bibir serta menjana tisu kulit bagi menjadikan bibir anda lebih halus dan lembut.
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Biji bunga matahari kaya dengan khasiat dari sumber vitamin E yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan bibir anda di samping membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan bibir yang mengelupas, kasar dan kering.
  • Titanium Dioksida: Titanium dioksida bertindak melindungi bibir anda daripada kerosakan dan proses penuaan akibat pancaran radiasi UV.
  • Lilin Lebah Sintetik (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin yang dihasilkan di dalam sarang lebah serta serta boleh dihasilkan secara sintetik. Ia berupaya melindungi bibir daripada udara dan elemen lain yang akan mengeringkan bibir anda. Hasilnya bibir anda kekal lembap dan kelihatan lebih menyerlah.
  • Lilin Candelilla Terhidrolisis Sintetik: Lilin Candelilla yang dihasilkan secara sintetik ini berupaya memelihara tekstur produk ini serta berfungsi sebagai emolien bagi membantu memelihara kelembapan bibir anda.
  • Tocopheryl Acetate: Bahan yang merupakan sejenis vitamin E ini ternyata tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang kerosakan sel tubuh di samping memelihara kelembapan bibir anda dan melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UV di samping membantu mengekalkan kelembutan dan keremajaan bibir.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia bersifat antioksidan serta mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit mahupun bibir. Kolagen juga berkesan untuk meningkatkan keanjalan dan kehalusan bibir seterusnya membantu menyerlahkan lagi keremajaan bibir anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): Sebatian organik ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang memelihara produk ini daripada kerosakan serta tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan.
  • Triclosan: Triclosan merupakan agen antibakteria yang bertindak sebagai bahan pengawet bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • CI 77491: CI 77491 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.

CARA PENGGUNAAN NW55 LIPSTICK

  • Oleskan pada bibir anda pada bila-bila masa yang dikehendaki.

SKU: NW5 005 Categories: , ,