Sale!

NW55 Fast Grow Herbal Shampoo

RM 48.00 RM 40.00

Product Description

NW55 FAST GROW HERBAL SHAMPOO

NW55 Fast Grow Herbal Shampoo dirumus khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein khusus untuk menyuburkan rambut anda di samping membantu menjadikannya lebih lembut dan bermaya.

Kandungan: 150 ml

KEBAIKAN NW55 FAST GROW HERBAL SHAMPOO

  • Menggalakkan kesuburan rambut
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur
  • Mengukuhkan rambut dari akarnya
  • Mengatasi dan mencegah masalah kelemumur
  • Mengatasi masalah kulit kepala yang kering
  • Membantu dan merawat pembentukan sel tisu kulit kepala yang baru
  • Melindungi kulit kepala dan rambut daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV
  • Merawat sel-sel rambut yang rosak
  • Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
  • Merapikan rambut agar mudah diurus
  • Menjadikan rambut anda lebih lembut dan bermaya
  • Menyegarkan kulit kepala

KANDUNGAN NW55 FAST GROW HERBAL SHAMPOO

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. Ia berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
  • Sodium Laureth Sulfate: Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih yang amat sering digunakan di dalam produk penjagaan diri.
  • Isirung Kelapa Sawit: Minyak yang diesktrak dari isirung kelapa sawit kaya dengan asid laurik dan vitamin E yang baik untuk rawatan rambut. Selain membantu membersihkan kotoran dan kesan minyak, minyak isirung kelapa sawit juga mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut dan kulit kepala.
  • Diethanolamide: Bahan ini sering menjadi antara kandungan di dalam produk penjagaan diri serta bertindak sebagai bahan penstabil dan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk tersebut.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini berfungsi mencuci minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah rambut kering dan kelemumur serta menyerap kelembapan ke dalam struktur rambut dan kulit kepala.
  • Bunga Raya: Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
  • Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala. Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara pula berupaya mengatasi masalah kelemumur dan menggalakkan kesuburan rambut.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang dan mencegah masalah uban di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala serta melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala seterusnya membantu menyuburkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut. Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antibakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur mahupun kutu.
  • Spirulina: Spirulina merupakan sejenis alga atau rumpai laut yang tinggi kandungan asid amino, asid lemak, vitamin A dan beta-carotene yang ternyata baik untuk rawatan rambut. Di samping mampu mengatasi masalah kelemumur, spirulina juga berkesan untuk menyuburkan rambut seterusnya membantu mengatasi masalah rambut gugur.
  • Noni (Morinda Citrifolia): Buah noni yang berupaya menguatkan sistem imunisasi ini turut memberikan kesan positif terhadap kesuburan rambut. Ia bersifat antioksidan serta berupaya memelihara rambut dan kulit kepala daripada kerosakan serta membantu menjadikan rambut anda lebih sihat dan bersinar.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan serta mengharumkan anda.
  • Sodium Klorida: Sodium klorida merupakan garam semulajadi yang boleh diperoleh dari air laut. Ia berfungsi sebagai agen penebal di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

CARA PENGGUNAAN NW55 FAST GROW HERBAL SHAMPOO

  • Urut pada rambut yang basah.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Amalkan setiap hari untuk hasil yang terbaik.

SKU: NW5 004 Categories: , ,