Sale!

NW55 Fast Grow Hair Cream

RM 58.00 RM 49.00

Product Description

NW55 FAST GROW HAIR CREAM

NW55 Fast Grow Hair Cream dirumus khas daripada herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein yang penting untuk rawatan rambut. Kombinasi ekstrak bunga raya, minyak kelapa dara, minyak zaitun serta spirulina berupaya menyuburkan rambut di samping membantu mengukuhkan rambut dari akarnya seterusnya menjadikannya lebih lembut dan bermaya.

Kandungan: 120 gm

KEBAIKAN NW55 FAST GROW HAIR CREAM

  • Menyuburkan rambut
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur
  • Mengukuhkan rambut dari akarnya
  • Mengatasi dan mencegah masalah kelemumur
  • Mengatasi masalah kulit kepala yang kering
  • Membantu dan merawat pembentukan sel tisu kulit kepala yang baru
  • Melindungi kulit kepala dan rambut daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV
  • Merawat dan memulihkan kerosakan rambut
  • Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
  • Merapikan rambut agar mudah diurus
  • Menjadikan rambut anda lebih lembut dan bermaya
  • Menyegarkan kulit kepala

KANDUNGAN NW55 FAST GROW HAIR CREAM

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. Ia berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.
  • Minyak Zaitun Terhidrogenasi: Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang dan mencegah masalah uban di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala serta melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala seterusnya membantu menyuburkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut. Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antibakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur mahupun kutu.
  • Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala. Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara pula berupaya mengatasi masalah kelemumur dan menggalakkan kesuburan rambut.
  • Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis): Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan serta mengharumkan rambut anda.
  • Karbomer: Ramuan yang sering digunakan dalam pembuatan kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping mengatasi masalah kegatalan.
  • Triethanolamine: Sebatian alkali ini bertindak menstabilkan tahap pH serta membantu menyatukan kandungan di dalam produk ini.
  • Spirulina: Spirulina merupakan sejenis alga atau rumpai laut yang tinggi kandungan asid amino, asid lemak, vitamin A dan beta-carotene yang ternyata baik untuk rawatan rambut. Di samping mampu mengatasi masalah kelemumur, spirulina juga berkesan untuk menyuburkan rambut seterusnya membantu mengatasi masalah rambut gugur.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
  • Noni (Morinda Citrifolia): Buah noni atau lebih dikenali sebagai mengkudu yang ternyata mengandungi pelbagai khasiat bersumberkan vitamin, mineral dan protein untuk membantu merawat masalah rambut gugur dan kelemumur di samping melembut dan melembapkan kulit kepala. Ia bersifat antioksidan serta berupaya memelihara rambut dan kulit kepala daripada kerosakan serta membantu menjadikan rambut anda lebih sihat dan bersinar.

CARA PENGGUNAAN NW55 FAST GROW HAIR CREAM

  • Sapu dan ratakan NW Fast Grow Hair Cream pada rambut dan kulit kepala.
  • Urut selama beberapa minit.
  • Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

SKU: NW5 003 Categories: , ,