Sale!

NW55 Facial Scrub Cleanser

RM 58.00 RM 49.00

Product Description

NW55 FACIAL SCRUB CLEANSER

NW55 Facial Scrub Cleanser bertindak membasmi sel kulit mati, kotoran dan kesan minyak dia dalam liang pori yang menjadi punca masalah jerawat. Ia turut berkesan untuk mengatasi masalah pigmentasi dan kulit kusam seterusnya menjadikan kulit wajah anda tampil lebih cerah dan berseri.

Kandungan: 100 gm

KEBAIKAN NW55 FACIAL SCRUB CLEANSER

  • Membersihkan kulit wajah tanpa pengelupasan
  • Menanggalkan sisa kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit wajah
  • Menyingkirkan bintik-bintik hitam pada wajah
  • Mengurangkan kesan parut, jeragat dan masalah kulit kusam
  • Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit wajah
  • Mencegah penuaan kulit pra-matang
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Menyegarkan kulit wajah anda

KANDUNGAN NW55 FACIAL SCRUB CLEANSER

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang membantu menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk ini di samping membantu menentang pembiakan bakteria yang boleh merosakkan kandungan produk.
  • Alkohol: Alkohol digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi bertindak membentuk struktur kandungan produk tersebut di samping membantu menggalakkan fungsi dan penyerapan kandungan produk ke dalam lapisan kulit.
  • PEG-7 Glyceryl Cocoate: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya membantu menggalakkan fungsi dan keberkesanan ramuan di dalam produk ini. Ia juga berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan dan seri kulit.
  • Manik PE: Butiran halus yang terhasil daripada polyethylene merupakan sebatian yang berperanan sebagai agen pengemulsi dan berupaya mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Karbomer: Ramuan yang sering digunakan dalam pembuatan kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan kulit di samping mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.
  • Biji Anggur (Vitis Vinifera): Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
  • Imidazolidinyl Urea: Imidazolidinyl Urea adalah bahan pengawet yang membantu mencegah serangan bakteria daripada merosakkan ramuan di dalam produk ini.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.

CARA PENGGUNAAN NW55 FACIAL SCRUB CLEANSER

  • Letakkan sedikit NW55 Facial Scrub Cleanser pada tapak tangan.
  • Bubuh sedikit air dan urut selama 5 minit pada bahagian muka.
  • Bilas sehingga bersih.

SKU: NW5 002 Categories: , ,