Sale!

NW55 CC Cream

RM 59.90 RM 51.00

Product Description

NW55 CC CREAM

NW55 CC Cream bertindak sebagai agen pelembap dan pencerah bagi menghasilkan kulit wajah yang tampil lebih segar dan berseri. Struktur NW55 CC Cream yang lembut, ringan, lembap dan tidak berminyak menjadikannya sesuai untuk digunakan semua jenis dan tona kulit.

Kandungan: 15 ml

KEBAIKAN NW55 CC CREAM

  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV)
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Membantu menegangkan kulit
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kesan cela pada wajah
  • Mencegah proses penuaan pra-matang
  • Tidak berminyak
  • Sesuai untuk semua jenis dan tona kulit

KANDUNGAN NW55 CC CREAM

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Aluminium Starch Octenylsuccinate: Ia merupakan karbohidrat kompleks yang terhasil daripada tumbuhan dan bertindak menggalakkan fungsi SPF untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV).
  • Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, melindungi tubuh daripada radikal bebas, merawat sel kulit serta membasmi bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu yang akan merosakkan kulit.
  • Disodium EDTA: Disodium EDTA (asid Ethylenediaminetetraacetic) berfungsi sebagai bahan pengawet dan penstabil di dalam produk ini di samping membantu memulihkan kerosakan pada sel kulit.
  • Caprylic/Capric Triglyceride: Gabungan triester yang terhasil dari asid lemak minyak kelapa dan gliserin ini mampu menyerap ke dalam lapisan sekaligus berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya mencegah daripada kerosakan sel di samping membantu menggalakkan fungsi vitamin, pigmen, dan bahan aktif lain di dalam sesuatu produk.
  • Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
  • Timun: Di samping bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit, timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus serta sebarang cela pada kulit wajah.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Kigelia Africana: Herba yang merupakan agen antioksida ini sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Afrika untuk memulihkan masalah kulit seperti kegatalan dan kanser kulit. Selain berupaya membantu menentang penghasilan sel melanoma yang merupakan sejenis sel kanser kulit yang berbahaya, Kigelia mengandungi phytochemical seperti flavonoid, luteolin dan quercetin berupaya mengukuhkan struktur kolagen di bahagian tubuh seterusnya membantu memejalkan payudara. Herba ini juga berupaya mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan di samping mencerahkan pigmen kulit, mengekalkan kelembapan kulit, serta membantu mempercepatkan pemulihan luka dengan fungsi antibakterianya.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Actipone Bengkoang: Ramuan yang terhasil daripada bengkoang atau sengkuang ini kaya dengan serat ini bukan sahaja menjadi sebahagian daripada hidangan di Malaysia, malah mempunyai khasiat untuk menyihatkan kulit. Selain kaya dengan serat, sengkuang turut mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada kulit.
  • Glyceryl Stearate: Glyceryl Stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu, di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Kolagen Marin: Kolagen dari sumber marin yang boleh diesktrak dari kulit atau sisik ikan air masin ini merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit di samping menggalakkan proses pemulihan luka, mengurangkan kesan parut dan kedutan serta menentang proses penuaan kulit.
  • Likuoris: Turut dikenali dengan nama Akar Manis, tumbuhan ini tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping berupaya mengatasi masalah kulit dan radang, likuoris juga mampu memudarkan bintik-bintik hitam, parut dan kesan cela serta membantu meningkatkan kecerahan kulit.
  • Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Vitamin E: Vitamin E merupakan agen anti-oksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Asid Askorbik (Vitamin C): Asid askorbik atau vitamin C merupakan zat paling penting penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan, selain menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit.
  • Ascorbyl Palmitate (Vitamin C): Sebatian organik ini merupakan sejenis asid arkobik yang kaya dengan kandungan vitamin C serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Niacinamide: Niacinamide merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksidan yang meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu mencegah masalah radang.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN NW55 CC CREAM

  • Sapukan NW55 CC Cream pada seluruh wajah.
  • Amalkan setiap pagi dan malam selepas mencuci wajah.

SKU: NW5 001 Categories: , ,