Sale!

Multi Premium BB Cream Tia Amelia

RM 65.00 RM 59.00

Product Description

Multi Premium BB Cream Tia Amelia

Multi Premium BB Cream keluaran Tia Amelia menghimpunkan mineral dan herba-herba yang membekalkan manfaat bagi kulit wajah agar anda tampil lebih anggun dan menawan.

Kombinasi kolagen, tomato, daun teh, beeswax dan akar ginseng berupaya membantu mengurangkan cela pada wajah seperti parut jerawat dan kesan penuaan, di samping mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit dan menghasilkan tona kulit yang sekata. Multi Premium BB Cream turut mengandungi SPF50 yang berkesan untuk melindungi kulit anda dari sinaran ultraungu (UV) yang boleh menjejaskan kejelitaan wajah.

Khasiat Multi Premium BB Cream Tia Amelia

  • Menyerlahkan seri dan kejelitaan kulit
  • Menyamarkan cela seperti parut jerawat dan bintik-bintik hitam
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meratakan tona kulit
  • Membantu menentang penuaan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV)
  • Menggalakkan fungsi dan pertumbuhan sel kulit
  • Mencegah daripada kerosakan sel kulit
  • Mebantu meningkatkan keanjalan kulit

Kandungan Multi Premium BB Cream Tia Amelia

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan ultraungu.
  • Glycerin: Glycerine merupakan sebatian polyol yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit serta mampu mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Cecair yang berupaya melindungi kulit daripada sinaran ultraungu sekaligus menentang kerosakan kulit dan proses penuaan, di samping mengurangkan kesan parut pada kulit.
  • Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu menentang pembiakan bakteria.
  • Mineral Oil (Minyak Putih): Minyak mineral atau minyak putih terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
  • Polyglyceryl-4 Isostearate: Bahan pengemulsi yang berasaskan tumbuhan ini mengandungi asid isostearik yang merupakan sejenis asid lemak yang berperanan memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit.
  • Cetyl Dimethicone Copolyol (Abil EM90): Cetyl Dimethicone Copolyol merupakan sejenis silikon yang bertindak sebagai bahan pengemulsi di samping berupaya membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Hexyl Laurate: Hexyl Laurate merupakan ester kepada sebatian hexyl dan asid laurik serta berfungsi sebagai bahan pelarut di samping membantu mengekalkan kehalusan kulit
  • Cyclopentasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang berupaya membantu megekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Cyclohexasiloxane: Seperti Cyclopentasiloxane, bahan ini juga merupakan sejenis silikon yang berupaya membantu megekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan dan seri kulit.
  • Dimethicone: Merupakan sejenis minyak silikon, Dimethicone berupaya membantu menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sodium Klorida (Garam): Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium klorida. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
  • Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Butylene Glycol: Sebatian yang terhasil daripada petroleum ini berfungsi memelihara sesebuah produk kosmetik di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sorbitan Sesquioleate: Bahan yang terhasil daripada sorbitol ini adalah emolien atau pelembap yang membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Polyquaternium-10: Polyquaternium-10 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi sebagai pelembap dan menyerlahkan seri permukaan kulit.
  • Daun Teh (Camellia Sinensis): Anti-oksidan dan polyphenyl yang terdapat dalam teh hijau dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh disamping meningkatkan tahap oksida lemak. Juga dikenali dengan nama Latinnya, Camellia Sinensis, teh hijau mampu meningkatkan tahap tenaga dan kemampuan tubuh untuk membakar lemak meningkat sebesar 4% dalam tempoh 24 jam setelah pengambilannya. Disamping itu, ia juga mengatur menghalang peningkatan gula dalam darah setelah makan, menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori.
  • Kulit Kayu Pokok Mulberi (Morus Alba): Kulit kayu pokok ini bersifat antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan kulit dan membantu melambatkan proses penuaan kulit. DI samping itu, ia juga berupaya mengatasi tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan kecerahan kulit serta menghapuskan cela pada kulit.
  • Akar Ginseng: Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit dan melancarkan peredaran darah di bahagian kulit.
  • Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, gelatin juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi di dalam produk krim atau losyen.
  • Magnesium Aluminium Silicate Mineral: Bahan ini terhasil daripada tanah liat dan berupaya mengekalkan kelembapan kulit.
  • Hydrated Ferric Oxide: Ferric Oksida yang telah dihidratkan dengan alkali ini merupakan sebatian bukan organik yang berfungsi sebagai pigmen untuk menambah warna pada bahan kosmetik.
  • Ferric Oxide: Ferric Oksida merupakan sebatian bukan organik yang berfungsi sebagai pigmen untuk menambah warna pada bahan kosmetik.
  • Ferrous-Ferric: Bahan mineral ini sering ditemui di dalam batu metamorfik dan merupakan sumber kepada besi serta berupaya merangsang fungsi dan pertumbuhan sel kulit.
  • Kultur Callus Tomato: Kultur Callus merupakan sel yang diekstrak dari tumbuhan seperti buah tomato ini terdiri daripada makronutrien dan mikronutrien yang terbukti mampu mengecilkan pori-pori, menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit.
  • 1,2-Hexanediol: Bahan pelembap ini sememangnya sarat dengan nutrien seperti asid Alpha-Lipoic yang berfungsi sebagai agen antioksida untuk meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah daripada kerosakan sel dan penuaan kulit. Ia turut mengandungi Chrysin yang merupakan bioflavonoid yang bersifat antiradang, selain Indole-3-Carbinol yang berupaya menentang serangan kanser. Kandungan Diosgeninnya pula berperanan menstabilkan tahap kolestrol dalam darah manakala Glucosamine Hydrochloride membantu melambatkan kemerosotan sendi sekaligus meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.
  • Disodium EDTA: Disodium EDTA (asid Ethylenediaminetetraacetic) berfungsi sebagai bahan pengawet dan penstabil di samping berupaya memulihkan keracunan logam di samping membuang zat besi dan kalsium yang berlebihan dari tubuh badan.

Cara Penggunaan Multi Premium BB Cream Tia Amelia

  • Titikkan krim pada bahagian dahi, pipi dan dagu
  • Ratakan hingga ke bahagian leher
  • Jangan sapu pada bahagian yang bermasalah seperti luka, ruam dan radang
  • Jauhkan dari sinaran matahari
  • Jauhkan dari kanak-kanak
  • Hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat pakar jika terdapat reaksi alahan

Incoming search terms:

  • bb cream tia amelia
  • bb krim tia amelia
  • harga bb cream tia amelia
SKU: TIA 014 Categories: , ,