Sale!

Minyak Selesa Jamu Jelita

RM 9.90 RM 8.00

Product Description

MINYAK SELESA JAMU JELITA

Minyak Selesa keluaran Jamu Jelita dirumus dengan ramuan semulajadi berasaskan campuran minyak pati tumbuh-tumbuhan seperti kelapa sawit, buah pala, halia, lada hitam, cengkih dan serai wangi yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan. Ia sesuai untuk kegunaan bayi dan golongan dewasa terutama di kalangan ibu bersalin.

Kandungan: 15 ml

KEBAIKAN MINYAK SELESA JAMU JELITA

  • Memelihara kelembutan dan kehalusan kulit
  • Mencegah proses penuaan
  • Mengurangkan kesan kedutan mahupun garis-garis halus
  • Mengurangkan kesan rekahan (stretchmark) bagi ibu bersalin
  • Mengatasi masalah radang serta kulit terbakar
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka
  • Mempunyai haruman yang menenangkan
  • Menyegarkan lagi tubuh badan anda
  • Diformulasi dengan 100% ramuan asli tradisional
  • Sesuai untuk kegunaan bayi serta golongan dewasa termasuk ibu bersalin

KANDUNGAN MINYAK SELESA JAMU JELITA

  • Minyak Kelapa Sawit: Minyak kelapa sawit kaya dengan toctrienol, sejenis vitamin E yang sering digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan risiko serangan kanser kulit.
  • Eucalyptus: Minyak eucalyptus atau kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.
  • Buah Pala: Nutmeg atau buah pala berupaya mengekalkan kehalusan kulit, menyingkirkan sel kulit mati serta mengatasi masalah jerawat, parut dan bintik-bintik hitam.
  • Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam selain berupaya menyingkirkan toksin. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit.
  • Bawang Merah: Bawang merah tinggi kandungan flavonoid yang bersifat antioksidan bukan sahaja berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan penuaan dan mengurangkan serangan kanser, malah turut berfungsi sebagai agen antiradang
  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu menyahtoksin, mengatasi masalah jerawat, mengurangkan kesan parut, menaikkan seri wajah di samping berfungsi sebagai agen antioksida yang baik bagi melambatkan proses penuaan kulit.
  • Bawang Putih: Selain membantu melancarkan sistem pernafasan dan penghadaman, bawang putih juga dapat memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, mencegah jangkitan kuman dan masalah radang serta membantu mengatasi masalah jerawat dan bintik-bintik hitam. Di samping itu, bawang putih juga diyakini dapat mengurangkan kesan regangan kulit yang sering dialami oleh ibu bersalin.
  • Kayu Manis: Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.
  • Inggu (Ferula Assa Foetida): Daun Inggu berupaya memulihkan demam, selsema, batuk, kekejangan otot, sakit dada, radang dan penyakit cacing.
  • Kunyit: Kunyit bersifat antioksidan dan berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga berupaya meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan bintik-bintik hitam pada wajah dan mengatasi masalah kulit dan kegatalan. Selain itu, kunyit turut mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka.
  • Jintan Hitam (Habbatus Sauda): Di samping memelihara kesihatan dalaman, Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid linolenic dan linoleic ini turut berupaya mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kusam di samping membantu memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kehalusan kulit serta membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit.
  • Jadam (Aloe Vera): Jadam yang diproses daripada tumbuhan Aloe Vera berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini turut berupaya membasmi bakteria, mengurangkan radang dan kekejangan otot di samping membantu mengatasi penyakit kulit serta melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan kesakitan mahupun ketidakselesaan pada tubuh. Cengkih turut kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin A dan C yang berperanan menyingkirkan toksin di samping membantu memelihara kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Serai Wangi: Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan. Di samping itu, serai juga berupaya memelihara kelembapan kulit, mencegah proses penuaan kulit serta membantu mengatasi penghasilan kedutan serta masalah pigmentasi.
  • Pandan: Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu meredakan tekanan, daun pandan juga berupaya melegakan sakit kepala dan dada serta membantu mengatasi masalah kulit, demam, kekejangan perut serta mempercepatkan pemulihan ibu dalam pantang.
  • Akar Wangi: Herba yang turut dikenali sebagai Vetiver atau Khus-Khus ini bersifat antiseptik dan antiradang serta diyakini mampu mengatasi masalah kulit kering di samping membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Kayu Sepang: Kayu sepang yang bersifat antiseptik ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, melancarkan peredaran darah serta meneutralkan racun dalam tubuh.

CARA PENGGUNAAN MINYAK SELESA JAMU JELITA

  • Sapu dan ratakan Minyak Selesa pada bahagian perut, dada, belakang badan, betis, lutut, siku, pergelangan tangan, sendi dan tapak kaki bayi.
  • Gunakan selepas mandi.
  • Sesuai untuk kegunaan ibu selepas bersalin.

Incoming search terms:

  • cara pemakaian minyak selesa jelita
  • kegunaan minyak selesa jamu jelita
  • minyak selesa jamu jelita

Additional information

Weight 0.230 kg