Sale!

Minyak Bayi Mak Bidan D’Herbs

RM 9.90 RM 8.00

Product Description

MINYAK BAYI MAK BIDAN D’HERBS

Minyak Bayi Mak Bidan dirumus menggunakan 100% bahan semulajadi seperti daun pudina, minyak kayu putih (cajeput), ekstrak limau nipis dan limau purut yang berupaya memelihara kelembutan kulit di samping berkesan untuk mengatasi masalah perut kembung, angin dalam badan dan masalah kulit yang mengganggu keselesaan seterusnya menyegarkan si manja anda sepanjang hari.

Kandungan: 15 ml

KEBAIKAN MINYAK BAYI MAK BIDAN D’HERBS

  • Menghalus dan melembutkan kulit
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menenangkan si manja anda
  • Meredakan masalah perut kembung dan angin dalam badan
  • Mengatasi masalah kegatalan kulit
  • Mengatasi masalah seperti ruam, ekzema dan radang
  • Bertindak sebagai antiseptik yang mempercepatkan pemulihan luka
  • Menyegarkan tubuh bayi

KANDUNGAN MINYAK BAYI MAK BIDAN D’HERBS

  • Minyak Cajeput (Melaleuca Leucadendra): Minyak cajeput atau minyak kayu putih ini diesktrak dari ranting pohon kayu putih serta banyak digunakan dalam rawatan tradisional bagi menghangatkan tubuh yang sejuk di samping membantu mencegah dan merawat masalah perut kembung dan angin dalam badan.
  • Mentha Arvensis (Mint): Ekstrak dari daun pudina liar jenis Mentha Arvensis ini bukan sahaja mampu mendingin dan menyegarkan kulit, malah turut berupaya melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.
  • Limau Nipis (Citrus Aurantifolia): Tumbuhan yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini berfungsi menentang jangkitan kuman dan serangan penyakit selain berkesan sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah serta membantu menyegarkan tubuh si manja anda.
  • Limau Purut (Citrus Hystrix): Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga dapat melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.
  • Mentha Piperita: Minyak yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Kapur Barus (Camphor): Kapur barus yang mempunyai aroma khas ini dihasilkan daripada pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora) dan mampu menenangkan bahagian luaran tubuh serta membantu meredakan tekanan.

CARA PENGGUNAAN MINYAK BAYI MAK BIDAN D’HERBS

  • Sapukan Minyak Bayi Mak Bidan pada bahagian yang diperlukan seperti perut, dada dan tangan.
  • Untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.