Sale!

Minyak Aroma Berherba V’Asia

RM 22.00 RM 18.00

Product Description

MINYAK AROMA BERHERBA V’ASIA

Minyak Aroma Berherba sarat dengan kebaikan halia, serai wangi dan minyak Wintergreen bagi membantu melegakan ketegangan otot, membuang angin dalam badan serta menyegarkan lagi tubuh badan anda.

Sesuai digunakan pada bahagian kaki, bahu, leher, perut, kepala, lutut, lengan, pinggang.

Kandungan: 60 ml

KHASIAT MINYAK AROMA BERHERBA V’ASIA

  • Bertindak sebagai aromaterapi bagi meredakan tekanan
  • Membantu melembapkan kulit
  • Membantu meredakan ketegangan otot
  • Membantu melegakan masalah pernafasan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melegakan perut kembung
  • Meredakan sakit kepala atau migrain

KANDUNGAN MINYAK AROMA BERHERBA V’ASIA

  • Mineral Oil (Paraffinum Liquidum): Turut dipanggil minyak putih, ia terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.
  • Minyak Wintergreen (Methyl Salicylate): Minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit. Ia juga berperanan mengatasi penyakit sendi dan otot serta melegakan perut kembung serta selsema.
  • Capsicum Annum: Capsicum Anuum merupakan keluarga cili yang berasal dari kawasan tropika di Amerika dan hadir dengan warna merah, kuning dan hijau. Ia kaya dengan Vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan penyakit di samping membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme. Di samping itu, ia juga mampu meredakan ketegangan otot, sakit perut, pening kepala atau migraine serta mengatasi kesakitan pada urat saraf.
  • Minyak Menthol (Mentha Piperita): Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit, di samping meredakan sakit kepala dan tekanan.
  • Serai Wangi (Cymbopogon Nardus): Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.
  • Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyahtoksin, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
  • Eucalyptus Globulus (Tasmanian Blue Gum): Tumbuhan yang sering tumbuh di Australia ini mempunyai aroma yang segar serta bersifat antiseptik dan antiradang yang berupaya meredakan pelbagai jenis penyakit termasuk demam, luka dan masalah pernafasan, di samping membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit.
  • Minyak Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Ia juga bersifat antioksidan bagi membantu menyahtoksin dan mencegah kerosakan sel.
  • Cinnamomum Cassia: Sering digelar cinnamon Cina, herba ini merupakan antara herba yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membuang angin dalam badan, merangsang sistem saraf dan meredakan kekejangan otot.
  • Buah Pala (Myristica Fragrans): Buah Pala atau Myristica Fragrans sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan mengatasi masalah pencernaan, meningkatkan daya konsentrasi serta mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi.
  • Buah Avokado (Persea Gratissima): Buah Avokado yang telah melalui proses hidrogenasi ini sebenarnya sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara kelembapan dan keremajaan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka di samping merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung.

CARA PENGGUNAAN MINYAK AROMA BERHERBA V’ASIA

  • Sapu dan ratakan pada bahagian yang dikehendaki
  • Boleh digunakan pada bila-bila masa
  • Goncang botol sebelum guna
  • Tidak sesuai bagi bayi dan kanak-kanak

 

SKU: VAA 078 Categories: , ,