Sale!

Magic Face Cream D’Herbs

RM 33.00 RM 26.00

Product Description

MAGIC FACE CREAM D’HERBS

Magic Face Cream keluaran D’Herbs merupakan formulasi pencerahan yang diadun menggunakan serbuk mutiara bersama adunan kolagen, lemon dan limau Mandarin khusus untuk menjadikan kulit wajah anda tampil lebih halus, gebu dan berseri secara efektif. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai krim siang dan malam.

Magic Face Cream hadir dalam Natural Color.

Kandungan: 10 gm

KEBAIKAN MAGIC FACE CREAM D’HERBS

  • Meningkatkan kecerahan kulit dengan berkesan
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit anda
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengurangkan kesan parut, jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan regangan
  • Membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu meredakan masalah radang
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Menjadikan kulit wajah anda tampil lebih halus, gebu dan berseri
  • Sesuai untuk dijadikan sebagai krim siang dan malam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN MAGIC FACE CREAM D’HERBS

  • Bearberi: Bearberi mengandungi arbutin, sejenis molekul yang bertindak mencerahkan kulit di samping tinggi kandungan antioksidan yang menentang radikal bebas sekaligus membantu melambatkan proses penuaan. Bearberi juga berupaya mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata dan kesan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Likuoris: Tumbuhan ini tinggi kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Di samping berupaya mengatasi masalah kulit dan radang, likuoris juga mampu memudarkan bintik-bintik hitam, parut dan kesan cela serta membantu meningkatkan kecerahan kulit.
  • Lemon: Lemon yang kaya dengan kandungan antioksidan dari sumber vitamin C ini bukan sahaja mampu menentang penuaan kulit, malah berupaya mencerahkan kulit, mengawal masalah kulit berminyak serta menyingkirkan kesan cela seperti jerawat, bintik-bintik hitam, parut dan jeragat. Malah, buah lemon juga mampu mengatasi masalah pigmentasi, meningkatkan kelembapan dan ketegangan kulit serta menyingkirkan sel kulit mati seterusnya membantu mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Limau Mandarin: Buah limau Mandarin kaya dengan vitamin C yang ternyata mampu mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ia juga berupaya melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran UV, mempercepatkan pemulihan luka, mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan kesan cela, kedutan dan garis-garis halus sekaligus menjadikan kulit anda tampil lebih berseri.
  • Ivy (Hedera Helix): Di samping membantu mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, herba ini turut berupaya mengatasi masalah radang serta merawat bengkak dan kesan terbakar pada permukaan kulit anda.
  • Kojic Acid: Asid kojic yang bersifat antioksidan ini diperoleh daripada pelbagai jenis sumber semulajadi seperti kulat dan beras yang telah ditapai serta berperanan penting dalam kecantikan kulit. Ia berupaya mengatasi masalah pigmentasi di mana kulit menjadi semakin gelap akibat radang mahupun pancaran cahaya matahari seterusnya membantu meningkatkan kecerahan kulit.
  • Mutiara: Mutiara yang kaya dengan antioksidan ini diyakini keberkesanannya untuk menyerlahkan keremajaan kulit. Ia berupaya mengatasi masalah pigmentasi, meningkatkan kecerahan kulit serta membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran UV. Mutiara juga dapat mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan sel kulit di samping bertindak membina sel kulit yang lebih sihat. Ia juga berperanan menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit.

CARA PENGGUNAAN MAGIC FACE CREAM D’HERBS

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu dan keringkan.
  • Sapu dan ratakan Magic Face Cream pada permukaan kulit wajah.
  • Boleh digunakan sebagai krim siang dan malam.

 

SKU: DHS 084 Categories: , ,