Sale!

L’Rose Perfect Body Shape

RM 150.00 RM 124.00

Product Description

L’ROSE PERFECT BODY SHAPE

L’Rose Perfect Body Shape diformulasi khusus untuk membantu anda mengekalkan berat badan yang ideal seterusnya membina keterampilan yang menarik.

Kandungan: 18 sachet

Ia dirumus menggunakan campuran herba terpilih dan bermutu tinggi seperti Gymnema, Garcinia Cambogia dan teh hijau yang telah terbukti keberkesanannya untuk membantu anda menurunkan berat badan secara sihat dan efektif seterusnya menjadikan L’Rose Perfect Body Shape sebagai produk pelangsingan yang terunggul dan berkualiti tinggi.

KHASIAT L’ROSE PERFECT BODY SHAPE

  • Membantu menurunkan berat badan secara sihat
  • Membentuk tubuh badan yang langsing dan menawan
  • Membantu mengawal selera makan
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Mengatasi masalah perut buncit
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Menggalakkan pembakaran lemak dan kalori
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh

KANDUNGAN L’ROSE PERFECT BODY SHAPE

  • Oren: Oren kaya dengan kandungan serat, kalsium, potassium, vitamin C dan A serta rendah kalori dan bebas daripada lemak yang berupaya membantu mengurangkan rasa lapar, membekalkan tenaga, di samping menggalakkan pembakaran lemak dalam tubuh.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Selain membantu memelihara kecantikan kulit, asid sitrik yang bersifat antioksidan ini juga mampu menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Gula Kastor: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Serat Oligo: Bahan yang turut dipanggil oligofruktos ini merupakan sejenis diet pemakanan yang berada di dalam kelompok inulin (serat larut) serta banyak terdapat di dalam sayur-sayuran dan tumbuhan lain. Ia bertindak sebagai makanan untuk bakteria baik di dalam usus seterusnya membantu mengawal selera makan dan pengambilan kalori serta dapat membantu menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan proses pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme seterusnya menjana pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Acaiberi: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia juga tinggi kandungan vitamin C yang bertindak menyingkirkan toksin serta meningkatkan tahap metabolisme bagi membantu menggalakkan pembakaran lemak seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Tricalcium Phosphate: Tricalcium phosphate merupakan sejenis garam kalsium semulajadi yang terhasil dari sumber mineral. Ia bertindak membekalkan kandungan kalsium untuk tubuh badan bagi membantu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Garcinia Cambogia: Garcinia Cambogia mengandungi asid hidroksisitrik yang berupaya mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh, mengurangkan rasa lapar serta menggalakkan pembakaran kalori sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Teh Hijau: Teh hijau dihasilkan daripada daun teh jenis Camellia Sinensis serta mampu meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan pembakaran lemak di samping menstabilkan kadar gula dalam darah. Selain itu, daun teh yang bersifat antioksidan ini berupaya menghalang sel-sel lemak daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran kalori dan meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Dandelion: Dandelion dapat membantu menurunkan berat badan dengan memperlahankan proses penghadaman supaya makanan kekal di dalam perut dengan lebih lama bagi mengawal selera makan anda.
  • Capsicum: Capsicum atau cili bulat berasal dari kawasan tropika di Amerika dan hadir dengan warna merah, kuning dan hijau. Capsicum kaya dengan vitamin C dan beta-carotene yang bersifat antioksidan dan mampu membasmi racun dalam badan sekaligus berupaya menentang serangan penyakit. Capsicum juga mampu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan, selain menstabilkan sistem penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi.
  • Daun Senna: Daun Senna ternyata baik untuk membantu mengawal berat badan, di mana ia berupaya memelihara sistem pencernaan serta berfungsi sebagai julap secara semulajadi.
  • Halia Bara: Halia bara yang sering digunakan di dalam rawatan tradisional ini berkesan untuk membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan proses penghadaman, mengatasi masalah angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Gymnema Sylvestre: Herba yang banyak terdapat di benua Asia ini mengandungi asid gymnemic yang bertindak mengawal selera makan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan penyerapan gula ke dalam tubuh badan seterusnya dapat membantu anda mengawal dan menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Sweta: Sweta terhasil daripada sebatian steviol glycoside yang diesktrakdari daun stevia. Ia bertindak sebagai pemanis semulajadi yang turut berupaya mengawal tekanan darah serta paras gula di dalam darah. Sweta tidak mengandungi sebarang kalori serta sesuai untuk diambil oleh mereka yang ingin mengawal dan menurunkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGAMBILAN L’ROSE PERFECT BODY SHAPE

  • Bancuh 1 sachet L’Rose Perfect Body Shape bersama setengah cawan air.
  • Kacau hingga larut dan minum dengan segera.
  • Jangan gunakan air panas bagi mengekalkan khasiatnya.
  • Amalkan meminum air kosong bagi menggalakkan keberkesanannya.
  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

SKU: RMZ 001 Categories: , ,