Sale!

Lipstick Mungil Magika Jemyma

RM 29.90 RM 23.90

Product Description

LIPSTICK MUNGIL MAGIKA JEMYMA

Lipstick Mungil Magika diperkaya dengan kebaikan kolagen dan minyak zaitun yang mampu menjadikan bibir anda lebih mungil dan anjal di samping membantu menyerlahkan seri bibir mengikut suhu darah si pemakai seterusnya menjadikan penampilan anda lebih anggun dan mempesona.

Kandungan: 4 gm

KEBAIKAN LIPSTICK MUNGIL MAGIKA JEMYMA

  • Menjadikan bibir anda tampil lebih mungil dan anjal
  • Menjadikan bibir anda lebih berseri dan berkilat
  • Memelihara kelembapan dan kelembutan bibir
  • Menjadikan bentuk bibir anda kelihatan menawan
  • Mengatasi masalah bibir kering, kusam dan merekah
  • Menyerlahkan warna bibir secara semulajadi mengikut suhu badan dan darah
  • Sesuai bagi mereka yang mempunyai bibir yang gelap akibat merokok mahupun keturunan
  • Menyerlahkan penampilan yang mempesonakan

KANDUNGAN LIPSTICK MUNGIL MAGIKA JEMYMA

  • Minyak Castor Terhidrogenasi: Minyak yang diesktrak dari biji buah ini atau lebih dikenali sebagai minyak castor bukan sahaja baik untuk kulit, malah berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir di samping menjadikannya lebih mungil dan menawan.
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl trimethicone terhasil daripada silikon yang terhasil secara sintetik serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir anda.
  • Minyak Zaitun Terhidrogenasi: Ekstrak buah zaitun sememangnya tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan bibir di samping memelihara kelembapan bibir serta menjana tisu kulit bagi menjadikan bibir anda lebih halus dan lembut.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan bibir yang mengelupas, kasar dan kering.
  • Titanium Dioxide: Sebatian yang turut dikenali sebagai titania ini bertindak melindungi bibir anda daripada kerosakan dan proses penuaan akibat pancaran radiasi UV.
  • Lilin Candelilla Terhidrolisis: Candelilla yang terhasil daripada ekstrak semak Candelilla ini berupaya memelihara tekstur produk ini serta berfungsi sebagai emolien bagi membantu memelihara kelembapan bibir anda.
  • Petrolatum: Petrolatum merupakan campuran hidrokarbon petroleum yang telah ditapis. Ia bertindak mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir sekaligus membantu mengatasi masalah bibir yang kering dan mengelupas.
  • Tocopheryl Acetate: Bahan yang merupakan sejenis vitamin E ini ternyata tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang kerosakan sel tubuh di samping memelihara kelembapan bibir anda dan melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UV di samping membantu mengekalkan kelembutan dan keremajaan bibir.
  • Ester Jojoba: Ester Jojoba yang terhasil melalui proses penghidrogenan minyak Jojoba yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir anda.
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Biji bunga matahari kaya dengan khasiat dari sumber vitamin E yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan bibir anda di samping membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia bersifat antioksidan serta mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat di samping membantu mengekalkan kelembapan, kehalusan dan keanjalan bibir anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): Sebatian organik ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang memelihara produk ini daripada kerosakan di samping tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus menentang kerosakan dan penuaan sel tubuh anda.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu bibir anda agar ia tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, aloe vera juga berupaya membasmi sel kulit mati serta memelihara kelembapan bibir seterusnya membantu merawat masalah bibir kering dan mengelupas.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada serangan mikrobiotik seperti kulat dan bakteria.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77891: Sebatian yang turut dikenali sebagai titania ini bertindak melindungi bibir anda daripada kerosakan dan proses penuaan akibat pancaran radiasi UV.
  • CI 77499: CI 77499 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77510: CI 77510 atau Prussian Blue bertindak sebagai pigmen atau bahan pewarna untuk produk kosmetik.

CARA PENGGUNAAN LIPSTICK MUNGIL MAGIKA JEMYMA

  • Oleskan Lipstick Mungil Magika pada permukaan bibir.
  • Sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa.

Additional information

Weight 0.100 kg
SKU: JEM 003 Categories: , ,