Sale!

Lawas Segar Nona Roguy

RM 58.00 RM 47.00

Product Description

LAWAS SEGAR NONA ROGUY

Lawas Segar keluaran Nona Roguy dihasilkan daripada gabungan halia, kedawung, biji ajwain likuoris dan daun Senna yang ternyata berkesan untuk mengatasi masalah pencernaan dan perkumuhan di samping membantu melancarkan peredaran seterusnya memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Kandungan: 105g

KHASIAT LAWAS SEGAR NONA ROGUY

  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan
  • Membantu melancarkan proses pencernaan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu mengatasi masalah perut kembung
  • Melegakan masalah cirit-birit
  • Meredakan radang usus
  • Membantu merawat sakit perut dan sembelit
  • Mengatasi kelesuan tubuh badan

KANDUNGAN LAWAS SEGAR NONA ROGUY

  • Kedawung (Parkia Javanica): Tumbuhan yang bersifat anti-bakteria ini sering digunakan dalam rawatan tradisional di Indonesia bagi membantu mencegah jangkitan selain membantu merawat sakit perut, radang usus, dan perut kembung.
  • Halia (Zingiber Officinale): Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
  • Biji Ajwain (Trachyspermum Ammi): Herba yang berasal dari negara Mediterranean ini digunakan secara tradisional bagi membantu melegakan cirit-birit dan masalah serta mengandungi niasin dan thymol yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung di samping membantu mengatasi masalah pencernaan, perut kembung dan loya. Ia turut kaya dengan kandungan protein, mineral, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi serta karotena yang berkesan untuk merawat masalah pencernaan, penyakit sendi, radang, lelah, batuk dan jangkitan pada bahagian usus.
  • Daun Senna (Cassia Angustifolia): Daun Senna yang turut dipanggil daun jati Cina ini banyak terdapat di negara India dan China. Selain sering menjadi tanaman hiasan, daun Senna juga berperanan membantu melancarkan sistem pencernaan, mengatasi sembelit dan masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh.
  • Likuoris (Glycyrrhiza Glabra): Turut dikenali dengan nama Akar Manis, tumbuhan ini bukan sahaja berupaya mengatasi masalah kulit, malah tinggi dengan kandungan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meredakan tekanan, keletihan, radang, sakit kepala, masalah penghadaman dan pedih ulu hati. Di samping itu, likuoris juga mampu menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang jangkitan bakteria mahupun virus yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.

CARA PENGGUNAAN LAWAS SEGAR NONA ROGUY

  • Bancuh 1 hingga 2 sudu Lawas Segar bersama segelas air kosong. Gunakan sudu penyukat yang telah disediakan.
  • Kacau hingga larut dan minum dengan segera.
  • Ambil 1 kali sehari.

 

SKU: NNRY 012 Categories: , ,