Sale!

L’Arome Apple Stem Cell Slimming Serum

RM 150.00 RM 119.00

Product Description

L’AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

L’Arome Apple Stem Cell Slimming Serum diperkaya dengan gabungan sel stem epal bersama minyak kasturi, biji labu serta serai yang diformulasi khusus untuk membantu anda memiliki bentuk tubuh yang lebih langsing dan menawan.

L’Arome Apple Stem Cell Slimming Serum juga ternyata berkesan untuk merawat masalah selulit, kedutan serta rekahan pada bahagian kulit seterusnya mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit anda.

Kandungan: 30 ml

KEBAIKAN L’AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

  • Mengurangkan kesan selulit dan regangan pada kulit
  • Memperbaiki tona dan struktur kulit agar tampil lebih bermaya
  • Mengatasi masalah perut buncit dan angin dalam badan
  • Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Membentuk tubuh badan yang lebih ramping dan menawan
  • Mempercepatkan pembakaran lemak bagi mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Boleh digunakan pada bahagian perut, pinggul, paha, lengan mahupun betis

KANDUNGAN L’AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

  • Methyl Nicotinate: Sebatian yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bukan sahaja bertindak memelihara kelembapan kulit, malah turut berupaya mengekalkan kelembutan dan kehalusan kulit anda. Ia juga dapat membantu melancarkan peredaran darah di bahagian kulit sekaligus membantu menyerlahkan keremajaan kulit di samping membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan mengelupas.
  • Sel Stem Epal (PhytoCellTech Malus Domestica): Sel stem yang diperoleh daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Actin Heat: Actin merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab mengecutkan otot seterusnya membantu membentuk kulit yang tegang serta tubuh badan yang lebih ramping dan langsing.
  • Biji Labu (Cucurbita Pepo): Biji labu kaya dengan zink yang bertindak menggalakkan proses pembakaran lemak selain membantu meningkatkan jisim otot di dalam tubuh badan. Ia juga tinggi kandungan zat besi dan magnesium yang berupaya meningkatkan kecergasan jasmani, mengatasi masalah kelesuan serta melancarkan proses penghadaman.
  • Serai (Lemongrass): Serai tinggi kandungan vitamin A dan C yang ternyata kaya dengan antioksidan yang bertindak mencegah kerosakan sel. Ia terbukti berkesan untuk melancarkan proses penghadaman, menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta mengawal selera makan seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, serai juga berupaya memelihara kelembapan kulit, mencegah proses penuaan kulit serta membantu mengatasi penghasilan kedutan serta masalah pigmentasi.
  • Minyak Kasturi Putih (White Musk): Minyak kasturi diperoleh dari sumber perut kijang jantan dan merupakan wangian yang sering diperkatakan sejak zaman dahulu lagi. Harumannya berupaya menenangkan jiwa di samping dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menggalakkan fungsi organ dalam tubuh badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

  • Arome Apple Stem Cell Slimming Serum pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, lengan, paha dan betis.
  • Amalkan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
SKU: LAE 001 Categories: , ,