Sale!

Krim Rambut Anti Gugur Delima Tropica Bioherb

RM 25.00 RM 22.00

Product Description

Krim Rambut Anti Gugur Delima Tropica Bioherb

Krim Rambut Anti Gugur Delima membantu anda memiliki rambut yang sihat, kukuh dan berseri.

Krim Rambut Anti Gugur Delima diperkaya dengan herba-herba bermutu tinggi seperti minyak kelapa dara, limau purut, bunga raya, Habbatussauda, rambutan dan bijan yang membantu anda menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat di samping mengekalkan kelembapan kulit kepala dan mengukuhkan lagi akar rambut sekaligus mencegah daripada keguguran rambut.

Khasiat Krim Rambut Anti Gugur Delima Tropica Bioherb

  • Mencegah dan mengatasi masalah keguguran rambut
  • Menggalakan pertumbuhan rambut
  • Menghilangkan gatal dan kudis
  • Merapi dan menyihatkan kulit kepala
  • Menyegarkan rambut
  • Mengekalkan kelembapan kulit kepala dan rambut
  • Mengukuhkan rambut dan akarnya

Kandungan Krim Rambut Anti Gugur Delima Tropica Bioherb

  • Minyak Kelapa Dara (Cocus Nuficera): Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan terbukti mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran manusia, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala.
  • Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga mampu menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala yang berkerak di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit kepala seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala, ia turut berupaya mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit kepala anda.
  • Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis): Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
  • Minyak Bijan (Sesamun Indicum): Minyak bijan merupakan antara ramuan semulajadi yang terbaik bagi rawatan rambut. Ia kaya dengan vitamin E dan B kompleks serta magnesium, kalsium, fosforus dan protein yang berupaya memelihara dan mengukuhkan rambut dari akarnya. Di samping mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala, minyak bijan turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat serta melindungi rambut daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran ultraungu.
  • Habbatussauda (Nigella Sativa): Di samping berupaya mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan, Habbatussauda juga kaya dengan nutrien untuk memelihara kesihatan kulit dan rambut. Ia membantu mengukuhkan folikel rambut sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih utuh dan sihat, di samping mengekalkan kelembapan rambut.
  • Rambutan (Nephelium Lappaceum): Rambutan bukan sahaja memiliki rasa yang enak untuk dijamah, malah turut sarat dengan khasiat untuk mencegah daripada kerosakan sel dan mengembalikan warna asal rambut di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.

Cara Penggunaan Krim Rambut Anti Gugur Delima Tropica Bioherb

  • Ambil sejumlah krim lalu gosok dan urut perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit
  • Gunakan setiap hari selepas mandi

Incoming search terms:

  • tropica bioherb serum rawatan rambut
SKU: TRB 002 Categories: , ,