Sale!

Kopi Nanduk Pouch BioAsli

RM 50.00 RM 49.00

Product Description

KOPI NANDUK POUCH BIOASLI

Kopi Nanduk menghimpunkan ramuan semulajadi yang berkhasiat seperti madu, Tongkat Ali, Saw Palmetto dan Ashwagandha bagi memelihara kesihatan dalaman di samping menyegarkan tubuh badan agar anda kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.

Kandungan: 10 uncang

KHASIAT KOPI NANDUK POUCH BIOASLI

  • Membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Membantu mengatasi keletihan dan kelesuan
  • Meningkatkan fungsi dan keinginan seksual
  • Membantu mengatasi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah kesuburan
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Memelihara sistem saraf
  • Mengukuhkan tulang dan otot
  • Melambatkan proses penuaan

KANDUNGAN KOPI NANDUK POUCH BIOASLI

  • Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
  • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai penggemar kopi yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba kopi.
  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang bagus untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan semula sel dalam badan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan daya tumpuan serta memori. Susu kambing juga membantu proses tumbesaran, mengukuhkan tulang dan gigi, mengawal tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Kopi: Mengikut kajian pakar, kopi berupaya untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah penyakit, merawat kanser, mengatasi penyakit jantung, kencing manis dan juga strok. Kafein yang terkandung di dalam kopi akan menyegarkan peminumnya di samping meredakan sakit kepala, meningkatkan daya tumpuan, membantu sistem pernafasan, dan meningkatkan tahap tenaga dan kesuburan lelaki.
  • Susu Skim (Tanpa Lemak): Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Vitamin B2 dan Vitamin B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular. Di samping itu, Vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Susu Kelapa: Susu kelapa atau santan berupaya mencegah kerosakan sel, merawat sel kulit, meningkatkan tenaga fizikal dan mental, membasmi virus dan bakteria, memelihara saluran pencernaan, serta mencegah risiko penyakit jantung. Santan yang kaya dengan asid laurik, sejenis asid lemak yang menyerupai lemak dalam susu ibu ini membantu menggalakkan perkembangan otak dan mengukuhkan tulang selain meningkatkan daya ketahanan tubuh. Di samping itu, santan kelapa juga meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium, mencegah penyakit osteoporosis, menstabilkan tekanan darah, menghalus dan melembapkan kulit, serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Guarana: Guarana yang kaya dengan kandungan kafein ini mampu membantu anda untuk mengurangkan nafsu makan, meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh, meningkatkan keupayaan mental dan ketahanan fizikal.
  • Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali): Herba ini mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya meningkatkan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostate yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Tongkat Ali juga berfungsi sebagai agen anti-oksida yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
  • Saw Palmetto: Ekstrak dari tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia turut digunapakai sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakandi samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.
  • Tribulus Terrestis: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostate yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
  • Ashwagandha (Withania Somnifera): Herba yang turut dipanggil ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan menta, meningkatkan sistem imunisasi, serta mengatasi masalah tidur. Ginseng India juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.

CARA PENGAMBILAN KOPI NANDUK POUCH BIOASLI

  • Bancuh 1 paket Kopi Nanduk bersama 200 ml air panas
  • Ambil 1 paket setiap pagi dan petang

SKU: BAI 027 Categories: , ,