Sale!

Koko Minda Plus

RM 27.90 RM 24.00

Product Description

KOKO MINDA PLUS

Koko Minda Plus adalah minuman enak yang diadun daripada campuran koko bermutu tinggi bersama ekstrak pegaga dan Ginkgo Biloba serta makanan Sunnah iaitu kurma, kismis, madu dan buah tin.

Koko Minda Plus gandingan ramuan yang berkhasiat tinggi ini terbukti berupaya membekalkan kebaikan untuk kesihatan jasmani di samping membantu menggalakkan keupayaan dan kecerdasan minda agar mudah untuk para pelajar menyerap ilmu yang dipelajari.

Kandungan: 21 sachet

KHASIAT KOKO MINDA PLUS

  • Membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan
  • Menjana kecergasan dan kecerdasan minda
  • Meningkatkan daya memori
  • Membantu meredakan tekanan dan kemurungan
  • Menguatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah jangkitan penyakit
  • Mengatasi kelesuan tubuh
  • Tidak mengandungi bahan perasa tiruan
  • Tidak mengandungi sebarang bahan pewarna dan pengawet

KANDUNGAN KOKO MINDA PLUS

  • Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sistem saraf dan bahagian otak seterusnya menjana kecergasan dan kecerdasan minda.
  • Gula Perang: Kandungan mineral di dalam gula perang adalah lebih tinggi daripada gula biasa yang telah diproses kerana gula perang mengandungi molas iaitu sejenis sirap pekat yang membantu mengekalkan rasa dan struktur asal gula tebu. Di samping membantu memelihara kulit, gula perang turut membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan.
  • Krimer Tanpa Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
  • Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya menguatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah jangkitan penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, buah yang berasal dari Timur Tengah ini kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6, vitamin B6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit serta menggalakkan fungsi otak agar dapat membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda anda.
  • Pegaga: Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan, mengatasi kelesuan tubuh meningkatkan kecerdasan minda.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

CARA PENGAMBILAN KOKO MINDA PLUS

  • Campurkan 1 sachet Koko Minda Plus bersama 170 ml air panas atau suam.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  • Boleh ditambah susu atau ais untuk rasa yang lebih enak.

Incoming search terms:

  • kebaikan koko minda plus
  • koko minda plus testimoni
  • testimoni koko minda plus
SKU: KMF 001 Categories: , ,