Sale!

Khall Dates Juice Nr Bashirah

RM 45.00 RM 36.00

Product Description

KHALL DATES JUICE NR BASHIRAH

Khall Dates Juice merupakan campuran madu bersama cuka kurma, minyak kelapa dara, Habbatus Sauda serta kismis yang dapat membantu membekalkan tenaga untuk kecergasan fizikal dan mental yang optima sepanjang hari. Ia sesuai untuk diamalkan oleh semua peringkat usia.

Kandungan: 25 sachet

KHASIAT KHALL DATES JUICE NR BASHIRAH

  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh
  • Membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan
  • Dapat merangsang aktiviti otak agar minda anda menjadi lebih peka dan tajam
  • Membantu melancarkan peredaran darah bagi menggalakkan fungsi tubuh
  • Menguatkan sistem imunisasi seterusnya melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Membantu merawat pelbagai jenis penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan
  • Merupakan makanan tambahan terbaik untuk semua peringkat umur

KANDUNGAN KHALL DATES JUICE NR BASHIRAH

  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
  • Cuka Kurma: Cuka kurma atau khall kaya dengan kebaikan pelbagai jenis vitamin serta magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Ia juga dapat menyingkirkan toksin dari tubuh badan, memelihara kesihatan usus, membasmi jangkitan bakteria serta meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
  • Minyak Kelapa Dara: Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Minyak kelapa dara turut kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A dan C yang terbukti mempunyai kebaikan untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit, merawat sel kulit, meningkatkan tenaga fizikal dan mental, mencegah jangkitan bakteria dan kuman, memelihara saluran pencernaan, serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
  • Perisa Oren: Produk Khall Manna mengandungi perisa buah oren yang enak dan digemari oleh semua lapisan umur.

CARA PENGAMBILAN KHALL DATES JUICE NR BASHIRAH

  • Ambil 1 sachet sebelum sarapan pagi.
  • Koyakkan sachet dan ia boleh terus diminum.
  • Tidak perlu membancuhnya dengan air.
  • Simpan di tempat yang kering dan jauh daripada pancaran cahaya matahari.

Additional information

Weight 0.4005 kg
SKU: NBH 001 Categories: , ,