Sale!

Jus Tongkat Ali Jamu Jelita

RM 33.90 RM 27.00

Product Description

JUS TONGKAT ALI JAMU JELITA

Jus Tongkat Ali merupakan minuman herba yang dirumus menggunakan campuran Tongkat Ali, cengkih dan madu bersama pelbagai jenis herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual buat lelaki maskulin. Malah, ia juga berupaya mengawal hormon testosteron, memelihara kesihatan prostat, menurunkan paras kolestrol serta mengukuhkan tulang, otot dan sendi sekaligus meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Kandungan: 250mle

KHASIAT JUS TONGKAT ALI JAMU JELITA

  • Membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Membantu mengatasi keletihan dan kelesuan
  • Meningkatkan fungsi dan keinginan seksual
  • Memelihara kelenjar prostat
  • Menstabilkan hormon testosteron
  • Membantu mengatasi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah kesuburan
  • Membantu mengawal paras kolestrol
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Memelihara sistem saraf
  • Membantu mengukuhkan tulang, otot dan sendi
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu mencegah masalah radang
  • Membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Memberikan kesegaran buat tubuh badan anda

KANDUNGAN JUS TONGKAT ALI JAMU JELITA

  • Anggur: Anggur kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal paras gula dalam darah. Kandungan vitamin B2 yang terkandung di dalam buah anggur ini pula berfungsi menentang radikal bebas, meningkatkan tahap tenaga serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu juga, anggur turut berupaya meningkatkan kandungan glutathione di dalam darah, menjana keupayaan mental, melambatkan proses penuaan serta membantu menentang serangan kanser dan radang.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu yang bersifat antioksidan ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada penyakit seperti gout, alahan mahupun masalah sendi.
  • Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya menjana penghasilan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi dan tenaga seksual kaum lelaki selain menggalakkan penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat. Herba yang kaya dengan antioksidan ini juga mampu mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal, mencegah kerosakan sel, mengurangkan risiko kanser serta mengawal tahap tekanan darah.
  • Butea Superba: Herba yang berasal dari Thailand ini mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi, meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
  • Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut digunapakai sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan kaum lelaki di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.
  • Ginseng: Herba ini mengandungi phytonutrien yang bersifat antioksidan seterusnya berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel serta melambatkan proses penuaan. Ia juga berkesan untuk membantu anda melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, mengurangkan kadar kolestrol serta melancarkan peredaran darah.
  • Tribulus Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi kaum lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
  • Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, meningkatkan tahap kecergasan jasmani, melancarkan proses penghadaman serta membantu menentang serangan kanser. Cengkih juga mengandungi eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi penyakit kulit.
  • Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini berkesan untuk melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan, membantu mencegah kerosakan sel serta menentang proses penuaan. Malah, ia juga berupaya meredakan tekanan, mengatasi keletihan di samping membantu menggalakkan fungsi dan keinginan seksual.
  • Cordyceps Sinensis: Kajian pakar mendapati Cordyceps yang merupakan sejenis kulat ini mampu mengatasi masalah pernafasan, menggalakkan fungsi jantung dan hati, mengurangkan kadar kolestrol serta meningkatkan sistem imunisasi. Di samping itu, Cordyceps yang bersifat antioksidan ini juga bertindak mencegah daripada kerosakan sel serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan.
  • Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang sering terdapat di pergunungan Andes di Peru. Di samping berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan fizikal, herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga mampu menguatkan tulang, meredakan tekanan serta menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi menentang jangkitan penyakit. Di samping itu, maca turut berupaya menstabilkan kandungan hormon, menggalakkan kesuburan serta membantu mengatasi masalah ereksi di samping membantu meningkatkan keinginan dan fungsi seksual.
  • Acaiberi: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Acai juga berupaya meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan, memelihara deria penglihatan, memperbaiki tona kulit serta meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin yang terkandung di dalamnya. Kandungan kalsium di dalam beri ini pula bertindak mengukuhkan tulang dan gigi.
  • Maquiberi: Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu, maquiberi juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi bersifat antiradang dan antibakteria di samping berupaya mengawal paras gula di dalam darah.
  • Horny Goat Weed (Epimedium Sagittatum): Epimedium sagittatum sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
  • Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk menguatkan daya ingatan dan tumpuan. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit.
  • Goji: Buah goji yang tinggi kandungan antioksidan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah turut berupaya menjana tahap hormon testosteron seterusnya meningkatkan keinginan dan fungsi seksual lelaki, di samping membantu menggalakkan kesuburan serta membantu meningkatkan tahap kualiti sperma.
  • Delima: Buah delima kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penyakit jantung dan proses penuaan. Asid punicic yang merupakan komponen utama buah delima pula berkesan untuk mengawal paras kolestrol, triglyceride iaitu sejenis lemak di dalam saluran darah serta tekanan darah tinggi. Malah, tumbuhan yang bersifat antiradang ini juga mampu mengurangkan risiko serangan kanser, mengawal paras gula di dalam darah, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.
  • Aprikot: Buah aprikot kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping berkesan untuk melancarkan proses penghadaman, memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
  • Saffran: Bunga Saffran atau Za’faran kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas yang berpunca daripada toksin, sekaligus membantu anda melambatkan proses penuaan dan kerosakan sel yang boleh menjejaskan tahap kesihatan. Ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai aromaterapi kerana mampu meredakan tekanan, menenangkan fikiran serta merangsang hormon testosteron.
  • Zinc Citrate: Zinc Citrate merupakan sejenis bahan mineral yang bukan sahaja mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, malah berupaya melancarkan proses penghadaman, meningkatkan tahap metabolisme, memelihara sistem pembiakan serta memelihara kelenjar prostat.
  • Roselle: Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D yang berupaya menurunkan paras kolestrol sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengawal tekanan darah serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit. Roselle juga bersifat astringen yang bertindak mengecutkan tisu tubuh seterusnya membantu mengukuhkan sendi.

CARA PENGAMBILAN JUS TONGKAT ALI JAMU JELITA

  • Goncang botol terlebih dahulu.
  • Ambil 1-2 sudu Jus Tongkat Ali dan minum segelas air kosong atau jus buah-buahan.
  • Amalkan setiap kali sebelum makan pada waktu pagi dan petang untuk kesan yang optima.
  • Anda disarankan untuk menggunakan sudu plastik bagi mengekalkan khasiatnya.

Incoming search terms:

  • jus tongkat ali jamu jelita
  • kebaikan minuman jus tongkat ali jamu jelita
  • kelebihan jus tongkat ali jamu jelita