Sale!

Jus Sorga Wanita Jemyma

RM 39.90 RM 33.90

Product Description

JUS SORGA WANITA JEMYMA

Jus Sorga Wanita dirumus menggunakan 14 ramuan semulajadi yang bukan sahaja bertindak memelihara kesihatan dalaman kaum wanita, malah berkesan untuk menyerlahkan kejelitaan dan keremajaan secara menyeluruh seterusnya membantu anda memiliki penampilan yang mempesonakan.

Kandungan: 250 ml

KHASIAT JUS SORGA WANITA JEMYMA

  • Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
  • Memelihara bahagian rahim dan payudara daripada serangan kanser
  • Membentuk tubuh badan yang lebih menawan
  • Menjadikan bahagian payudara dan punggung tampil lebih montok dan anjal
  • Mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak menentu
  • Mengetatkan otot faraj
  • Merangsang libido atau keinginan seksual para isteri
  • Mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Menggebu dan menghaluskan kulit wajah dan tubuh badan
  • Mengatasi masalah bau badan
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan dari dalam
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

KANDUNGAN JUS SORGA WANITA JEMYMA

  • Habbatussauda: Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid linolenic dan linoleic ini membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit, malah dapat membantu melancarkan peredaran darah, menjana tahap kecergasan, mengatasi masalah kesuburan serta menguatkan daya ketahanan tubuh bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain meningkatkan tahap metabolisme, madu turut berupaya menstabilkan tekanan darah, meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah serangan penyakit serta bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Pegaga: Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah seterusnya dapat membantu mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur. Ia juga ternyata mampu menggalakkan kesuburan kaum wanita, memelihara kecantikan dan keremajaan kulit, mengatasi masalah selulit serta berupaya mempercepatkan pemulihan luka ibu selepas bersalin.
  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu merangsang keinginan (libido) dan tenaga seksual kaum wanita. Malah, ia juga dapat membantu menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.
  • Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
  • Kurma: Selain bertindak membekalkan tenaga untuk tubuh badan, kurma juga kaya dengan antioksidan yang ternyata berkesan untuk menentang kerosakan dan proses penuaan sel tubuh. Malah, kurma juga berupaya mengatasi masalah lemah tenaga seksual serta memelihara kecantikan dan keremajaan kulit anda.
  • Roselle: Roselle tinggi kandungan vitamin A dan C yang kaya dengan kebaikan antioksidan bagi mengatasi kerosakan dan proses penuaan kulit. Malah, roselle juga mampu mempercepatkan pemulihan luka di samping bertindak melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari serta menguatkan sistem imunisasi bagi menentang serangan penyakit.
  • Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan yang dapat mencegah serangan penyakit mahupun kanser. Ia juga dapat menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit serta menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.
  • Acai Beri: Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat dan parut, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah senggugut, meredakan tekanan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Kunyit: Kunyit yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga mampu mencerah dan menegangkan kulit, mengetatkan tisu faraj serta membantu mempercepatkan pemulihan luka.
  • Za’faran: Bunga Za’faran berupaya mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping mengatasi masalah kulit seperti kegatalan seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit di sekitar bahagian faraj. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
  • Ginseng: Ginseng bukan sahaja mampu merangsang hormon estrogen bagi menjana tenaga dalaman kaum wanita, malah sebuah kajian saintifik mendapati ginseng juga mampu mengurangkan simptom menopaus. Ia juga dipercayai mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.
  • Epimedium: Herba yang bersifat antioksidan ini berkesan untuk menentang kerosakan dan penuaan sel kulit di samping bertindak mengawal paras hormon estrogen, merangsang libido atau keinginan seksual, mengatasi simptom menopaus serta meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  • Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang berkesan untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan sel kulit di samping bertindak membina sel kulit yang lebih sihat. Ia juga berperanan menggalakkan pemulihan luka, mengurangkan kesan kedutan, parut dan garis-garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit.

CARA PENGAMBILAN JUS SORGA WANITA JEMYMA

  • Ambil 2 sudu Jus Sorga Wanita setiap pagi dan malam sebelum makan.
  • Amalkan meminum air kosong untuk menggalakkan keberkesanannya.
  • Simpan botol di dalam peti sejuk selepas dibuka.
  • Tidak digalakkan bagi ibu yang sedang hamil.

Additional information

Weight 0.410 kg
SKU: JEM 002 Categories: , ,