Sale!

Jus Lutox Dnars

RM 100.00 RM 85.00

Product Description

JUS LUTOX DNARS

Jus Lutox merupakan minuman kesihatan yang diformulasi secara khusus menggunakan adunan ramuan semulajadi seperti kurma, madu, delima, garam bukit dan buah markisa bagi membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Malah, ia berkesan untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengawal tekanan darah dan paras kolestrol serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada jangkitan penyakit.

Kandungan: 400 ml

KHASIAT JUS LUTOX DNARS

  • Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh
  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada jangkitan penyakit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah angin dalam badan
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
  • Memelihara sistem saraf
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

KANDUNGAN JUS LUTOX DNARS

  • Air: Air merupakan elemen yang bukan sahaja mampu untuk menghidratkan tubuh badan, malah berupaya menyingkirkan toksin, mengekalkan suhu tubuh, melancarkan proses penghadaman serta mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan mental. Malah, air juga bertindak menghantar nutrien ke seluruh tubuh badan seterusnya membantu menggalakkan fungsi organ dalaman serta meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam buah kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
  • Lemon: Di samping dapat mengurangkan risiko serangan strok atau angin ahmar, buah lemon yang kaya dengan kandungan vitamin C ini turut berupaya menentang kanser, mengatasi masalah pernafasan seperti lelah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit. Kajian pakar juga mendapati yang lemon dapat mengurangkan risiko masalah obesiti, kencing manis (diabetes) dan penyakit jantung selain mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan yang optima.
  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah serta membantu memelihara sistem saraf. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.
  • Pegaga: Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ dalaman. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan, mengatasi kelesuan tubuh serta meningkatkan kecerdasan minda.
  • Bayam: Bayam kaya dengan serat, Vitamin A, Vitamin K, kalsium, zat besi, potassium, magnesium serta Vitamin C yang tinggi dengan kandungan antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan sel tubuh serta melambatkan proses penuaan. Pengambilan bayam yang mencukupi anda membantu anda mengurangkan tahap kolestrol, meningkatkan tahap tenaga, mengawal tekanan darah serta memelihara kesihatan kardiovaskular dan jantung selain mencegah kanser.
  • Potassium Sorbate: Potassium sorbate merupakan sebatian sintetik yang bertindak untuk meningkatkan jangka hayat sesebuah produk tanpa mengubah rasa, bau atau warna produk tersebut. Ia memelihara produk penjagaan kulit daripada pencemaran yang disebabkan oleh kulat dan membolehkan produk ini digunakan untuk tempoh yang lama.
  • Markisa: Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Buah markisa juga mampu menyingkirkan toksin serta membantu membasmi sel kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
  • Delima: Buah delima kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penyakit jantung dan proses penuaan. Asid punicic yang merupakan komponen utama buah delima pula mampu menurunkan paras kolestrol, trigyceride dan tekanan darah tinggi. Malah, tumbuhan yang bersifat antiradang ini juga mampu mengurangkan risiko serangan kanser, mengurangkan tekanan, meningkatkan keupayaan mental, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.
  • Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman, serta membantu mengatasi masalah jerawat, parut dan kegatalan. Selain itu, garam bukit turut membantu membuang sel kulit mati dan menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya meningkatkan kecantikan dan kecerahan kulit serta memelihara kesihatan tubuh badan.
  • Gam Xanthan: Gam xanthan merupakan sebatian yang menyerupai gula serta terhasil daripada proses penapaian gula organik bersama sejenis bakteria, xanthomonas campestris. Selain bertindak sebagai bahan penstabil bagi produk makanan, gam Xanthan juga diyakini berkesan untuk mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah.

CARA PENGAMBILAN JUS LUTOX DNARS

  • Ambil 2 sudu besar setiap kali sebelum sarapan pagi dan makan malam.

 

Additional information

Weight 0.500 kg
SKU: DNS 021 Categories: ,