Sale!

Jus Lancar Al Fath Mahabbah

RM 70.00 RM 64.00

Product Description

JUS LANCAR AL FATH MAHABBAH

Jus Lancar Al Fath keluaran Mahabbah merupakan minuman kesihatan yang diformulasi secara khusus menggunakan madu, lemon, halia, bawang putih dan epal yang kaya dengan nutrien untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Malah, ia berkesan untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada jangkitan penyakit.

Kandungan: 325 ml

KHASIAT JUS LANCAR AL FATH MAHABBAH

  • Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan
  • Memelihara sistem saraf dan pernafasan
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Memelihara organ dalaman seperti jantung dan buah pinggang
  • Menggalakkan proses pemulihan luka
  • Sesuai untuk seisi keluarga

KANDUNGAN JUS LANCAR AL FATH MAHABBAH

  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi, meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf serta menstabilkan tekanan darah. Selain itu, madu yang bersifat antioksidan dan antiradang ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, menggalakkan proses pemulihan luka serta mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit.
  • Lemon: Di samping dapat mengurangkan risiko serangan strok atau angin ahmar, buah lemon yang kaya dengan kandungan vitamin C ini turut berupaya menentang kanser, mengatasi masalah pernafasan seperti lelah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit. Kajian pakar juga mendapati yang lemon dapat mengurangkan risiko masalah obesiti, kencing manis (diabetes) dan penyakit jantung selain mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan yang optima.
  • Halia: Di samping bertindak mengatasi masalah angin dalam badan, halia juga mampu melancarkan peredaran darah dan pencernaan, memelihara sistem saraf, menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta meningkatkan tahap imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.
  • Bawang Putih: Bawang putih sering digunakan di dalam rawatan tradisional serta kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan anda.
  • Epal: Buah epal kaya dengan agen antioksidan seperti flavonoid, poliphenol dan vitamin C yang memelihara tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria yang membawa penyakit. Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks, beta-karotene dan serat yang berupaya meningkatkan tahap metabolisme, menentang serangan kanser, menstabilkan tahap kolestrol serta membekalkan tenaga dan kecergasan untuk tubuh badan. Di samping itu, buah epal juga mampu mengatasi masalah pernafasan, mengurangkan paras gula dalam darah, menyingkirkan toksin serta memelihara kecantikan kulit dan rambut serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit.
  • Cuka Epal: Cuka epal adalah sejenis cuka yang terhasil daripada buah epal melalui proses penapaian buah tersebut. Antara khasiat yang boleh diperoleh daripada cuka epal adalah: ia mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, melambatkan proses penuaan, mengurangkan tekanan darah tinggi serta menstabilkan paras kolestrol dan gula dalam darah.

CARA PENGAMBILAN JUS LANCAR AL FATH MAHABBAH

  • Bagi dewasa: Minum 1 sudu besar setiap pagi dan malam.
  • Bagi kanak-kanak: Minum 1 sudu kecil setiap pagi dan malam.
  • Anda disarankan untuk mengambil Jus Lancar Al Fath 1 jam sebelum sarapan pagi dan makan malam.
  • Bagi pesakit gastrik, anda disarankan untuk mengambil produk ini selepas waktu makan.
  • Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

 

SKU: MHH 001 Categories: , ,