Sale!

Jus Hidayah Gold Plus Collagen Serai Mas

RM 120.00 RM 90.00

Product Description

JUS HIDAYAH GOLD PLUS COLLAGEN SERAI MAS

Jus Hidayah Gold Plus Collagen keluaran Serai Mas merupakan formulasi terkini yang menggabungkan ramuan terbaik seperti kolagen, kurma, delima, mahkota dewa dan mengkudu yang terbukti mampu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Ia sesuai untuk diamalkan sebagai makanan tambahan harian buat seisi keluarga.

Kandungan: 500 ml

KHASIAT JUS HIDAYAH GOLD PLUS COLLAGEN SERAI MAS

  • Membantu meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Membantu mengatasi masalah kelesuan tubuh badan
  • Menguatkan sistem imunisasi seterusnya melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah seterusnya dapat membantu mengatasi penyakit kencing manis
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah
  • Memelihara kesihatan organ dalaman seperti buah pinggang, ginjal, hati dan paru-paru
  • Menguatkan otot
  • Membantu merawat masalah ulser, buasir, angin ahmar, gout, pedih ulu hati, batu karang dan keracunan
  • Mempercepatkan pemulihan luka dan kecederaan
  • Mengatasi masalah radang
  • Membantu mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengekalkan tahap kesihatan yang optima bagi seisi keluarga

KANDUNGAN JUS HIDAYAH GOLD PLUS COLLAGEN SERAI MAS

  • Air Suling (RO): Air yang disuling menggunakan teknologi reverse osmosis atau osmosis songsang ini merupakan elemen yang penting untuk tahap kesihatan yang optima. Ia mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta menghantar nutrien ke seluruh tubuh badan seterusnya membantu menggalakkan fungsi organ dalaman.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam buah kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Kurma Merah: Kurma merah atau turut dikenali sebagai kurma cina ini kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Ia juga diyakini mampu melancarkan proses penghadaman dan peredaran darah, memelihara sistem saraf serta mengawal paras kolestrol sekaligus membantu memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah.
  • Buah Tiin: Buah tiin atau buah ara kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
  • Dong Quai (Angelica Sinensis): Herba yang kaya dengan vitamin B12, asid folik, asid folin dan biotin ini sering digunakan dalam bidang perubatan tradisional Cina untuk menstabilkan hormon estrogen, meningkatkan kesuburan kaum lelaki dan wanita, mengatasi masalah kekejangan dan sindrom pra-haid, serta membantu mengurangkan tekanan. Di samping itu, Dong Quai turut melambatkan penuaan, meremajakan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti ekzema, rosacea dan neurodermatitis.
  • Lada Pintal: Selain membantu merawat keputihan, lada pintal turut berupaya mengatasi masalah bau badan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.
  • Kismis: Kismis yang merupakan buah anggur yang telah dikeringkan sangat kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, vitamin dan folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain membantu menjana penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan. Ia juga kaya dengan kaya dengan serat yang bertindak melancarkan proses pencernaan serta membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Temulawak: Temulawak berperanan menyingkirkan toksin, mencegah jangkitan bakteria, meredakan sakit kepala, sendi dan sembelit. Ia juga berfungsi mengatasi masalah angin dalam badan seterusnya membantu menyegarkan lagi tubuh badan anda.
  • Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.
  • Jintan Halus: Jintan halus atau jintan manis yang kaya dengan antioksidan ini mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, menurunkan tekanan darah tinggi, mengatasi masalah angin dan perut kembung, mengatasi masalah anemia atau kekurangan sel darah merah di dalam tubuh badan serta menjana penghasilan kolagen di dalam tubuh badan bagi membina dan mengekalkan tisu tubuh yang sihat.
  • Jintan Kasar: Jintan kasar atau jintan putih sememangnya antara tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat seperti mampu mencegah kanser, meningkatkan sistem imunisasi, menyingkirkan toksin, membuang angin dalam badan serta melancarkan proses penghadaman. Ia juga mengandungi thymol yang berupaya merangsang pengeluaran asid dari dalam perut.
  • Akar Putat: Akar pokok putat diyakini mampu menyegarkan tubuh badan, mengurangkan gejala resdung, mengatasi masalah bengkak, kegatalan serta keputihan bagi kaum wanita di samping berupaya mengurangkan risiko serangan kanser.
  • Teja Lawang: Teja lawang atau kayu manis kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot, memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.
  • Mengkudu: Buah mengkudu mengandungi makronutrien seperti vitamin C, niacin (vitamin B3), zat besi dan potassium di samping phytochemical seperti flavonoid, polysaccharide, asid lemak, alkaloid dan iridoid yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan. Selain membantu menyingkirkan toksin, memelihara sistem saraf dan meredakan tekanan, ia juga berupaya mengatasi senggugut, kencing manis, penyakit hati serta masalah pada bahagian usus dan saluran pencernaan. Di samping itu, buah mengkudu yang tinggi kandungan antioksidan dan antiradang ini juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah penyakit seperti serangan jantung, strok dan kanser.
  • Kunyit: Kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia kaya dengan khasiat yang mampu memelihara kesihatan jasmani. Ia mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.
  • Habbatus Sauda: Habbatus Sauda yang diperolehi dari tumbuhan berbunga ini bukan sahaja kaya dengan antioksidan yang dapat menentang radikal bebas dan proses penuaan, malah mengandungi 15 asid amino serta pelbagai jenis nutrien seperti zat besi, potassium dan protein yang dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Di samping membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada jangkitan penyakit, habbatus sauda juga diyakini mampu mengatasi masalah radang, menyingkirkan toksin dari tubuh badan, melancarkan proses penghadaman serta mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah. Ia juga diyakini berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu mengatasi penyakit sendi.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, madu turut bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Buah Pala: Selain membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit, buah pala yang bersifat antioksidan ini diyakini mampu menentang proses penuaan, membuang angin dalam badan, mengatasi penyakit sendi, meredakan kesakitan di samping menstabilkan tekanan darah, menjana penghasilan darah merah, memelihara sistem saraf serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan bagi meningkatkan tahap kesihatan.
  • Dang Gui: Herba ini sering digunakan dalam rawatan tradisional Cina kerana berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelesuan, mengatasi masalah sembelit serta menstabilkan hormon estrogen bagi kaum wanita.
  • Senduduk Putih: Tumbuhan berbunga ini diyakini mampu mengatasi masalah kelesuan, batuk, sakit mata, cirit-birit serta keputihan yang sering dialami oleh kaum wanita.
  • Jerangau: Herba ini sering digunakan dalam aromaterapi bagi meredakan tekanan, memelihara sistem saraf, meredakan sakit kepala, membuang angin dalam badan di samping membantu memulihkan tenaga.
  • Mahkota Dewa: Buah mahkota dewa yang berasal dari Indonesia dan Malaysia ini sering digunakan di dalam rawatan tradisional. Ia tinggi kandungan alkaloid yang mampu meneutralkan racun di dalam tubuh badan serta saponin yang bertindak sebagai antibakteria dan antivirus di samping berupaya menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain itu, flavonoid pula dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menurunkan paras kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Aprikot: Buah aprikot kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping berkesan untuk melancarkan proses penghadaman, memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
  • Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin, flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit.
  • Gam Xanthan: Gam xanthan merupakan sebatian yang menyerupai gula serta terhasil daripada proses penapaian gula organik bersama sejenis bakteria, xanthomonas campestris. Selain bertindak sebagai bahan penstabil bagi produk makanan, gam Xanthan juga diyakini berkesan untuk mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu tubuh yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta membantu mengurangkan sebarang kesakitan yang dialami.

CARA PENGAMBILAN JUS HIDAYAH GOLD PLUS COLLAGEN SERAI MAS

  • Goncang botol terlebih dahulu sebelum minum.
  • Ambil 1 sudu besar Jus Hidayah Gold Plus Collagen.
  • Amalkan 2 kali sehari setiap kali sebelum sarapan pagi dan makan malam.
  • Tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Incoming search terms:

  • Kelebihan JUS HIDAYAH GOLD
  • jus hidayah gold plus collagen kelebihan
  • Jus hidayah gold ubat buasir
  • jus hidayah gold untuk angin yang banyak dalam badan
  • jus hidayah gpld
  • Jus hidayah ubat buasir
  • kesan jus hidayah gold
  • khasiat jus hidayah gold plus

Additional information

Weight 0.780 kg
SKU: SMS 008 Categories: ,