Sale!

Jus Caliph

RM 80.00 RM 70.00

Product Description

JUS CALIPH

Jus Caliph diformulasi secara khusus menggunakan adunan makanan Sunnah seperti madu, kurma, buah tinn dan delima yang mampu meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental di samping membantu memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Kandungan: 350 ml

KHASIAT JUS CALIPH

  • Diperkaya dengan makanan Sunnah yang kaya dengan khasiat
  • Membekalkan nutrisi yang mencukupi buat kesihatan tubuh badan yang optima
  • Memberikan tenaga tambahan buat kecergasan tubuh badan
  • Membantu menguatkan daya ingatan dan tumpuan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Membantu mengatasi masalah pernafasan
  • Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

KANDUNGAN JUS CALIPH

  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam buah kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat untuk kesihatan yang optima. Di samping membantu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, kismis yang tinggi kandungan vitamin dan zat galian seperti potassium, vitamin B6, magnesium dan zat besi ini juga berupaya meningkatkan tahap kecergasan jasmani, menyihatkan mata dan gigi serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit. Malah, kismis juga kaya dengan zat galian yang dikenali sebagai boron yang berupaya meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta koordinasi tangan dan mata anda seterusnya menjana keupayaan minda anda.
  • Buah Tinn: Buah tin kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6, vitamin B6 dan kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengawal paras kolestrol. Di samping itu, buah tin juga terbukti mampu mengawal paras gula di dalam darah serta meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan kuman yang membawa penyakit.
  • Aprikot: Buah aprikot kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping berkesan untuk melancarkan proses penghadaman, memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mahupun mental. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
  • Delima: Buah delima merupakan agen antioksidan yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Delima juga mampu memelihara kesihatan jantung dan otak seterusnya menggalakkan fungsi otak serta membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Perisa Buah-Buahan Campuran: Perisa buah-buahan menambahkan lagi keenakan produk ini.

CARA PENGAMBILAN JUS CALIPH

  • Bagi kanak-kanak berusia 1-3 tahun: Ambil ½ sudu kecil (2.5 ml) sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.
  • Bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun: Ambil 1 sudu kecil (5 ml) sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.
  • Bagi 6 tahun ke atas: Ambil 1-2 sudu besar (10-20 ml) sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.

Additional information

Weight 0.460 kg
SKU: RFF 001 Categories: , ,