Sale!

Jus C’ Bidadari Serai Mas

RM 35.00 RM 29.00

Product Description

JUS C’ BIDADARI SERAI MAS

Jus C’ Bidadari diadun dengan campuran herba semulajadi dan akar-akar kayu yang sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Di samping dapat mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak menentu, Jus C’ Bidadari juga dapat membantu menyerlahkan kejelitaan dari dalam.

Kandungan: 270 ml

KHASIAT JUS C’ BIDADARI SERAI MAS

  • Membantu memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
  • Mengembalikan tahap kecergasan tubuh
  • Membentuk payudara dan pinggul yang lebih anjal, tegang dan menawan
  • Memelihara kecantikan kulit
  • Membantu merawat masalah keputihan, senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur
  • Mengatasi masalah bau badan
  • Mengecutkan dan menguatkan bahagian rahim selepas bersalin
  • Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan faraj
  • Merangsang libido (keinginan) seksual para isteri
  • Mengetatkan otot faraj
  • Menyerlahkan kejelitaan dari dalam
  • Melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Mengatasi masalah kelesuan
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Membantu mengeratkan ikatan suam isteri

KANDUNGAN JUS C’ BIDADARI SERAI MAS

  • Kurma: Kurma tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Ia juga kaya dengan antioksidan yang ternyata berkesan untuk mencegah kerosakan sel di samping membantu menentang penuaan kulit. Kurma juga berupaya menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan sel yang baru dan lebih sihat serta memelihara keanjalan dan kehalusan kulit.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang berupaya melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit serta tinggi kandungan antioksidan yang dapat memelihara kecantikan dan keremajaan kulit. Madu juga kaya dengan glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia turut mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah.
  • Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini tinggi kandungan antioksidan ini berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit. Habbatus Sauda turut berupaya meningkatkan tenaga seksual di samping membantu mengatasi masalah kesuburan.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Bunga Pakma (Rafflesia): Bunga pakma atau lebih terkenal dengan nama Rafflesia bersifat antikulat yang berperanan melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan penyakit. Ia juga digunakan oleh kaum wanita bagi membantu memudahkan proses bersalin serta membersihkan dan mengecutkan bahagian rahim selepas bersalin.
  • Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengecutkan tisu faraj.
  • Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan kanser payudara.
  • Kunyit: Kunyit mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka, merawat masalah radang serta memelihara kecantikan kulit anda.
  • Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk mengetatkan otot faraj. Ia berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Ia juga mampu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan dalaman kaum wanita.
  • Pinang: Buah pinang sering tumbuh di kawasan tropika di Pasifik, Asia dan Afrika Timur serta sering dipanggil Betel Palm. Ia mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, pinang turut berperanan mengecutkan rahim selepas bersalin, merawat luka, serta mengatasi masalah pendarahan yang berlebihan ketika haid.
  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Di samping itu juga, ia turut berupaya memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung seterusnya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh. Ia turut berupaya menguatkan bahagian rahim selepas bersalin.
  • Buah Zuriat: Buah zuriat ataupun Doum sering digunakan sebagai persediaan herba bagi membantu memperbaiki hormon di dalam tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta melancarkan kitaran haid bagi wanita.
  • Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan proses pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme.
  • Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, mengatasi masalah senggugut, melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan.
  • Senduduk Putih: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu, senduduk juga berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.
  • Gula: Selain menambah rasa manis ke dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.
  • Dextrose: Juga dikenali dengan nama glukosa, dextrose berperanan membekalkan sumber tenaga yang utama kepada sel dalam tubuh.
  • Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan sebatian yang menyerupai gula serta terhasil daripada proses penapaian gula organik bersama sejenis bakteria, Xanthomonas campestris. Selain bertindak sebagai bahan penstabil bagi produk makanan, gam Xanthan juga sering digunakan dalam pembuatan ubat bagi mengurangkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Pengawet: Bahan pengawet yang dibenarkan bertindak mencegah jangkitan kuman yang boleh merosakkan kandungan produk seterusnya membantu menggalakkan keberkesanan produk ini.

CARA PENGAMBILAN JUS C’ BIDADARI SERAI MAS

  • Goncang botol Jus Bidadari sebelum minum.
  • Ambil 2 sudu besar selepas sarapan pagi dan makan malam.
  • Amalkan meminum air masak.
  • Tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Incoming search terms:

  • jus bidadari serai mas testimoni
  • jus hidayah bidadari
  • testimoni jus bidadari serai mas
  • kebaikan jus bidadari serai mas
  • khasiat jus c bidadari serai mas
  • jus c bidadari serai mas testimoni
  • kebaikan jus bidadari
  • jus bidari
  • kandungan jus c bìdadarì serai mas
  • testimoni jus bidadari

Additional information

Weight 0.375 kg
SKU: SMS 007 Categories: , ,