Sale!

Jus Arjuna Maxx D’Herbs

RM 39.90 RM 31.00

Product Description

JUS ARJUNA MAXX D’HERBS

Jus Arjuna Maxx merupakan persediaan herba yang menghimpunkan kebaikan guarana, Butea Superba, ginseng, Ashwagandha dan Tongkat Ali khusus untuk meningkatkan tahap tenaga dan stamina di samping merangsang fungsi dan keinginan seksual para suami seterusnya membantu memelihara keharmonian rumahtangga.

Kandungan: 260 ml

KHASIAT JUS ARJUNA MAXX D’HERBS

  • Memelihara kesihatan dalaman lelaki
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Meningkatkan tenaga dan fungsi seksual para suami
  • Menstabilkan kandungan hormon testosteron bagi lelaki
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma lelaki
  • Membantu merawat masalah kesuburan
  • Mengukuhkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah penyakit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meredakan tekanan
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekejangan dan keletihan otot
  • Membantu mengurangkan tahap kolestrol

KANDUNGAN JUS ARJUNA MAXX D’HERBS

  • Misai Kucing: Di samping membantu menyahtoksin dan mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, Misai Kucing yang tinggi sumber vitamin A, flavonoid dan phenol serta antioksidan ini juga berupaya menggalakkan kesuburan, meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit serta membantu mengatasi masalah diabetes, radang gout dan batu karang.
  • Butea Superba (Kwao Krua Dang): Herba yang berasal dari Thailand ini mampu memelihara sistem kardiovaskular dan prostat di samping membantu mengatasi masalah kesuburan dan gangguan ereksi, meningkatkan kuantiti sperma yang berkualiti serta meningkatkan fungsi dan keinginan seksual. Ia juga mengandungi flavonoid dan sterol yang bersifat antioksidan bagi mencegah radang dan kerosakan sel, manakala kandungan stigmasterol membantu mengurangkan kadar kolestrol.
  • Guarana: Guarana merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Amazon serta kaya dengan kebaikan untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Selain berupaya memelihara sistem saraf, guarana turut mengandungi tannin, alkaloid dan catechin yang bertindak sebagai agen antioksida bagi membantu mencegah kerosakan sel tubuh seterusnya menentang serangan penyakit. Ia juga berupaya meningkatkan tahap kecergasan tubuh, mengatasi keletihan, membantu merawat masalah kesuburan serta merangsang tenaga seksual.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
  • Acai: Beri Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Selain membantu mengatasi masalah senggugut, Acai berupaya meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan dan memelihara deria penglihatan, memperbaiki tona kulit serta meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin.
  • Ashwagandha: Herba yang digelar ginseng India ini sering digunakan dalam perubatan tradisional bagi menguatkan otot dan tulang, mengatasi keletihan, membekalkan tenaga fizikal dan menta, meningkatkan sistem imunisasi, serta mengatasi masalah tidur. Ashwagandha juga berupaya meredakan tekanan, menstabilkan tekanan darah, memelihara jantung, mengatasi masalah kesuburan di samping menggalakkan fungsi dan keinginan seksual dan menjana penghasilan sperma yang berkualiti.
  • Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot.
  • Saw Palmetto: Ekstrak tumbuhan yang bersifat antiseptik ini sebenarnya sarat dengan asid lemak dan phytosterol yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memelihara kesihatan jantung. Ia turut digunapakai sebagai penawar terhadap masalah dalam sistem pencernaan dan pembiakan di samping membantu merawat pembesaran kelenjar prostat dan menggalakkan pertumbuhan otot.
  • Tongkat Ali: Tongkat Ali mengandungi sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol yang berupaya meningkatkan hormon testosteron sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Herba ini juga adalah agen anti-oksida yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko kanser selain berperanan membakar lemak, melambatkan proses penuaan serta mengawal tahap tekanan darah.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
  • Sarang Burung Walet: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga, mengukuhkan sistem imunisasi, melancarkan sistem penghadaman, dan mengekalkan tisu yang sihat.
  • Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Kandungan karbohidratnya pula berperanan membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan keradangan.
  • Epimedium: Epimedium sering digunakan bagi meningkatkan keinginan dan fungsi seksual di samping berupaya mengatasi keletihan, menjana keupayaan mental dan membantu memulihkan tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah di bahagian hati dan buah pinggang.
  • Cordyceps Sinensis: Kajian pakar mendapati Cordyceps yang merupakan sejenis kulat ini mampu mengatasi masalah pernafasan, menggalakkan fungsi jantung dan hati, mengurangkan kadar kolestrol serta meningkatkan sistem imunisasi. Di samping itu, Cordyceps yang bersifat antioksidan ini juga bertindak mencegah daripada kerosakan sel serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan.
  • Maca: Maca merupakan tumbuhan akar yang digunakan dalam perubatan tradisional serta kaya dengan khasiat zat besi, magnesium, kalsium, potassium, protein dan asid amino yang penting untuk kesihatan. Ia berupaya menjana penghasilan hormon testosteron, meredakan tekanan selain membantu meningkatkan tenaga fizikal dan seksual.
  • Tribulus Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal.
  • Hawthorn: Beri ini sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi melancarkan proses penghadaman dan memelihara sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, paru-paru, darah, otot dan saluran darah. Ia tinggi kandungan flavonoid, phenol dan tannin yang berupaya mengurangkan tahap kolestrol, menstabilkan tekanan darah, mencegah radang serta melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan penyakit.

CARA PENGAMBILAN JUS ARJUNA MAXX D’HERBS

  • Ambil 2 sudu Jus Arjuna Maxx setiap pagi dan malam.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Incoming search terms:

  • arjuna extra power
  • arjuna maxx extra power
  • arjuna extra power maxx
  • kelebihan jus arjuna
  • khasiat jus arjuna maxx
  • kesan minum jus arjuna maxx
  • tingkatkan sperma dengan dherbs
  • jus arjuna d
  • kebaikan arjuna herbs
  • kebaikan jus arjuna dherbs