Sale!

Jamu Kencur Gold Tradisi Bidan Istana

RM 95.00 RM 75.00

Product Description

JAMU KENCUR GOLD TRADISI BIDAN ISTANA

Jamu Kencur Gold merupakan persediaan tradisional yang ternyata berkesan untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Ia bukan dapat membantu memulihkan tenaga ibu dalam pantang, malah turut berupaya menyerlahkan keanggunan dan kewanitaan bagi menyerikan lagi rumahtangga anda.

Kandungan: 10 sachet

KHASIAT JAMU KENCUR GOLD TRADISI BIDAN ISTANA

  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Membantu memelihara kesihatan dalaman kaum wanita
  • Mengetatkan otot faraj
  • Merangsang keinginan dan tenaga seksual
  • Mengatasi masalah perut kembung dan angin dalam badan
  • Membantu mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Membantu menyuburkan rahim
  • Membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin
  • Mengatasi kekejangan otot rahim
  • Membantu mempercepatkan pemulihan luka
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Membentuk aset dan tubuh badan yang lebih menawan
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Membantu mengatasi penyakit sendi dan ketegangan otot

KANDUNGAN JAMU KENCUR GOLD TRADISI BIDAN ISTANA

  • Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen ini mampu mengecutkan tisu tubuh seterusnya dapat membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin. Malah, ia juga diyakini berkesan untuk membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita di samping membantu mengetatkan otot faraj serta mengatasi masalah keputihan dan angin dalam badan.
  • Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu merangsang keinginan (libido) dan tenaga seksual kaum wanita. Di samping itu, Kacip Fatimah turut berupaya memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada darah, saluran darah serta jantung seterusnya membantu meningkatkan lagi tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
  • Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalaman kaum wanita. Ia berupaya mengetatkan otot faraj serta mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ di dalam tubuh badan.
  • Kunyit: Kunyit mempunyai sifat antiseptik yang berperanan mencegah serangan kuman dan menggalakkan penyembuhan luka. Di samping itu, ia juga mampu mengetatkan otot faraj, menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta memelihara kecantikan kulit.
  • Asam Jawa: Di samping bertindak mengatasi masalah tekanan darah rendah, asam Jawa juga berupaya meredakan masalah senggugut, keputihan dan kegatalan pada bahagian intim kaum wanita di samping berkesan untuk mengatasi bau hanyir ketika haid.
  • Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, mengatasi masalah senggugut, menyingkirkan toksin melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan.
  • Mengkudu: Mengkudu berkesan untuk memulihkan semula sel dalam tubuh, membasmi bakteria, serta menyingkirkan toksin dan melancarkan proses penghadaman, mengatasi masalah keputihan kegatalan serta menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.
  • Temulawak: Temulawak berperanan menyingkirkan toksin, mencegah jangkitan bakteria, meredakan sakit kepala, sendi dan sembelit. Ia juga berfungsi mengatasi masalah angin dalam badan seterusnya membantu menyegarkan lagi tubuh badan anda.
  • Lada Hitam: Di samping melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit, lada hitam juga berupaya mengawal tekanan darah, mencegah masalah radang, mengatasi masalah angin dalam badan, merawat penyakit sendi serta meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  • Bawang Putih: Bawang putih ternyata berkesan untuk menyingkirkan toksin, melancarkan proses penghadaman, menurunkan paras kolestrol serta membantu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Di samping itu, bawang putih juga diyakini dapat mengurangkan kesan regangan kulit yang sering dialami oleh ibu bersalin.

CARA PENGAMBILAN JAMU KENCUR GOLD TRADISI BIDAN ISTANA

  • Koyakkan sachet Jamu Kencur Gold dan terus tuang ke dalam mulut.
  • Ambil 1 sachet setiap kali sebelum sarapan pagi.
  • Amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi menggalakkan keberkesanannya.