Sale!

Iz Wellin 11 Masha

RM 69.90 RM 59.00

Product Description

IZ WELLIN 11 MASHA

Iz Wellin 11 diperkaya dengan 100% ramuan semulajadi seperti ekstrak Boswellia Serrata bersama sel stem epal, vitamin C dan curcumin yang terbukti mengandungi khasiat untuk kesihatan jasmani.

Iz Wellin 11 bukan sahaja mampu mencegah dan merawat penyakit sendi, malah turut berupaya meredakan masalah radang dan memelihara kesihatan organ dalaman tubuh seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan anda.

Kandungan: 10 sachet

KHASIAT IZ WELLIN 11 MASHA

  • Membantu merawat penyakit sendi
  • Meredakan masalah radang
  • Mencegah dan merawat kerosakan sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Menurunkan paras kolestrol
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Menggalakkan fungsi buah pinggang
  • Mencegah dan merawat penyakit batu karang
  • Memelihara kesihatan dan kecantikan kulit secara menyeluruh

KANDUNGAN IZ WELLIN 11 MASHA

  • Boswellia Serrata: Ekstrak dari pokok ini yang dipanggil asid boswellic digunakan dalam perubatan tradisional India sejak zaman dahulu bagi membantu merawat penyakit sendi selain mengatasi masalah radang usus, lelah, sakit perut, sakit tekak dan masalah pembuangan air yang tidak lawas. Ia turut berupaya mengatasi masalah senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil bagi wanita di samping membantu mencegah serangan kanser.
  • Curcumin: Curcumin merupakan sebatian yang terkandung di dalam kunyit serta bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan radikal bebas bagi membantu mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Di samping itu, curcumin berupaya meredakan radang, merawat penyakit sendi, mengatasi pelbagai jenis masalah kulit serta merawat jangkitan virus. Ia juga mampu menurunkan paras kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Biji Saderi: Biji tumbuhan ini mengandungi sebatian 3-nbutylphthalide (3nB) yang berupaya membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga bersifat diuretik yang berupaya menyingkirkan toksin dari sistem tubuh seterusnya membantu memelihara organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan jantung di samping merawat penyakit sendi dan gout.
  • Sel Stem Epal: Sel stem yang diestrak dari buah epal kaya dengan antioksidan antioksidan seperti flavonoid, polifenol dan vitamin C yang memelihara tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria yang membawa penyakit. Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks, beta-karotene dan serat yang bukan sahaja mampu membekalkan tenaga dan kecergasan untuk tubuh badan, malah turut berupaya menyingkirkan toksin, mengawal paras kolestrol serta membantu menentang serangan kanser.
  • Kalsium Laktat (Calcium Lactate): Kalsium laktat terhasil daripada asid laktik bersama kalsium karbonat atau kalsium hidroksida dan sering digunakan di dalam produk makanan tambahan. Ia berupaya mengatasi kekurangan kalsium di dalam tubuh badan yang amat penting untuk menguatkan tulang, gigi, otot dan tisu tubuh serta memelihara sistem saraf dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Vitamin C (Oren): Vitamin dari sumber buah oren ini tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Di samping itu, ia juga mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat toksin mahupun sinaran ultraviolet (UV) serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren, cendawan, tomato dan limau. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah serangan penyakit mahupun kanser, di samping membantu menggalakkan fungsi buah pinggang dan mencegah penyakit batu karang. Ia juga menggalakkan penyerapan mineral yang baik untuk tubuh badan selain membantu merawat masalah kulit serta melambatkan proses penuaan.
  • Oligo (Oligosakarida): Sebuah kumpulan karbohidrat seperti gula yang boleh terdapat di dalam tumbuhan seperti bawang, gandum dan asparagus. Ia berupaya menyingkir bakteria jahat di dalam usus seterusnya melancarkan proses penghadaman dan pencernaan.
  • Fruktosa (Fructose): Fruktosa merupakan gula yang bersumberkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Fruktosa berfungsi menambah rasa manis di dalam sesuatu produk makanan dan minuman tanpa mengakibatkan peningkatan atau pengurangan tahap gula dalam darah secara mendadak sekaligus sesuai untuk penggemar makanan manis yang menghidap diabetes ataupun yang ingin mengawal berat badan.

CARA PENGAMBILAN IZ WELLIN 11 MASHA

  • Ambil 1 hingga 2 sachet Iz Wellin 11 setiap kali selepas makan.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

SKU: MHA 002 Categories: , ,