Sale!

Instant White Besar Royal White

RM 118.00 RM 109.00

Product Description

INSTANT WHITE BESAR ROYAL WHITE

Instant White diperkaya dengan SPF15 dan sesuai untuk dijadikan alternatif bagi BB Cream dan bedak asas. Ia menghimpunkan khasiat dari sumber vitamin B3 bersama himpunan ramuan semulajadi yang membantu menyerlahkan kecerahan dan keremajaan kulit anda.

Kandungan:

Besar (50 gm)
Kecil (16 gm)

KHASIAT INSTANT WHITE BESAR ROYAL WHITE

  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Melindungi kulit daripada radiasi ultraviolet (UV)
  • Mengatasi masalah pigmentasi
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran UV
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Menyerlahkan keremajaan wajah
  • Menghilangkan kesan-kesan penuaan
  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Membantu menghilangkan bintik-bintik hitam

KANDUNGAN INSTANT WHITE BESAR ROYAL WHITE

  • Arbutin (Bearberry): Bearberry mengandungi arbutin yang bertindak mencerahkan kulit, di samping bersifat antioksidan yang menentang radikal bebas sekaligus menghilangkan kesan penuaan. Bearberry juga membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat daripada sinaran ultraungu.
  • Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan vitamin A, vitamin C, protein, serat dan zat besi yang berupaya mempercepatkan penyembuhan luka, menghilangkan bintik-bintik hitam di samping menyerlahkan lagi seri wajah.
  • Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
  • Kulit Kayu Pokok Mulberi (Morus Alba): Kulit kayu pokok ini bersifat antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan kulit dan membantu melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, ia juga berupaya mengatasi tona kulit yang tidak sekata, meningkatkan kecerahan kulit serta menghapuskan cela pada kulit.
  • Niacinamide (Vitamin B3): Niacinamide merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksida yang meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu menentang radang.

CARA PENGGUNAAN INSTANT WHITE BESAR ROYAL WHITE

  • Sapukan krim Instant White pada wajah atau bahagian tubuh yang lain setiap pagi
  • Disyorkan menggunakan losyen atau krim pelembap sebelum menyapu Instant White pada kulit untuk kesan yang optima
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Incoming search terms:

  • instant white royal white
SKU: RWE 005 Categories: , ,