Sale!

I-Qids Eskayvie

RM 59.00 RM 50.00

Product Description

I-QIDS ESKAYVIE

I-Qids Eskayvie diformulasi menggunakan ramuan bermutu tinggi dan ternyata berkhasiat bagi memelihara kesihatan dan menjana perkembangan minda anak-anak anda bagi membantu mereka menyerap ilmu dengan mudah di samping menjadikan anak-anak anda lebih aktif dan bertenaga dari segi fizikal dan mental.

KANDUNGAN I-QIDS ESKAYVIE

  • Phosphatidylserine: Phosphatidylserine merupakan sejenis lemak yang sering terkandung di dalam tubuh manusia serta produk tenusu dan sayur-sayuran. Di samping membantu mengatasi keletihan otot, meredakan tekanan serta meningkatkan daya tumpuan dan memori.
  • Choline: Menurut kajian pakar, sebatian yang menyerupai struktur vitamin B ini membantu mencegah penyakit nyanyuk dan Alzheimer.
  • Algalithe: Algalithe atau Lithothamnium merupakan sejenis rumpai laut yang berwarna merah dan kaya dengan kandungan kalsium dan magnesium yang berupaya mengukuhkan tulang dan gigi selain menggalakkan fungsi organ dalaman tubuh dan membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.
  • Colostrum: Kolostrum merupakan susu yang terhasil sebelum mamalia seperti lembu mahupun manusia melahirkan anak. Ia kaya dengan protein dan Vitamin A serta mengandungi antibodi yang memelihara kanak-kanak daripada serangan penyakit, selain menggalakkan pertumbuhan dan sistem imunisasi.
  • DHA (Asid Dokosaheksanoik): DHA adalah sejenis asid lemak Omega-3 yang sering terkandung di dalam minyak ikan laut dalam. Di samping berupaya menggalakkan fungsi sistem saraf, DHA juga mampu menjana fungsi otak yang cergas dan cerdas seterusnya meningkatkan keupayaan mental agar anak-anak anda lebih mudah menyerap ilmu.
  • Alpha Linolenic: Alpha linolenic merupakan sejenis asid lemak Omega 3 yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia membantu menstabilkan tekanan darah, memelihara sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, saluran darah, darah, dan paru-paru di samping membantu meredakan tekanan serta menggalakkan pertumbuhan sel tubuh yang sihat.
  • Vitamin A: Vitamin A ternyata amat penting kesihatan tubuh di mana ia membantu menguatkan sistem imunisasi yang berfungsi mencegah serangan bakteria dan virus yang membawa penyakit, di samping membantu mencegah kerosakan sel tubuh, mengurangkan risiko serangan kanser serta memelihara kecantikan kulit.
  • Vitamin B Kompleks: Vitamin B berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada bahagian tubuh sekaligus membantu menentang jangkitan penyakit.
  • Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme tubuh.
  • Vitamin D3: Vitamin D3 mempunyai beberapa kebaikan bagi kesihatan tubuh badan, seperti membantu menyerap khasiat kalsium dan fosforus seterusnya menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Vitamin D3 juga mampu memelihara tumbesaran tulang dan gigi yang sihat serta menentang jangkitan demam dan penyakit jantung.
  • Magnesium: Magnesium berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot.
  • Kalsium: diperlukan untuk mengukuhkan tulang dan gigi selain menggalakkan fungsi organ dalaman tubuh dan membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.
  • Biotin: Biotin atau dikenali sebagai vitamin B7 dan H berupaya menambah tenaga kepada tubuh badan, meningkatkan tahap metabolisme dan menstabilkan tahap gula di dalam darah seterusnya memelihara kesihatan pada tahap yang optima.
  • Asid Folik: Asid folik yang turut dipanggil vitamin B9 ini berfungsi meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, menggalakkan fungsi otak dan keupayaan mental seperti daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan. Ia juga mampu menggalakkan tumbesaran yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah seterusnya membantu memelihara organ dalaman tubuh.
  • Asid Pantothenik: Asid pantothenik atau vitamin B5 banyak terdapat di dalam jagung, telur, daging, kekacang, susu dan biji bunga matahari. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel tubuh di samping membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Di samping mampu meredakan tekanan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, asid pantothenik juga berupaya memelihara sistem saraf seterusnya membantu menggalakkan fungsi otak bagi meningkatkan daya tumpuan dan memori.
  • Iodin: Selain berfungsi menghapuskan toksin dalam tubuh badan, iodin membantu meningkatkan fungsi otak sekaligus meningkatkan daya ingatan dan tumpuan seseorang. Ia juga berperanan memelihara kesihatan jantung, mengatasi masalah kulit kering, dan menentang kemurungan.
  • Zat Besi: Zat besi merupakan antara nutrien yang penting bagi tubuh badan. Ia membantu membentuk hemoglobin yang menyebarkan oksigen ke seluruh tubuh seterusnya membantu menggalakkan fungsi organ dalaman.
  • Fosforus: Ia membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Selenium: Bahan mineral ini tinggi kandungan antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan sel tubuh di samping membantu mengukuhkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.
  • Zink: Zink merupakan bahan mineral yang berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Ia mampu mengukuhkan sistem imunisasi bagi menentang serangan penyakit, menguatkan tisu tulang, mempercepatkan pemulihan luka serta meningkatkan daya tumpuan dan memori. Di samping itu, zink turut berupaya merawat jangkitan demam dan selsema serta membantu meredakan tekanan.
  • Co-Isolate: Bahan ini terhasil daripada susu lembu yang berkualiti tinggi serta kaya dengan kandungan protein yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit. Ia juga bersifat antioksidan, antivirus dan antikulat yang mampu mencegah kerosakan sel tubuh dan menentang jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan virus yang membawa penyakit.
  • Malt: Malt merupakan bijiran yang telah dikeringkan serta tinggi kandungan asid amino, vitamin B-kompleks, serta mineral seperti zink, kalsium, magnesium dan fosforus yang mampu membekalkan tenaga jasmani, menggalakkan penghasilan protein dalam tubuh badan, meningkatkan kadar metabolisme.
  • Krimer: Pengganti susu ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
  • Fruktosa: Fruktosa merupakan gula yang bersumberkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan serta tidak mengakibatkan peningkatan atau pengurangan tahap gula dalam darah secara mendadak di dalam tubuh.
  • Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sistem saraf dan bahagian otak seterusnya menjana kecergasan dan kecerdasan minda.

CARA PENGAMBILAN I-QIDS ESKAYVIE

  • Bancuh 1 uncang Eskayvie I-Qids bersama secawan air kosong atau sejuk.
  • Kacau atau goncang di dalam botol sehingga larut dan minum dengan segera.
  • Ambil setiap kali sebelum sarapan pagi.
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas.
  • Kanak-kanak berusia 12 tahun disyorkan untuk mengambil 2 uncang setiap hari.
  • Simpan di tempat yang dingin dan kering.

Incoming search terms:

  • eskayvie i-qids
SKU: EKE 008 Categories: , ,