Sale!

Herbanika Barut Nona Roguy

RM 60.00 RM 49.00

Product Description

HERBANIKA BARUT NONA ROGUY

Herbanika Barut menghimpunkan ramuan asli seperti beras pulut, serai, halba, beras dan buah pala yang digunakan secara tradisional bagi membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin selain turut berupaya melegakan sakit sendi dan otot.

Kandungan: 150g

KEBAIKAN HERBANIKA BARUT NONA ROGUY

  • Memelihara kecantikan dan kehalusan kulit
  • Membuang angin dalam badan
  • Mampu meredakan kesakitan
  • Menyingkirkan toksin
  • Mengurangkan kesan kedutan, rekahan dan parut pada kulit
  • Membantu menstabilkan tekanan darah
  • Membantu memecahkan lemak bagi mengembalikan bentuk badan yang ramping
  • Menguatkan otot dan sendi yang lemah
  • Sesuai untuk merawat dan memulihkan tenaga ibu bersalin

KANDUNGAN HERBANIKA BARUT NONA ROGUY

  • Beras (Oryza Sativa): Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.
  • Buah Pala (Myristica Fragrans): Selain membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit, buah pala yang bersifat antioksidan ini diyakini mampu menentang proses penuaan, membuang angin dalam badan, mengatasi penyakit sendi, meredakan kesakitan di samping menstabilkan tekanan darah, menjana penghasilan darah merah, memelihara sistem saraf serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan bagi meningkatkan tahap kesihatan.
  • Serai (Cymbopogon Citratus): Serai bukan sahaja antara bahan masakan yang sering digunakan di Malaysia, malah mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit otot dan sendi di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.
  • Beras Pulut (Oryza Glutinosa): Beras pulut telah diperakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya untuk mencantikkan kulit. Ia berupaya menanggalkan kotoran dan sel kulit mati serta memelihara kehalusan kulit, mengurangkan kesan parut di samping mencerahkan kulit.
  • Halba (Trigonella Foenum-Graecum): Halba yang dikenali sebagai Fenugreek ini mampu meredakan penyakit sendi, membuang angin dalam badan selain membantu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

CARA PENGGUNAAN HERBANIKA BARUT NONA ROGUY

  • Gunakan 2 kali sehari iaitu setiap kali selepas mandi pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
  • Ambil 1 hingga 2 sudu besar serbuk Herbanika Barut dan gaul dengan 3 hingga 4 sudu besar air asam jawa.
  • Gaul sebati dan panaskan di atas api yang perlahan sehingga menjadi pes sederhana pekat.
  • Sebaiknya sapu Minyak Herbanika pada bahagian perut serta pinggang terlebih dahulu.
  • Sapukan pes Herbanika Barut yang masih suam pada keseluruhan perut dan pinggang.
  • Akhiri dengan pemakaian barut pada tubuh.
  • Untuk kegunaan luar sahaja.
  • Simpan di tempat dingin dan kering.
  • Jauhkan dari kanak-kanak.