Sale!

Herbal Lightening Soap + Collagen V’Asia

RM 16.00 RM 12.00

Product Description

HERBAL LIGHTENING SOAP + COLLAGEN V’ASIA

Herbal Lightening Soap + Collagen bertindak membersihkan kulit wajah dan menanggalkan kesan mekap dan minyak yang mengganggu keselesaan. Gabungan kolagen bersama avokado, timun, Jojoba serta pelbagai ramuan semulajadi yang terkandung di dalam produk ini dapat membantu merawat masalah kulit di samping memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah anda.

Kandungan: 45gm

KEBAIKAN HERBAL LIGHTENING SOAP + COLLAGEN V’ASIA

  • Menyingkir kesan mekap, minyak dan sel kulit mati
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar tampil lebih sekata
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melindungi daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Mengecilkan liang pori pada kulit
  • Menghaluskan lagi kulit wajah anda
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Memudarkan kesan cela seperti kesan lingkaran hitam bawah mata, jeragat dan parut
  • Mengekalkan keremajaan kulit
  • Menyegarkan lagi kulit wajah anda
  • Menjadikan wajah anda tampil lebih gebu dan berseri

KANDUNGAN HERBAL LIGHTENING SOAP + COLLAGEN V’ASIA

  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Lime Blossom (Tilia): Tumbuhan berbunga yang turut dipanggil linden ini kaya dengan flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan bagi membantu meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel dan proses penuaan. Ia juga bersifat astringen yang berupaya mengecutkan tisu tubuh sekaligus membantu meningkatkan ketegangan kulit anda.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
  • Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.
  • Betik (Carica Papaya): Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, eczema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit anda.
  • Retinyl Palmitate: Sebatian yang terhasil daripada vitamin A dan asid lemak palmitik ini berupaya menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.
  • Myrtle (Myrtus Communis): Tumbuhan berbunga yang berasal dari Mediterranean ini diyakini dapat memulihkan masalah kulit seperti radang, jerawat serta luka.
  • Vitamin C (Asid Askorbik): Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • Vitamin E (Tocopheryl Acetate): Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Avokado (Persea Aratissima): Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung, di samping mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Timun (Cucumis Sativus): Di samping bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit, timun turut tinggi kandungan air yang berupaya menyingkirkan toksin dan memelihara kelembapan kulit. Timun turut berupaya menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, memperbaiki tona kulit agar ia tampil lebih sekata dan berseri serta kaya dengan vitamin E dan potassium yang berupaya mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus pada kulit wajah.
  • Kolagen (Asid Hyaluronic): Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

CARA PENGGUNAAN HERBAL LIGHTENING SOAP + COLLAGEN V’ASIA

  • Buihkan Herbal Lightening Soap + Collagen dan gosokkan pada seluruh wajah.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Gunakan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

 

Incoming search terms:

  • herbal lightening soap collagen
  • herbal lightening soap vasia
  • herbal whitening soap collagen vasia
  • sabun collagen vasia
  • sabun collagen v asia
  • Sabun muka v asia herbal
  • herbal soap v asia
  • kebaikan sabun berbal lightening soap
  • herbal lightening soap v asia faedah
  • v asia herbal lightening soup
SKU: VAA 015 Categories: , ,