Sale!

Herba Tangas Anugerah

RM 58.00 RM 51.00

Product Description

Herba Tangas Anugerah

Herba Tangas Anugerah membantu anda merapatkan kembali saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas. Ia diperkaya dengan herba-herba tradisional seperti halia, serai, daun limau purut, dan temulawak yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk meningkatkan tahap kesihatan seorang wanita.
Bertangas adalah amat penting bagi kaum wanita dan tidak terhad kepada ibu bersalin sahaja. Ia mampu mengeluarkan peluh dan toksin dari dalam badan sekaligus membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Bertangas juga berupaya mengatasi masalah keputihan, faraj yang longgar, kedudukan rahim yang rendah mahupun prolapse.

Khasiat Herba Tangas Anugerah

  • Membantu menyembuhkan luka dan mengecutkan rahim selepas bersalin
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mencegah risiko sakit puan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah jangkitan mikroorganisme yang boleh membawa penyakit
  • Membuang toksin dari dalam badan

Kandungan Herba Tangas Anugerah

  • Halia: Ramuan ini adalah antara herba yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Halia juga terbukti dapat meningkatkan suhu tubuh untuk membantu mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh. Halia juga bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan perut.
  • Serai: Serai terbukti berkesan untuk melegakan sakit-sakit pada badan dan cirit-birit. Ia bersifat antibakteria dan antikulat yang membantu mencegah jangkitan bakteria dan kulat pada tubuh badan terutamanya pada bahagian intim wanita. Ramuan semulajadi ini juga mempunyai keupayaan untuk membantu memperbaiki dan melancarkan peredaran darah terutamanya bagi wanita bersalin.
  • Daun Limau Purut: Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix mengandungi asid sitrik semula jadi yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Selain membantu mencegah risiko kanser, daun limau purut yang bersifat antiseptik ini juga mampu menggalakkan penyembuhan luka.
  • Temulawak: Merupakan sebahagian daripada keluarga halia, Temulawak yang bersifat antibakteria dan antioksida ini berperanan untuk menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal tahap metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit di samping melancarkan sistem pencernaan. Temulawak juga membantu mengatasi bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.

Cara Penggunaan Herba Tangas Anugerah

  • Rebus satu pek Herba Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan air rebusan tadi ke dalam baldi kecil.
  • Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit. Gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
  • Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 2 atau 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari.

Incoming search terms:

  • herba tangas anugerah
  • herba tangas
  • tangas anugerah
SKU: ANGH 010 Categories: , ,