Sale!

Harum Malam

RM 33.00 RM 28.00

Product Description

Harum Malam

Harum Malam menghimpunkan herba-herba tradisional yang sarat dengan pelbagai khasiat seperti Pueraria Mirifica, sirih, kismis, limau purut, madu, akar serapat, delima dan manjakani yang berperanan meningkatkan tahap tenaga untuk aktiviti seharian selain mencegah bau badan, mengatasi masalah keputihan serta merapatkan lagi faraj bagi para isteri.

Kandungan: 250 ml

Harum Malam juga sesuai diambil oleh gadis yang ingin memiliki bahagian intim yang segar dan bebas daripada bau faraj dan darah haid yang kurang enak selain membantu mengatasi masalah senggugut yang mengganggu aktiviti seharian kaum wanita.

Khasiat Harum Malam

  • Membantu mencegah bau badan
  • Membekalkan tenaga untuk tubuh badan
  • Meningkatkan tahap stamina
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Menentang bau hanyir pada darah haid
  • Merawat kegatalan di bahagian intim
  • Merapatkan faraj
  • Meningkatkan keanjalan kulit dan tubuh badan terutamanya payudara
  • Mengurangkan kedutan
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh badan
  • Menstabilkan hormon estrogen wanita
  • Meningkatkan tenaga batin wanita yang sudah berkahwin
  • Melancarkan sistem pencernaan

Kandungan Harum Malam

  • Bunga Mawar: Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan segar. Di samping itu juga, bunga mawar mampu mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur di samping meredakan senggugut yang sering dialami kaum wanita ketika haid.
  • Sirih (Piper Betle): Sirih yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, Piper betle banyak ditanam di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara serta mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia terutamanya wanita. Daun sirih mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita. Herba ini bersifat antiseptik dan mampu menentang jangkitan mikroorganisme di samping merawat masalah jerawat dan kegatalan.
  • Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan kolestrol di samping menyihatkan lagi kulit.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya. Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang, selain meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.
  • Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan, memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.
  • Beri Goji: Ramuan ini kaya dengan nutrien yang mampu menukar makanan kepada tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh, B1 (Thiamin) yang terkandung dalam beri Goji penting untuk menukar karbohidrat kepada tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala asid Amino L-glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak. Beri Goji juga mengandungi bahat mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh. Beri Goji juga menguatkan kelenjar yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga, pertumbuhan otot.
  • Limau Purut: Di samping berupaya membasmi bau badan, limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kelembapan kulit serta meneutralkan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.
  • Strawberi: Strawberi yang kaya dengan khasiat Vitamin C ini berupaya memperlahankan penuaan kulit di samping meningkatkan peningkatan metabolisme sekaligus membantu pembakaran lemak. Ia juga sarat dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, selain magnesium dan potassium yang mampu mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, serta memelihara kesihatan jantung.
  • Pueraria Mirifica: Sering didapati di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand, Pueraria Mirifica berperanan sebagai anti-penuaan dan mengurangkan garis-garis halus pada wajah sejak berabad lamanya. Ia juga berupaya untuk menganjal dan membesarkan payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, jerawat, kulit kasar dan kering serta simptom-simptom menopause. Ia turut melangsingkan tubuh badan dan merawat keputihan, menambah tenaga, mencantikkan rambut selain merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim wanita.
  • Akar Serapat: Akar Serapat berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain membantu menghalus serta mencantikkan kulit. Akar Serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.
  • Delima: Buah delima mengandungi kalium yang berperanan memelihara kesihatan jantung, serta dan zat tanin yang berfungsi melancarkan sistem pencernaan, membasmi bakteria, dan turut berfungsi sebagai agen anti-oksida dan antidotum yang merawat keracunan.
  • Semen Croton Caudatum (Manjakani): Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita.
  • Pueraria Lobata (Kudzu): Kudzu sering digunakan dalam perubatann tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, migrain, serta menentang jangkitan bakteria dan meredakan sakit pada bahagian bahu dan leher. Herba ini juga mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ.
  • Daun Senna (Cassia Angustifolia): Daun Senna yang turut dipanggil daun jati Cina ini banyak terdapat di negara India dan China. Selain sering menjadi tanaman hiasan, daun Senna juga berperanan membantu melancarkan sistem pencernaan, mengatasi sembelit dan masalah kulit serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh.

Cara Penggunaan Harum Malam

  • Ambil 2 kali sehari: 1 sudu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  • Digalakkan untuk menggunakan sudu plastik
  • Tidak sesuai bagi ibu mengandung

Incoming search terms:

  • khasiat harum malam
  • jus harum malam
  • kandungan harum malam
  • khasiat harum malam untuk hamil
  • harum malam
  • jus harum malam untuk hamil
  • khasiat jus harum malam
  • harum malam untuk hamil
  • testimoni jus harum malam
  • khasiat wira malam
SKU: HMLM 001 Categories: , ,