Sale!

Gorgeous Blusher V’Asia

RM 28.00 RM 22.00

Product Description

GORGEOUS BLUSHER V’ASIA

Gorgeous Blusher mengandungi 6 pilihan warna terbaik yang diformulasi khusus untuk menaikkan lagi seri wajah anda. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai pelengkap solekan harian mahupun profesional bagi menjadikan penampilan anda lebih anggun dan bermaya.

Kandungan:

  • 6 warna pemerah pipi
  • Berus

KEBAIKAN GORGEOUS BLUSHER V’ASIA

  • Menjadikan penampilan wajah anda lebih anggun dan berseri
  • Menjadikan wajah kelihatan bujur sirih
  • Menyerikan lagi solekan anda
  • Menjadikan wajah anda lebih segar dan bermaya serta-merta
  • Mengandungi 6 pilihan warna yang memukau
  • Sesuai untuk semua bentuk wajah

KANDUNGAN GORGEOUS BLUSHER V’ASIA

  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah anda.
  • Magnesium Stearate: Magnesium stearate atau garam magnesium merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Ia mampu menangkis air dan menyerap lebihan minyak seterusnya membantu produk yang digunakan kekal lebih lama pada kulit terumanya kulit berminyak. Selain itu, magnesium stearate turut berupaya menyerlahkan seri kulit wajah di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Paraffinum Liquidum (Minyak Putih): Selain bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan, sebatian yang terhasil melalui proses penyulingan petroleum ini bukan sahaja baik untuk merawat masalah kulit kering, malah turut berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit.
  • Bis-Diglyceryl Polyacyladipate 2: Sebatian ini terhasil apabila gabungan digliserin, asid adipic, asid isostearic, asid stearik 12-hydroxy, asid stearik, asid caprylic dan asid capric dipanaskan. Ia sering digunakan di dalam produk penjagaan diri serta bertindak sebagai emolien yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit, rambut mahupun bibir.
  • Octyl Palmitate: Sebatian yang terhasil dari minyak kelapa sawit ini berperanan sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Kaolin: Kaolin merupakan sejenis tanah liat yang berupaya menanggalkan sel kulit mati, mengawal penghasilan minyak pada kulit dan menyingkirkan toksin dari kulit seterusnya membantu memelihara keremajaan dan kehalusan kulit.
  • Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • CI 77891: Sebatian yang turut dikenali sebagai titanium dioksida ini bertindak melindungi bibir anda daripada kerosakan dan proses penuaan akibat pancaran radiasi UV.
  • CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77499: CI 77499 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • CI 15850:1: CI 15850:1 atau Lithol Rubine BK adalah sejenis pigmen yang menambah warna merah dan magenta ke dalam produk kosmetik.
  • CI 19140:1: Sebatian yang turut dipanggil acid yellow 23 aluminium lake mampu menambahkan warna kuning ke dalam sesuatu produk.
  • CI 15850:2: CI 15850:2 atau D&C Red No. 6 Barium Lake adalah pigmen yang menambahkan warna oren kemerahan ke dalam produk kosmetik dan makanan.
  • CI 45410:2: CI 45410:2 atau D&C red 27 aluminium lake berfungsi sebagai pigmen yang memberikan warna merah ke dalam sesuatu produk kosmetik.
  • CI 16035:1: Pigmen yang turut dinamakan E129 Allura Red AC Lake 35-42 ini mampu menambahkan warna merah ke dalam sesuatu produk.
  • CI 42090:2: Turut dipanggil acid blue 9 aluminium lake, sebatian ini bertindak sebagai pigmen yang menambahkan warna biru ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77742: CI 77742 atau C-Violet 11 bertindak menambahkan warna ungu ke dalam sesuatu produk.
  • CI 15985:1: CI 15985:1 atau CI food yellow 3 aluminium lake bertindak menambahkan warna kuning ke dalam produk kosmetik.
  • CI 75470: CI 75470 atau carmine merupakan pigmen semulajadi yang menambah warna merah ke dalam sesuatu produk.

CARA PENGGUNAAN GORGEOUS BLUSHER V’ASIA

  • Sapukan Gorgeous Blusher di sekitar tulang pipi mengikut warna pilihan anda menggunakan berus yang disediakan.
  • Bagi wajah bujur: Sapukan Gorgeous Blusher secara membulat pada tulang pipi.
  • Bagi wajah lonjong: Sapukan pemerah pipi dengan gerakan melengkung sekitar tulang pipi.
  • Bagi wajah bulat: Sapukan Gorgeous Blusher dari bahagian tengah pipi ke atas.
  • Bagi wajah bersegi: Sapukan pada permukaan tulang pipi secara mendatar.

Incoming search terms:

  • blusher v asia
  • pemerah pipi vasia
  • produk pemerah pipi d asia

Additional information

Weight 0.220 kg
SKU: VAA 063 Categories: , ,