Sale!

Glamourous Eye Shadow V’Asia

RM 32.00 RM 26.00

Product Description

GLAMOUROUS EYE SHADOW V’ASIA

Glamourous Eye Shadow keluaran V’Asia merupakan pembayang mata yang mengandungi 36 pilihan warna terbaik pilihan jurusolek. Ia sesuai dijadikan sebagai pelengkap untuk solekan harian mahupun profesional bagi membantu menyerlahkan keanggunan anda.

Kandungan:

  • 36 warna pembayang mata
  • Berus

KEBAIKAN GLAMOUROUS EYE SHADOW V’ASIA

  • Menjadikan mata lebih cantik, galak dan menawan
  • Menjadikan mata yang sepet dan kecil tampil lebih besar
  • Membantu menampakkan tulang mata
  • Menjadikan solakan anda tampil lebih berseri
  • Menjadikan mata anda lebih segar dan bermaya
  • Warnanya mampu bertahan lama dan mudah untuk digayakan
  • Setiap set Glamourous Eye Shadow mengandungi 36 pilihan warna yang menambat hari

KANDUNGAN GLAMOUROUS EYE SHADOW V’ASIA

  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah anda.
  • Magnesium Stearate: Magnesium stearate atau garam magnesium merupakan antara bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik. Ia mampu menangkis air dan menyerap lebihan minyak seterusnya membantu produk yang digunakan kekal lebih lama pada kulit terumanya kulit berminyak. Selain itu, magnesium stearate turut berupaya menyerlahkan seri kulit wajah di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Paraffinum Liquidum (Minyak Putih): Selain bertindak melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan, sebatian yang terhasil melalui proses penyulingan petroleum ini bukan sahaja baik untuk merawat masalah kulit kering, malah turut berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit.
  • Kaolin: Kaolin merupakan sejenis tanah liat yang berupaya menanggalkan sel kulit mati, mengawal penghasilan minyak pada kulit dan menyingkirkan toksin dari kulit seterusnya membantu memelihara keremajaan dan kehalusan kulit.
  • Octyl Palmitate: Sebatian yang terhasil dari minyak kelapa sawit ini berperanan sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Methylparaben: Sebatian yang turut dipanggil Methyl-4-hydroxybenzoate ini juga merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik yang boleh merosakkan sesuatu produk.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77499: CI 77499 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • CI 75470: CI 75470 atau carmine merupakan pigmen semulajadi yang menambah warna merah ke dalam sesuatu produk.
  • CI 77742: CI 77742 atau C-Violet 11 bertindak menambahkan warna ungu ke dalam sesuatu produk.
  • CI 77007: CI 77007 atau Ultramarine bertindak menambahkan warna di dalam produk kosmetik.
  • CI 77289: CI 77289 atau Chromium Hydroxide Green adalah sejenis pigmen yang sering digunakan sebagai bahan pewarna di dalam produk kosmetik.
  • CI 77288: Sebatian yang turut dinamakan Chromium Oxide Greens ini berfungsi sebagai pigmen yang menambahkan warna hijau ke dalam kandungan produk kosmetik seperti pembayang pipi.
  • CI 77510: CI 77510 atau Prussian Blue bertindak sebagai pigmen atau bahan pewarna untuk produk kosmetik.
  • CI 77891: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • CI 16035:1: Pigmen yang turut dinamakan E129 Allura Red AC Lake 35-42 ini mampu menambahkan warna merah ke dalam sesuatu produk.
  • CI 42090:2: Turut dipanggil acid blue 9 aluminium lake, sebatian ini bertindak sebagai pigmen yang menambahkan warna biru ke dalam produk kosmetik.
  • CI 19140:1: Sebatian yang turut dipanggil acid yellow 23 aluminium lake mampu menambahkan warna kuning ke dalam sesuatu produk.

CARA PENGGUNAAN GLAMOUROUS EYE SHADOW V’ASIA

Teknik ‘Smokey’:

  • Sapukan warna cerah seperti putih atau krim menggunakan berus yang disediakan.
  • Sapukan warnagelap mengikut pilihan anda pada bahagian atas dan bawah mata. Ratakan dengan kemas.
  • Campurkan dengan warna cerah atau natural mengikut kesesuaian untuk menaikkan seri mata.
  • Gunakan celak dan maskara sebagai kemasan terakhir pada mata agar solekan nampak lebih sempurna.

Teknik ‘Natural’:

  • Sapukan warna cerah seperti putih atau krim sehingga ke bahagian kening sebagai asas solekan mata.
  • Kemudian, sapukan warna gelap pada bahagian hujung kelopak mata.
  • Sapu dan bentukkan warna gelap tersebut seperti bulan sabit pada pelipat mata dan ratakan mengikut bentuk yang diingini.
  • Sapu warna natural pada bahagian atas kelopak mata dan ratakan dengan kemas untuk menaikkan seri.
  • Gunakan celak dan maskara sebagai kemasan terakhir pada mata agar solekan nampak lebih sempurna.

Incoming search terms:

  • eyeshadow vasia
  • eye shadow v asia
  • testimoni eyeshadow v asia

Additional information

Weight 0.260 kg
SKU: VAA 064 Categories: , ,