Sale!

Gel Mandian Aura 7 Bunga D’Herbs

RM 16.00 RM 14.00

Product Description

GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D’HERBS

Gel Mandian Aura 7 Bunga menghimpunkan 7 jenis bunga-bungaan seperti orkid, bunga raya, bunga matahari, kenanga, melati, lavender dan bunga mawar yang bukan sahaja mampu memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, malah mampu membangkitkan aura positif di dalam diri anda serta memberikan keharuman dan kesegaran yang berpanjangan buat tubuh badan anda.

Kandungan: 500 ml

KEBAIKAN GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D’HERBS

  • Menyingkirkan kesan kotoran dan sel kulit mati
  • Membantu menyegarkan lagi tubuh badan anda
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengurangkan kesan parut, jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan regangan
  • Membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu meredakan masalah radang
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Membangkitkan aura positif dan keyakinan di dalam diri anda
  • Membantu meredakan tekanan
  • Mengharumkan tubuh badan anda sepanjang hari

KANDUNGAN GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D’HERBS

  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta mengekalkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Minyak Kelapa: Selain membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat jangkitan kuman mahupun kerosakan akibat sinaran UV, minyak kelapa tinggi kandungan minyak tepu, protein serta vitamin E yang bertindak memelihara kelembapan dan kehalusan kulit secara mendalam. Di samping itu, ia juga berupaya melambatkan proses penuaan awal seterusnya mencegah kemunculan kedutan pada kulit anda.
  • Daun Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit. Ia juga bertindak menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Bunga Matahari: Biji bunga matahari tinggi kandungan vitamin A, C, D dan E yang berupaya merawat masalah jerawat, kegatalan dan ekzema di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran mahupun sinaran UV seterusnya melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, menanggalkan sel kulit mati, serta menyingkirkan cela pada kulit agar kulit tubuh anda tampil lebih halus dan bermaya.
  • Bunga Raya: Bunga raya berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, mengecilkan liang pori, serta membantu meredakan masalah radang. Malah, ia juga bertindak meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit di samping membantu mengatasi masalah jeragat, pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata.
  • Mawar: Bunga mawar kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya mengatasi masalah jerawat, eczema dan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari. Ia turut berupaya menyegarkan tubuh badan, memelihara kehalusan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan tona kulit lebih sekata.
  • Melati (Jasmine): Bunga melati yang sering digunakan dalam rawatan aromaterapi ini juga sarat dengan kebaikan untuk kecantikan kulit. Ia bersifat antiseptik serta berupaya memudarkan kesan parut, mengekalkan kelembapan kulit di samping turut berupaya melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya membantu mencegah proses penuaan.
  • Orkid: Bunga orkid ternyata mengandungi sifat antioksidan yang bertindak melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu mengatasi masalah pigmentasi serta mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Lavender: Selain berperanan penting dalam rawatan aromaterapi, bunga lavender yang bersifat antiseptik dan antiradang ini juga berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema, menegangkan kulit serta membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
  • Kenanga: Aroma bunga kenanga yang harum menjadikan bunga ini sering digunakan dalam aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan dan memberi keharuman yang berpanjangan. Malah, ia juga berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit yang menjejaskan penampilan.

CARA PENGGUNAAN GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D’HERBS

  • Buihkan sedikit Gel Mandian Aura 7 Bunga pada tapak tangan.
  • Sapu dan gosokkan pada seluruh tubuh badan.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Gunakan 2 kali sehari untuk kesegaran yang berpanjangan.

 

Incoming search terms:

  • kandungan gel mandi aura 7 bunga
SKU: DHS 085 Categories: ,