Sale!

Gamolex Gold D’Herbs

RM 88.80 RM 71.00

Product Description

GAMOLEX GOLD D’HERBS

Gamolex Gold D’Herbs menggabungkan kebaikan Ginseng, Habbatussauda, Za’faran, sarang burung, gamat dan kurma serta ramuan lain yang tidak kurang hebatnya bagi membantu mengatasi pelbagai jenis penyakit di samping meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Gamolex Gold sesuai untuk seisi keluarga

Kandungan: 460ml

KHASIAT GAMOLEX GOLD D’HERBS

  • Membantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
  • Mencergaskan tubuh badan
  • Mengukuhkan sistem imunisasi yang berfungsi mencegah jangkitan penyakit
  • Memelihara kesihatan organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan hati
  • Mengatasi keletihan dan kekejangan otot
  • Membantu mengatasi penyakit seperti angin ahmar dan kencing manis
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meredakan alahan
  • Menstabilkan tekanan kolestrol
  • Mengawal kadar glukosa atau gula dalam darah seterusnya membantu mengatasi penyakit kencing manis
  • Membantu menyuburkan rambut
  • Mebantu memulihkan luka luaran dan dalaman
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Menstabilkan kitaran haid bagi wanita
  • Memelihara kesihatan dalaman wanita dan lelaki
  • Sesuai untuk seisi keluarga

KANDUNGAN GAMOLEX GOLD D’HERBS

  • Kranberi: Kranberi kaya dengan serat, Vitamin E dan C yang bertindak memelihara kulit dan juga sebagai agen antioksida untuk mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit. Cranberry juga mengandungi enzim yang membantu melancarkan proses penghadaman.
  • Tribulus Terrestris: Herba ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan tradisional di China dan India untuk meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki sekaligus menggalakkan fungsi seksual kaum lelaki di samping menjana penghasilan tisu testis dan prostat yang lebih sihat, mengukuhkan tulang dan otot serta meningkatkan tahap tenaga fizikal. Ia juga berupaya meningkatkan kekuatan otot, mencegah jangkitan bakteria dan dan kulat, di samping mengatasi masalah berkaitan buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
  • Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.
  • Kiwi: Kiwi kaya dengan kandungan Vitamin C, magnesium, flavonoid dan karotenoid yang berfungsi sebagai agen antioksida dan membantu memelihara kesihatan kulit dan organ dalaman serta mengurangkan tahap kolestrol dan risiko penyakit jantung. Ia juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang berperanan melancarkan sistem penghadaman dan menggalakkan rasa kenyang.
  • Beri Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot serta melegakan masalah sindrom pra haid.
  • Aprikot: Aprikot yang sering terdapat di Amerika Selatan dan New Zealand ini kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, serat yang mampu melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan keanjalan kulit, serta vitamin A yang memelihara kulit daripada sebarang jangkitan. Di samping kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah, potassium yang turut terkandung di dalam buah aprikot pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
  • Beri Acai: Beri Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Selain membantu mengatasi masalah senggugut, Acai berupaya meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan dan memelihara deria penglihatan, memperbaiki tona kulit serta meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin.
  • Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, ia kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
  • Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi kandungan protein yang tinggi (60%), 18 jenis asid amino, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium. Semua nutrien tersebut penting untuk memelihara kesihatan, keanjalan dan kecantikan kulit di samping membekalkan tenaga, mengukuhkan sistem imunisasi, melancarkan sistem penghadaman, dan mengekalkan tisu yang sihat.
  • Manggis: Buah manggis merupakan tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan. Ia bersifat antioksidan dan mampu membantu menurunkan risiko serangan kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mengandungi vitamin B kompleks yang berupaya membantu meningkatkan metabolisme manakala gabungannya bersama vitamin A dan E serta asid folik dan niasin berperanan mempercepatkan proses pembakaran lemak bagi menurunkan berat badan yang berlebihan. Selain itu, Aloe Vera juga mampu mengurangkan tahap gula dalam darah dan membersihkan perut, selain menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit.
  • Maquiberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu maquiberi juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi mengandungi sifat antiradang dan antibakteria serta berperanan menstabilkan tahap gula dalam darah untuk membantu mengurangkan berat badan berlebihan.
  • Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit. Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.
  • Habbatussauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
  • Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan, di samping memelihara kesihatan jantung dan otak sekaligus menggalakkan fungsi otak dan membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer. Selain berupaya memelihara kesihatan jantung dan melancarkan sistem pencernaan, buah delima turut mampu menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.
  • Raspberi: Phytonutrien yang terkandung di dalam raspberi membantu meningkatkan metabolisme dalam sel lemak tubuh. Tumbuhan ini juga merupakan agen antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran oleh bahan kimia yang berbahaya dalam tubuh, di samping berupaya menentang penuaan sel kulit.
  • Elderberi: Vitamin A dan B6 yang terkandung di dalam tumbuhan ini berupaya memperbaiki struktur kulit dan menyerlahkan seri kulit manakala vitamin C yang tinggi sifat antioksidannya pula berfungsi mencegah kerosakan sel, melambatkan penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Elderberi turut kaya dengan thiamin, zat besi, potassium, kalsium dan riboflavin yang mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh, menstabilkan tahap kolestrol LDL, mengecutkan otot, menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
  • Blackcurrant: Beri ini sarat dengan kandungan anthocyanin yang merupakan agen antioksida yang bertindak meningkatkan sel darah merah dan mengukuhkan dinding kapilari darah serta Omega-3 yang mampu menghalang peningkatan kadar glukosa atau gula dalam badan. Blackcurrant turut berupaya memelihara kesihatan saluran pencernaan, sistem imunisasi dan menggalakkan keupayaan mental. Selain turut membekalkan tenaga kepada tubuh badan, blackcurrant juga kaya dengan kandungan vitamin C, kalsium, fosforus, potassium dan magnesium yang membantu memelihara jantung dan tekanan darah, mengukuhkan tulang serta memelihara kesihatan kulit.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Mengkudu: Mengkudu berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan semula sel dalam tubuh, mencegah jangkitan bakteria yang membawa penyakit, menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta melancarkan sistem pencernaan.
  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan tubuh badan. Ia menggalakkan fungsi organ dalaman, membantu mengawal pengambilan kalori dan membantu buah pinggang menyingkir toksin dari tubuh. Air juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, memelihara usus dan menyegarkan tubuh badan.
  • Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
  • Prun: Kajian pakar menyatakan pengambilan makanan berserat tinggi seperti prun secara berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di samping melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan. Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.
  • Stevia: Stevia adalah pemanis semulajadi yang bebas daripada kalori dan karbohidrat, serta berperanan menstabilkan tekanan darah, mengawal kandungan gula dalam darah. Ia juga bertindak membasmi bakteria dan membantu dalam pembentukan kalsium untuk tulang.
  • Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang turut dipanggil timun laut. Gamat yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Kandungan karbohidratnya pula berperanan membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka, membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan keradangan.
  • Zaitun: Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.

CARA PENGAMBILAN GAMOLEX GOLD D’HERBS

  • Ambil 2 sudu besar setiap pagi dan malam sebelum makan.

 

Incoming search terms:

  • gamolex gold
  • khasiat gamolex gold
  • gamolex
  • gamolex gold dherb
  • krim berherba gamolex gold
  • gamolex d herbs
  • jus dherbs
  • gamolax
  • kansungan gamolex gold
  • krim herba gamolex dherbs