Sale!

Gamma Plus Mahabbah

RM 138.00 RM 124.00

Product Description

GAMMA PLUS MAHABBAH

Gamma Plus keluaran Mahabbah merupakan minuman kesihatan yang dapat membantu mengatasi pelbagai jenis penyakit serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia diadun menggunakan madu, Habbatus Sauda, manggis, delima, ginseng serta pelbagai jenis ramuan semulajadi yang berkesan untuk menyingkirkan toksin dari tubuh badan, menguatkan sistem imunisasi serta mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah agar tahap kesihatan dan kecergasan anda sentiasa berada di tahap yang optima.

Kandungan: 750 ml

KHASIAT GAMMA PLUS MAHABBAH

  • Membantu mengurangkan risiko serangan kanser
  • Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Meredakan masalah radang, ketegangan otot dan penyakit sendi
  • Memelihara sistem saraf dan pernafasan
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menggalakkan proses pemulihan luka
  • Sesuai untuk seisi keluarga

KANDUNGAN GAMMA PLUS MAHABBAH

  • Aprikot: Aprikot kaya dengan sifat antioksidan dari sumber vitamin A dan C yang mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit di samping bertindak melancarkan proses penghadaman, meningkatkan tahap kecergasan, menguatkan otot, mengawal kadar glukosa dalam darah serta menstabilkan tekanan darah. Aprikot turut berupaya menggalakkan fungsi buah pinggang dan mengurangkan kadar kolestrol LDL atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan organ dalaman seperti jantung.
  • Durian Belanda: Buah durian belanda mengandungi vitamin B1, 2 dan C yang bersifat antioksidan serta berperanan meneutralkan radikal bebas mencegah kerosakan sel serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, ia turut berupaya menyingkirkan toksin, membekalkan tenaga tambahan untuk tubuh badan di samping membantu merawat serta menentang masalah radang, penyakit jantung dan serangan kanser. Durian belanda turut mampu membantu anda meredakan tekanan, batuk, ketegangan otot dan penyakit sendi.
  • Kranberi: Kranberi kaya dengan agen antioksidan seperti resveratol, piceatannol dan pterostilbene yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular dan menstabilkan tekanan darah tinggi seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. Malah, ia juga berupaya memelihara sistem penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah jangkitan penyakit.
  • Goji: Goji kaya dengan vitamin B1 (Thiamin) dan kalsium yang berupaya meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan lemak berlebihan dalam tubuh, manakala asid Amino L-glutamine dapat meningkatkan penghasilan tisu otot tanpa lemak. Goji juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh di samping menjana tenaga fizikal, memelihara sistem penghadaman, mengurangkan kekejangan dan keletihan otot.
  • Acai: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel. Malah, ia juga mengandungi EFA, sejenis asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Ia juga tinggi kandungan vitamin C yang bertindak menyingkirkan toksin serta meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Manggis: Buah manggis merupakan tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan. Ia bersifat antioksidan dan mampu membantu mengurangkan risiko serangan kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini mengandungi vitamin B kompleks yang berupaya membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan, mengurangkan paras gula di dalam darah dan membersihkan perut. Selain itu, aloe vera juga mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru serta meningkatkan kelembapan kulit.
  • Maquiberi: Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu, maquiberi juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi bersifat antiradang dan antibakteria di samping berupaya menstabilkan paras gula di dalam darah.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi, meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf serta menstabilkan tekanan darah. Selain itu, madu yang bersifat antioksidan dan antiradang ini juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi, menggalakkan proses pemulihan luka serta mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit.
  • Propolis: Propolis adalah campuran resin atau getah yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksidan mampu mencegah proses penuaan, menggalakkan pemulihan luka dan parut, menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, mengawal paras gula di dalam darah serta membantu menentang serangan kanser.
  • Delima: Buah delima kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penyakit jantung dan proses penuaan. Asid punicic yang merupakan komponen utama buah delima pula berkesan untuk mengawal paras kolestrol, triglyceride iaitu sejenis lemak di dalam saluran darah serta tekanan darah tinggi. Malah, tumbuhan yang bersifat antiradang ini juga mampu mengurangkan risiko serangan kanser, mengawal paras gula di dalam darah, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut berupaya menjana keupayaan minda dan mencegah penyakit Alzheimer, menyingkirkan toksin, meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Ginseng: Herba ini mengandungi phytonutrien yang bersifat antioksidan seterusnya berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel serta melambatkan proses penuaan. Ia juga berkesan untuk membantu anda melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan, mengurangkan kadar kolestrol serta melancarkan peredaran darah.
  • Ginkgo Biloba: Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.
  • Kurma: Kurma tinggi kandungan vitamin B6, potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung, melancarkan proses pencernaan serta membantu meredakan tekanan. Malah, ia juga berkesan untuk menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap kecergasan jasmani di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori.
  • Mengkudu: Buah mengkudu berkesan untuk menyingkirkan toksin, memelihara sistem saraf serta membantu mengatasi penyakit kencing manis, masalah hati serta masalah pada bahagian usus dan saluran pencernaan. Di samping itu, buah mengkudu yang tinggi kandungan antioksidan dan antiradang ini juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah penyakit seperti serangan jantung, strok dan kanser.
  • Buah Tiin: Buah tiin (atau buah tin) kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6, vitamin B6 dan kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, menguatkan tulang dan gigi serta membantu mengawal paras kolestrol seterusnya membantu melindungi sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah. Di samping itu, buah tiin juga terbukti mampu mengawal paras gula di dalam darah serta meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan kuman yang membawa penyakit.
  • Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengawal paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, saluran darah dan darah selain membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, strok dan radang. Minyak zaitun juga tinggi kandungan antioksidan yang bertindak menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel.
  • Prun: Pengambilan makanan berserat tinggi seperti prun secara berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di samping melancarkan sistem pencernaan. Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.
  • Asparagus: Asparagus kaya dengan sumber serat, folat, kalsium, magnesium, zat besi, potassium serta vitamin A, C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan, mengurangkan risiko serangan kanser, di samping mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan dengan sifat antioksidannya. Asparagus turut mengandungi saponin yang bersifat antiradang dan berupaya menstabilkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah serta mengawal kadar kolestrol dalam darah.
  • Brokoli: Brokoli tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin C dan K serta chromium, folat dan serat yang berupaya memelihara kecantikan kulit, mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah di samping melancarkan proses penghadaman. Brokoli turut mengandungi flavonoid yang berupaya mengurangkan tahap kolestrol serta phytonutrien seperti glucoraphanin, gluconasturtiin dan glucobrassicin yang membantu menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Lobak: Lobak yang kaya dengan antioksidan ini tinggi kandungan serat yang berupaya membantu menggalakkan rasa kenyang di samping dapat menyingkirkan toksin dari tubuh badan, memelihara sistem kardiovaskular serta mengurangkan risiko serangan kanser.
  • Walnut: Biji walnut berupaya melembapkan usus besar bagi kesihatan sistem penghadaman di samping memelihara kesihatan buah pinggang dan paru-paru.
  • Habbatus Sauda: Habbatus Sauda yang diperolehi dari tumbuhan berbunga ini bukan sahaja kaya dengan antioksidan yang dapat menentang radikal bebas dan proses penuaan, malah mengandungi 15 asid amino serta pelbagai jenis nutrien seperti zat besi, potassium dan protein yang dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Di samping membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit, Habbatus Sauda juga diyakini mampu mengatasi masalah radang, menyingkirkan toksin dari tubuh badan, melancarkan proses penghadaman serta mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah. Malah, ia turut berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah serta membantu mengatasi masalah pernafasan.
  • Gamat: Gamat merupakan sejenis haiwan di dasar lautan yang yang sarat dengan khasiat vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Selain kaya dengan protein yang berperanan menyembuhkan luka luaran dan dalaman serta membantu pertumbuhan semula sel, gamat juga sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Kandungan karbohidratnya pula berperanan membekalkan tenaga di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu memelihara meningkatkan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka, meningkatkan tahap metabolisme tubuh serta menggalakkan pembakaran lemak. Omega-3 yang turut terkandung di dalam gamat pula berfungsi mengurangkan masalah radang.

CARA PENGAMBILAN GAMMA PLUS MAHABBAH

  • Mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat sebanyak 3 kali, surah Al-Fatihah, doa serta niat.
  • Minum 2 sudu besar sebelum waktu makan.
  • Amalkan setiap kali sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam.

 

SKU: MHH 002 Categories: , ,