Sale!

Flawless Facial Soap Yasmin Beauty

RM 15.90 RM 14.00

Product Description

FLAWLESS FACIAL SOAP YASMIN BEAUTY

Flawless Facial Soap Yasmin Beauty diperkaya dengan kebaikan mutiara, Argan, beeswax dan vitamin E bagi mengatasi masalah kulit berminyak, pigmentasi dan jerawat di samping memelihara keremajaan dan keanggunan wajah anda. Sesuai untuk kulit berminyak.

KHASIAT FLAWLESS FACIAL SOAP YASMIN BEAUTY

  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi masalah pigmentasi, jerawat, jeragat dan parut jerawat
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengecilkan liang pori
  • Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit wajah
  • Memelihara keremajaan wajah

KANDUNGAN FLAWLESS FACIAL SOAP YASMIN BEAUTY

  • Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
  • Cera Alba (Beeswax): Beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Minyak Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.

CARA PENGGUNAAN FLAWLESS FACIAL SOAP YASMIN BEAUTY

  • Cuci wajah dengan Flawless Facial Soap setiap pagi dan malam
  • Disyorkan untuk menggunakan Flawless Tea Tree Toner, Flawless Day Cream Oily Skin dan Flawless Night Cream Oily Skin untuk mendapatkan hasil yang optima.

SKU: YBY 006 Categories: , ,