Sale!

Fiber Coffee V’Asia

RM 30.00 RM 24.00

Product Description

FIBER COFFEE V’ASIA

Fiber Coffee keluaran V’Asia merupakan minuman kopi yang diperkaya dengan kebaikan kolagen, L-Carnitine, Hoodia Gordoni dan Garcinia Cambogia yang dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal serta bentuk badan yang menawan secara sihat dan efektif.

Kandungan: 10 sachet

KHASIAT FIBER COFFEE V’ASIA

  • Membantu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan
  • Menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan
  • Membantu meningkatkan tahap metabolisme
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Menggalakkan pembakaran lemak dan kalori
  • Mengawal selera makan
  • Melangsingkan tubuh badan
  • Diperkaya dengan kolagen yang dapat memelihara kecantikan dan keremajaan kulit
  • Mempunyai rasa yang enak dan memukau para penggemar kopi
  • Tidak mengandungi gula

KANDUNGAN FIBER COFFEE V’ASIA

  • L-Carnitine: Selain berfungsi menstabilkan kandungan gula dalam darah, L-Carnitine berperanan mengangkut dan menukar rangkaian asid lemak ke dalam sel tubuh bagi membekalkan tenaga selain mengatasi penurunan metabolisme, sekaligus membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Garcinia Cambogia: Garcinia Cambogia mengandungi asid hidroksisitrik yang berupaya mengekang pembinaan lemak di dalam tubuh, mengurangkan rasa lapar serta menggalakkan pembakaran kalori sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Hoodia Gordoni: Herba ini merupakan tumbuhan sukulen mirip kaktus serta kaya dengan vitamin C dan serat yang berupaya mengekang rasa lapar, mengatasi masalah penghadaman, mengawal tahap gula dalam darah serta meningkatkan kadar metabolisme sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak dalam tubuh bagi membantu mengurangkan masalah berat badan yang berlebihan.
  • Kopi Hijau: Kopi hijau merupakan biji kopi yang belum dipanggang. Kajian pakar menyokong idea bahawa asid klorogenik dan asid caffeic dalam biji kopi hijau boleh mempunyai kesan yang baik pada penurunan berat badan berikutan perencatan asid lemak sintase, peningkatan dalam metabolisme serta pengoksidaan lemak dalam tubuh seterusnya membantu menggalakkan pengurangan berat badan.
  • Kacang Ginjal Putih (White Kidney Bean): Kacang ginjal putih terkenal kerana keupayaannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah dan mencegah penyerapan kalori dalam tubuh seterusnya menentang penghasilan lemak yang berlebihan dalam tubuh badan dan sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Inulin: Turut dikenali sebagai polysaccharide, inulin merupakan rangkaian serat yang menggalakkan fungsi imunisasi, memelihara sistem kardiovaskular serta meningkatkan penyerapan mineral, zat besi, magnesium, kalsium dan zink ke dalam tubuh. Selain itu, inulin juga bertindak melancarkan proses penghadaman, menentang proses penuaan, membakar kalori serta membantu mengawal selera makan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan.
  • Kolagen Marin: Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit, selain membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Kopi: Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
  • Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan
  • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
  • Susu Skim: Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Kandungan potassium, vitamin B2 dan B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan saluran darah. Di samping itu, vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Protein Whey: Protein whey berasal dari susu lembu yang kaya dengan kandungan protein yang rendah lemak rendah kalori dan rendah karbohidrat serta bebas daripada laktosa dan berupaya menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam badan. Protein whey juga mengandungi asid amino yang mampu mengekalkan tisu yang sihat di samping melembap dan menghaluskan kulit. Selain itu, whey turut berkesan untuk membina otot dan membakar lemak dalam tubuh sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Aspartame: Aspartame merupakan pemanis yang dihasilkan secara sintetik serta sering digunakan di dalam produk makanan dan minuman. Ia rendah kandungan kalori seterusnya seterusnya sesuai untuk digunakan oleh mereka yang ingin mengawal dan menurunkan berat badan.

CARA PENGAMBILAN FIBER COFFEE V’ASIA

  • Campurkan 1 sachet Fiber Coffee bersama 150 ml air suam.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk diminum.
  • Ambil 1 sachet sehari, sebaik-baiknya ketika sarapan pagi atau sebelum makan tengahari.
  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

Incoming search terms:

  • fiber coffee v asia
  • fiber coffee vasia
  • kopi fiber v asia
  • v asia fiber coffee
  • fiber coffee
  • fiber v asia
  • vasia fiber coffee
  • khasiat fiber coffee v asia
  • kopi fiber
  • fiber coffee vasia testimoni

Additional information

Weight 0.3655 kg
SKU: VAA 058 Categories: ,