Sale!

Exclusive Set 4 in 1 Nour Ain

RM 125.00 RM 99.00

Product Description

EXCLUSIVE SET 4 IN 1 NOUR AIN

Nour Ain Exclusive Set 4 in 1 dilengkapi dengan Beauty Soap, Facial Toner, UV+ Foundation dan Night Cream yang dirumus khusus untuk memelihara kecantikan kulit agar ia bebas daripada cela seterusnya menjadikan wajah anda tampil lebih anggun dan berseri.

Kandungan:

  • Beauty SoaP
  • Facial Toner
  • UV+ Foundation
  • Night Cream

 

KHASIAT EXCLUSIVE SET 4 IN 1 NOUR AIN

Beauty Soap

  • Membersihkan wajah tanpa mengeringkan kulit
  • Membantu mengawal kadar minyak pada kulit
  • Membantu membersihkan liang pori yang tersumbat
  • Mengekalkan kelembutan dan kehalusan kulit
  • Membantu mencerahkan kulit wajah

 

Facial Toner

  • Menghilangkan bintik-bintik hitam
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Menghaluskan kulit wajah
  • Menutup liang pori
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kerosakan kulit

 

UV+ Foundation

  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Mencegah proses penuaan kulit

 

Night Cream

  • Memudarkan kesan parut, jeragat dan jerawat
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah kulit kusam
  • Mengimbangi tona kulit agar lebih sekata
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Tidak mengelupaskan kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

 

KANDUNGAN EXCLUSIVE SET 4 IN 1 NOUR AIN

Beauty Soap Nour Ain

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk melindungi sel kulit daripada kerosakan serta mencegah jangkitan bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga bertindak menghalus dan melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) yang akan merosakkan kulit.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun ternyata mempunyai khasiat yang pelbagai bagi kulit, rambut serta kesihatan dalaman. Ia tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Melaleuca Alternifolia (T-tree): Ekstrak dari pokok tea tree atau gelam wangi kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.
    Sodium Palm Kernelate: Sodium Palm Kernelate merupakan garam organik yang terhasil daripada biji kelapa sawit ini memelihara kelembapan kulit.
  • Limau Nipis (Lime): Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Tumbuhan ini juga berupaya menyahtoksin, mengurangkan kedutan, mengurangkan minyak pada wajah, menghilangkan jerawat dan bintik hitam serta mengecilkan pori-pori, selain bertindak menghalus dan mencerahkan lagi kulit wajah.

 

Facial Toner Nour Ain

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • PEG-150 Lanolin: Lanolin merupakan kombinasi ester sterol dan asid lemak yang banyak terkandung di dalam tumbuhan, haiwan dan kulat. Ia mirip sebum atau minyak yang terdapat pada kepala dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit sekaligus membantu mengekalkan kelembapan kepala. Lanolin juga mampu meredakan masalah kulit gatal dan kering.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk membasmi mikrobiotik seperti kulat dan bakteria di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • PEG-80 Sorbitan Palmitate: Bahan ini berfungsi sebagai pengemulsi yang berperanan menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi memastikan keberkesanannya.
  • Blueberi (Vaccinium Angustifolium): Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel kulit, melambatkan proses penuaan serta memperbaiki struktur kulit agar ia tampil lebih halus dan bermaya.
  • Sodium Ascorbyl Phosphate: Sodium Ascorbyl Phosphate merupakan sebatian yang terhasil daripada vitamin C yang tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Sodium Citrate: Sodium Citrate adalah merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan fungsi dan keberkesanan ramuan tersebut.
  • Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.

 

UV+ Foundation

  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut.
  • Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini.
  • PEG-100 Stearate: Sebatian yang terhasil daripada minyak asli sama ada dari sumber kelapa atau kelapa sawit ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas daripada alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut untuk kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Asid Hydroxystearic: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak castor ini berperanan sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.
  • DMDM Hydantoin: Sebatian organik yang bersifat antikulat dan sering digunakan di dalam produk penjagaan diri ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah jangkitan kuman dan bakteria yang boleh merosakkan produk ini.
  • Alumina (Aluminium Oksida): Sebatian yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri ini berfungsi sebagai ejen penebalan bagi kandungan produk ini.
  • Silica: Silica atau silikon dioksida merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.
  • Sodium Polyacrylarmide: Sebatian ini merupakan bahan penstabil yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan keberkesanan setiap ramuan tersebut.
  • Hydrogenated Polydecene: Bahan polimer sintetik ini merupakan emolien yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi membantu memelihara kelembapan kulit.
  • Laurerth-7: Laureth-7 adalah sebatian sintetik yang berperanan sebagai pengemulsi bagi menyatukan setiap ramuan di dalam produk ini sekaligus menggalakkan fungsi ramuan tersebut.
  • Methyldibromo Glutaronitrile: Bahan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah jangkitan kuman dan bakteria yang boleh merosakkan produk ini.

 

Night Cream Nour Ain

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan tubuh badan. Ia menggalakkan fungsi organ dalaman, membantu mengawal pengambilan kalori dan membantu buah pinggang menyingkir toksin dari tubuh. Air juga mampu mengekalkan kelembapan kulit, memelihara usus dan menyegarkan tubuh badan.
  • Propylene Glycol: Propylene Glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyatukan semua ramuan di dalam produk ini.
  • Alkohol Cetearyl: Ia merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada kerengsaan.
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Octyl Methoxycinnamate, sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV, selain mengurangkan kemunculan parut.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Propyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu menentang pembiakan bakteria.
  • Tocopherol: Tocopherol yang turut dipanggil vitamin E ini membantu menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Polyglyceryl-6 Tristearate: Bahan ini merupakan bahan pengemulsi yang berfungsi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya membantu menggalakkan fungsi setiap ramuan.
  • Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi di dalam produk penjagaan diri untuk menggalakkan fungsi setiap bahan lain di dalam produk tersebut.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang merupakan bahan pengawet dan sering digunakan kosmetik, vaksin dan farmaseutikal.
  • Sodium Ascorbyl Phosphate: Sodium Ascorbyl Phosphate merupakan sebatian yang terhasil daripada vitamin C yang tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Retinyl Acetate: Retinyl Acetate atau lebih dikenali sebagai vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, vitamin A turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet.
  • Minyak Jojoba (Simmondsia Chinensis): Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.

 

CARA PENGGUNAAN EXCLUSIVE SET 4 IN 1 NOUR AIN

Siang:

  • Cuci wajah dengan Beauty Soap dan keringkan.
  • Sapukan Facial Toner pada seluruh wajah dan leher.
  • Sapu dan ratakan UV+ Foundation pada wajah dan leher.

 

Malam:

  • Cuci wajah dengan Beauty Soap dan keringkan.
  • Sapukan Facial Toner pada seluruh wajah dan leher.
  • Sapukan Night Cream secara nipis pada wajah dan leher.

 

SKU: NAN 010 Categories: , ,