Sale!

Diva Ingenue Stem Cell Serum

RM 180.00 RM 170.00

Product Description

DIVA INGENUE STEM CELL SERUM

Diva Ingenue Stem Cell Serum diperkaya dengan kebaikan sel stem PhytoCellTec bersama gabungan ramuan semulajadi seperti gamat, teh hijau dan bunga Rosemary yang bertindak mengekalkan kelembapan kulit dengan lebih mendalam serta memperbaharui sel kulit sekaligus menjadikan wajah anda tampil lebih muda dan berseri.

Kandungan: 30 ml

KHASIAT DIVA INGENUE STEM CELL SERUM

  • Mengekalkan kelembapan kulit wajah anda
  • Memelihara kehalusan dan keanjalan kulit
  • Meningkatkan ketegangan kulit
  • Membantu mengekalkan keremajaan kulit
  • Membantu menyingkirkan sel kulit mati
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Menentang masalah jerawat, parut, bintik-bintik hitam serta lingkaran hitam di bawah mata
  • Membantu menentang proses penuaan kulit
  • Memulihkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari dan pencemaran toksin
  • Sesuai untuk kulit kering dan kusam

KANDUNGAN DIVA INGENUE STEM CELL SERUM

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
  • Butylene Glycol: Butylene glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi melarutkan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Sodium Lactate: Sodium lactate merupakan sejenis bahan pelembap yang berupaya menggalakkan penyerapan air ke dalam lapisan kulit sekaligus mampu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Pegaga (Centella Asiatica): Pegaga kaya dengan kebaikan vitamin A, vitamin C, protein, serat dan zat besi yang berupaya mempercepatkan penyembuhan luka, menghilangkan bintik-bintik hitam di samping menyerlahkan lagi keremajaan kulit.
  • Matricaria (Chamomilla Recutita): Bunga yang bersifat antioksidan ini bertindak menyingkirkan kesan kotoran dan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit anda kelihatan lebih halus, cerah dan berseri. Ia juga berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit serta membantu menentang masalah jerawat, parut, lingkaran hitam di bawah mata dan proses penuaan.
  • Teh Hijau (Camellia Sinensis): Daun teh mampu mengatasi masalah radang serta mengurangkan kemerah-merahan dan kegatalan pada kulit. Teh hijau turut kaya dengan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel di samping mencegah kedutan dan garis-garis halus bagi membantu menyerlahkan keremajaan kulit anda.
  • Akar Polygonum Cuspidatum (Fallopia Japonica): Tumbuhan yang turut dikenali sebagai Knotweed Jepun ini mampu mempercepatkan pemulihan luka, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan radang serta membantu merawat masalah jerawat.
  • Rosemary (Rosmarinus Officinalis): Bunga rosemary tinggi kandungan phytonutrien serta bersifat astringen dan antioksidan yang berkesan bagi memperbaiki tisu kulit, mengatasi masalah jerawat di samping melambatkan proses penuaan kulit.
  • Scutellaria Baicalensis: Tumbuhan berbunga ini sering digunakan dalam rawatan tradisional Cina bagi membantu mengatasi masalah kulit. Ia kaya dengan kandungan antioksidan dan antiradang yang bukan sahaja mampu mencegah masalah radang dan kerosakan sel kulit, malah turut berupaya melambatkan proses penuaan. Tumbuhan ini juga mampu mencegah kerosakan kulit akibat pancaran radiasi UV serta mencegah pembentukan melanin yang merupakan sejenis pigmen di bawah lapisan kulit seterusnya membantu mencerahkan kulit serta mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Glycolic Acid: Asid glycolic merupakan antara ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik kerana kebaikannya untuk kecantikan kulit. Ia terhasil daripada tebu dan tergolong dalam keluarga asid hidroksi alpha atau AHA. Asid glycolic berupaya menyingkirkan sel kulit mati bagi menyerlahkan kehalusan kulit di samping bertindak sebagai anti-penuaan bagi memelihara keremajaan kulit. Di samping itu, ia turut berupaya meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam mahupun kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari.
  • Sucrose: Sukros merupakan gula semulajadi yang bersifat higroskopik di mana ia berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit, di samping membantu menyingkirkan sel kulit mati serta melindungi kulit daripada toksin dan kesan pencemaran.
  • Urea: Urea merupakan sebatian organik yang bertindak mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering, kasar dan merekah.
  • Sodium Citrate: Sodium citrate adalah merupakan bahan pengemulsi yang berperanan melarutkan semua ramuan di dalam produk ini.
  • Malic Acid: Asid malik merupakan sejens sebatian organik yang terkandung di dalam buah epal yang berkesan untuk mencantikkan kulit. Di samping membantu merawat masalah jerawat, asid malic juga mampu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis-garis halus serta menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Tartaric Acid: Ramuan yang sering ditemui di dalam tumbuh-tumbuhan ini bertindak membersihkan liang pori, mengatasi masalah pigmentasi serta membantu mengurangkan kesan parut jerawat.
  • Ethoxydiglycol: Sebatian ini bertindak sebagai bahan penstabil yang berperanan menambahkan kelikatan kandungan produk ini.
  • Gamat (Stichopus Horrens): Gamat sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain memelihara kehalusan dan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Alcohol Denat: Alkohol denat bertindak sebagai bahan pelarut di samping membantu mencegah produk ini daripada kerosakan.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
  • Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
  • Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.
  • Kafein: Kafein yang sering terkandung di dalam biji kopi dan daun teh bukan sahaja baik untuk kecergasan fizikal, malah berkesan untuk kecantikan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang berupaya menentang proses penuaan kulit dan serangan kanser kulit selain mampu mengurangkan radang dan kemerahan serta mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata. Kafein turut berupaya mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan menegangkan kulit di samping membantu mencegah dan merawat kerosakan kulit akibat pancaran ultraviolet (UV).
  • Pentylene Glycol: Pentylene glycol merupakan bahan sintetik yang bersifat antikulat serta berupaya melindungi isi kandungan produk ini daripada kerosakan di samping membantu melembapkan kulit dari dalam.
  • Achillea Millefolium: Tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai yarrow ini mempunyai sifat astringen yang bertindak mengecutkan dan menegangkan tisu tubuh dan kulit. Malah, ia turut berupaya merawat masalah kulit seperti radang serta dapat membantu menentang jangkitan bakteria yang mengakibatkan kerosakan pada kulit anda.
  • Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat bagi produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sel Kultur Epal (Malus Domestica): Sel stem merupakan sejenis sel yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Sel stem yang terkandung di dalam buah epal berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.
  • Sodium Hyaluronate: Bahan yang merupakan garam atau sodium kepada asid hyaluron ini bertindak meningkatkan kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering. Di samping itu, ia juga berupaya melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit bagi mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • PEG-40 Hydrogenated Castor Oil: Minyak castor yang diekstrak dari biji buah jarak ini telah digunakan sejak zaman dahulu bagi memelihara kecantikan kulit serta membantu mencegah masalah radang dan jangkitan kuman yang boleh merosakkan kulit. Di samping itu juga, ia turut berkesan untuk memudarkan kesan parut, merawat masalah jerawat, kulit kering serta kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Minyak castor juga bertindak menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seterusnya mengurangkan kesan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping membantu memelihara kelembutan serta keremajaan kulit anda.
  • Pewangi: Pewangi bertindak menambahkan aroma yang menyegarkan wajah anda.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.

CARA PENGGUNAAN DIVA INGENUE STEM CELL SERUM

  • Sapukan Diva Ingenue Stem Cell Serum pada permukaan wajah yang telah dibersihkan.

Additional information

Weight 0.120 kg
SKU: DVA 009 Categories: , ,