Sale!

Diva Ingenue Rejunevating Toner

RM 45.00 RM 39.00

Product Description

DIVA INGENUE REJUNEVATING TONER

Diva Ingenue Rejunevating Toner bertindak mengekalkan kelembapan kulit anda dengan mendalam selain berkesan untuk menanggalkan kesan minyak dan sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit seterusnya memelihara kecantikan dan kesegaran kulit wajah anda sepanjang hari.

Kandungan: 50 ml

KHASIAT DIVA INGENUE REJUNEVATING TONER

  • Menyegarkan kulit wajah anda
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Menyingkirkan minyak dan sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit wajah
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Membantu merawat masalah jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
  • Membantu mengatasi masalah kulit yang kering, kasar dan berminyak
  • Menyingkirkan bakteria yang menyebabkan masalah kulit
  • Melambatkan proses penuaan

KANDUNGAN DIVA INGENUE REJUNEVATING TONER

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
  • Sodium Hyaluronate: Bahan yang merupakan garam atau sodium kepada asid hyaluron ini bertindak meningkatkan kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering. Di samping itu, ia juga berupaya melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit bagi mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Butylene Glycol: Butylene glycol berfungsi sebagai bahan pelarut bagi melarutkan ramuan di dalam sesuatu produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Sodium Polyglutamate: Sebatian yang terhasil daripada proses penapaian natrialba aegyptiaca, sejenis bakteria baik yang banyak terdapat di kawasan Laut Mati di Mesir. Ia berupaya mengekalkan kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.
  • Arginine: Arginine adalah sejenis asid amino yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan, mempercepatkan pemulihan luka serta melambatkan proses penuaan sekaligus menyerlahkan lagi keremajaan kulit anda.
  • Aspartic Acid: Ramuan ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan dan kecantikan kulit anda.
  • Serine: Serine adalah sejenis asid amino yang terhasil daripada protein sutera. Di samping bertindak menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, serine juga berupaya mengekalkan kelemabpan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen bagi meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit.
  • Valine: Valine merupakan salah satu asid amino yang berupaya memulihkan kerosakan tisu kulit serta mengekalkan kelembapan kulit seterusnya membantu anda mengatasi masalah kulit kering.
  • Proline: Proline adalah asid amino iaitu sejenis sebatian organik yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit anda.
  • Histidine: Ramuan ini merupakan antara asid amino yang berkesan untuk memelihara kecantikan kulit. Di samping membantu memelihara kehalusan kulit, ia turut berupaya mengatasi masalah radang, mempercepatkan pemulihan luka serta melindungi tisu tubuh daripada kerosakan.
  • Phenylalanine: Phenylalanine adalah sejenis asid amino yang banyak terkandung di dalam sumber protein semulajadi bagi membantu mengatasi masalah kulit.
  • Pentylene Glycol: Pentylene glycol merupakan bahan sintetik yang bersifat antikulat serta berupaya melindungi isi kandungan produk ini daripada kerosakan di samping membantu melembapkan kulit dari dalam.
  • Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat bagi produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Epal (Malus Domestica): Buah epal yang bertindak sebagai agen antioksidan ini kaya dengan pelbagai khasiat dari sumber vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menyingkirkan toksin, meningkatkan kehalusan, kelembapan dan kecerahan kulit di samping membantu merawat masalah kulit seperti parut, jerawat, jeragat, kulit kusam, kedutan dan garis-garis halus pada kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat di samping menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
  • Sodium Lactate: Sodium lactate merupakan sejenis bahan pelembap yang berupaya menggalakkan penyerapan air ke dalam lapisan kulit sekaligus mampu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
  • Glycine: Glycine merupakan sebatian organik yang bertindak mengekalkan keasidan kandungan produk ini.
  • Alanine: Alanine merupakan asid amino yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Threonine: Threonine merupakan asid amino yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit.
  • Isoleucine: Isoleucine adalah sejenis asid amino yang bertindak mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping membantu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.
  • Achillea Millefolium: Tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai yarrow ini mempunyai sifat astringen yang bertindak mengecutkan dan menegangkan tisu tubuh dan kulit. Malah, ia turut berupaya merawat masalah kulit seperti radang serta dapat membantu menentang jangkitan bakteria yang mengakibatkan kerosakan pada kulit anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Zinc Gluconate: Zinc gluconate bukan sahaja berupaya mengatasi masalah jerawat, malah berupaya mempercepatkan pemulihan luka dan menentang kemunculan parut pada permukaan kulit.
  • Pewangi: Pewangi bertindak menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
  • Mannitol: Mannitol boleh diperolehi dari sumber semulajadi seperti alga, pokok mahupun cendawan serta bertindak membentuk isi kandungan produk ini di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Ammonium Glycyrrhizate: Ramuan ini bertindak sebagai bahan perasa dan pelembap bagi produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Horse Chestnut (Aesculus Hippocastanum): Tumbuhan yang bersifat astringen dan anti-radang ini berkesan untuk meningkatkan ketegangan kulit serta mencegah masalah radang seperti eczema dan psoriasis.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • PEG-40 Hydrogenated Castor Oil: Minyak castor yang diekstrak dari biji buah jarak ini telah digunakan sejak zaman dahulu bagi memelihara kecantikan kulit serta membantu mencegah masalah radang dan jangkitan kuman yang boleh merosakkan kulit. Di samping itu juga, ia turut berkesan untuk memudarkan kesan parut, merawat masalah jerawat, kulit kering serta kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Minyak castor juga bertindak menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seterusnya mengurangkan kesan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping membantu memelihara kelembutan serta keremajaan kulit anda.
  • Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
  • Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.

CARA PENGGUNAAN DIVA INGENUE REJUNEVATING TONER

  • Sapukan Diva Ingenue Rejunevating Toner dengan menggunakan kapas pada permukaan wajah yang telah dibersihkan.
  • Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesegaran yang berpanjangan.

Additional information

Weight 0.150 kg
SKU: DVA 003 Categories: , ,