Sale!

Diva Ingenue Night Cream

RM 89.00 RM 80.00

Product Description

DIVA INGENUE NIGHT CREAM

Diva Ingenue Night Cream diformulasi secara khusus menggunakan sel stem epal yang dapat memperbaharui sel kulit serta memulihkan kerosakan kulit akibat pendedahan terhadap cahaya matahari dan pencemaran toksin seterusnya menjadikan kulit wajah anda tampil lebih muda, sihat dan berseri.

Kandungan: 30 ml

KHASIAT DIVA INGENUE NIGHT CREAM

  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Memperbaharui sel kulit yang lebih sihat
  • Membantu merawat masalah jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
  • Memudarkan kesan lingkaran hitam bawah mata
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Mengatasi masalah pigmentasi
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Mengecilkan liang pori
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat pencemaran toksin dan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Membantu mencegah proses penuaan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit wajah anda
  • Mencegah masalah kulit kering dan kusam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN DIVA INGENUE NIGHT CREAM

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
  • Cetyl Alcohol: Sebatian ini merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menggalakkan fungsi ramuan lain di dalam produk ini selain membantu menyerap kelembapan ke dalam lapisan kulit, selain melindungi kulit daripada radang.
  • Glyceryl Stearate: Glyceryl stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • PEG-75 Stearate: PEG-75 Stearate merupakan ester atau sebatian kimia yang terhasil daripada asid stearic di dalam buah jarak yang berperanan sebagai emolien bagi memelihara kelembapan kulit.
  • Ceteareth-20: Ceteareth adalah hasil campuran cetearyl dan stearyl alkohol yang merupakan asid lemak semulajadi bersumberkan minyak kelapa. Sebatian ini berfungsi sebagai pengemulsi yang yang melarutkan kandungan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Steareth-21: Sebatian yang terhasil daripada asid stearik ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan kandungan di dalam sesebuah produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Butylene Glycol: Butylene glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi melarutkan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Sodium Lactate: Ia merupakan sejenis bahan pelembap yang berupaya menggalakkan penyerapan air ke dalam lapisan kulit sekaligus mampu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Glycolic Acid: Asid glycolic merupakan antara ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik kerana kebaikannya untuk kecantikan kulit. Ia terhasil daripada tebu dan tergolong dalam keluarga asid hidroksi alpha atau AHA. Asid glycolic berupaya menyingkirkan sel kulit mati bagi menyerlahkan kehalusan kulit di samping bertindak sebagai anti-penuaan bagi memelihara keremajaan kulit. Di samping itu, ia turut berupaya meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam mahupun kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari.
  • Sucrose: Sukros merupakan gula semulajadi yang bersifat higroskopik di mana ia berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit, di samping membantu menyingkirkan sel kulit mati serta melindungi kulit daripada toksin dan kesan pencemaran.
  • Urea: Urea merupakan sebatian organik yang bertindak mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering, kasar dan merekah.
  • Sodium Citrate: Sodium Citrate adalah merupakan bahan pengemulsi yang berperanan melarutkan semua ramuan di dalam produk ini.
  • Malic Acid: Asid malik merupakan sejens sebatian organik yang terkandung di dalam buah epal yang berkesan untuk mencantikkan kulit. Di samping membantu merawat masalah jerawat, asid malic juga mampu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis-garis halus serta menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit.
  • Tartaric Acid: Ramuan yang sering ditemui di dalam tumbuh-tumbuhan ini bertindak membersihkan liang pori, mengatasi masalah pigmentasi serta membantu mengurangkan kesan parut jerawat.
  • Papain: Papain merupakan sejenis enzim yang diperoleh daripada buah betik serta berupaya merawat radang, luka serta masalah kegatalan atau psoriasis.
  • Sodium Carbomer: Sodium carbomer merupakan garam yang terhasil daripada carbomer serta berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan kandungan produk ini.
  • Carbomer: Ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.
  • Meadowfoam Seed Oil (Limnanthes Alba): Minyak yang diekstrak dari biji tumbuhan berbunga ini kaya dengan kandungan antioksidan yang bertindak melindungi kulit daripada kerosakan dan proses penuaan di samping membantu memelihara kehalusan kulit anda.
  • Sodium PCA (Asid Pyrrolidone Carboxylic): Sebatian ini merupakan asid amino yang bertindak memelihara kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan kasar.
  • Trehalose: Trehalose merupakan sejenis gula yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan mahupun kulat dan sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri kerana keupayaannya untuk memelihara kelembapan kulit. Ia tinggi kandungan antioksidan yang bukan sahaja mampu mencegah kerosakan sel, malah turut berupaya mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Polyquternium-51: Polyquaternium-10 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi sebagai bahan pelembap di samping membantu menaikkan seri kulit anda.
  • Triacetin: Triacetin atau glycerol triacetate bertindak sebagai bahan pelarut di samping membantu mengekalkan kelembapan kandungan produk ini.
  • Sodium Hyaluronate: Bahan yang merupakan garam atau sodium kepada asid hyaluron ini bertindak meningkatkan kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering. Di samping itu, ia juga berupaya melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit bagi mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Sel Stem Epal (Malus Domestica): Sel stem merupakan sejenis sel tubuh yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Sel stem yang terkandung di dalam buah epal berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.
  • Gam Xanthan: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat bagi produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
  • Polymethyl Methacrylate: Sebatian ini terhasil daripada bahan organik methyl methacrylate serta berperanan melindungi permukaan kulit wajah anda daripada pancaran radiasi UV.
  • Dimethicone: Dimethicone adalah sejenis minyak silikon yang berfungsi menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut dan radang. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Cyclopentasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
  • C10-30 Cholestrol/Lanosterol Ester: Campuran asid lemak ini bertindak sebagai bahan pengemulasi yang melarutkan kandungan produk ini di samping berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Pentylene Glycol: Pentylene glycol merupakan bahan sintetik yang bersifat antikulat serta berupaya melindungi isi kandungan produk ini daripada kerosakan di samping membantu melembapkan kulit dari dalam.
  • Achillea Millefolium: Tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai yarrow ini mempunyai sifat astringen yang bertindak mengecutkan dan menegangkan tisu tubuh dan kulit. Malah, ia turut berupaya merawat masalah kulit seperti radang serta dapat membantu menentang jangkitan bakteria yang mengakibatkan kerosakan pada kulit anda.
  • Phytosteryl/Octyldodecyl Lauroyl Glutamate: Bahan ini mampu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Proteoglycan Larut Air: Sebatian ini merupakan sejenis protein yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menyerlahkan keremajaan kulit anda.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Lavender (Lavandula Angustifolia): Selain berperanan penting dalam rawatan aromaterapi, bunga lavender yang bersifat antiseptik dan antiradang ini juga berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema, menegangkan kulit serta membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
  • Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halusdan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
  • Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.

CARA PENGGUNAAN DIVA INGENUE NIGHT CREAM

  • Sapukan pada permukaan kulit wajah dan leher yang telah dibersihkan.
  • Gunakan pada waktu malam.

Additional information

Weight 0.110 kg
SKU: DVA 008 Categories: , ,