Sale!

Diva Ingenue Eye Gel

RM 120.00 RM 109.00

Product Description

DIVA INGENUE EYE GEL

Diva Ingenue Eye Gel merupakan formulasi istimewa yang dihasilkan daripada akar bunga Rhodiola Rosea dan vitamin E yang bertindak memudarkan lingkaran hitam di bawah mata di samping membantu mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

Kandungan: 30 ml

KHASIAT DIVA INGENUE EYE GEL

  • Membekalkan nutrien yang penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit
  • Membantu memudarkan kesan lingkaran hitam di bawah mata
  • Meningkatkan kecerahan kulit di sekitar mata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pencemaran toksin

KANDUNGAN DIVA INGENUE EYE GEL

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
  • Sodium Hyaluronate: Seperti asid Hyaluron yang mengandungi kadar molekul yang lebih banyak berbanding sodium hyaluronate, ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam lapisan kulit.
  • Betaine: Betaine adalah sejenis asid amino yang turut dipanggil sebagai trimethylglycine serta bertindak mencegah masalah radang di samping membantu mengurangkan kesan kedutan dan mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Pentylene Glycol: Pentylene glycol merupakan bahan sintetik yang bersifat antikulat serta berupaya melindungi isi kandungan produk ini daripada kerosakan di samping membantu melembapkan kulit dari dalam.
  • Saccharomyces Cerevisiae: Saccharomyces cerevisiae merupakan sejenis yis yang bertindak memperbaharui sel bagi membantu mengekalkan keremajaan kulit.
  • Rhodiola Rosea: Tumbuhan berbunga ini kaya dengan antioksidan yang berupaya menentang proses penuaan kulit, melindungi kulit daripada kerosakan serta menggalakkan penghasilan elastin bagi mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Malah, ia juga diyakini mampu menjana penghasilan kolagen yang berkesan untuk menegang dan menganjalkan kulit seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.
  • Carbomer: Ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan kegatalan.
  • Alpha Glucosyl Hesparidin: Sebatian flavonoid yang bersifat antioksidan ini berupaya melancarkan peredaran darah seterusnya memelihara kecantikan kulit serta mengurangkan kesan lingkaran hitam di bawah mata. Ia juga bertindak melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengukuhkan kandungan kolagen di dalam lapisan kulit bagi mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit anda.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan ramuan di dalam produk penjagaan diri.
  • PEG-40 Hydrogenated Castor Oil: Minyak castor yang diekstrak dari biji buah jarak ini telah digunakan sejak zaman dahulu bagi memelihara kecantikan kulit serta membantu mencegah masalah radang dan jangkitan kuman yang boleh merosakkan kulit. Di samping itu juga, ia turut berkesan untuk memudarkan kesan parut, merawat masalah jerawat, kulit kering serta kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Minyak castor juga bertindak menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seterusnya mengurangkan kesan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping membantu memelihara kelembutan serta keremajaan kulit anda.
  • Lactose Cellulose Hydroxypropa Methylcellulose: Sebatian separa sintetik yang turut dipanggil hypromellose ini bertindak sebagai bahan pengemulsi yang melarutkan isi kandungan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Jojoba Ester: Ester Jojoba yang terhasil melalui proses penghidrogenan minyak Jojoba yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati seterusnya membantu memelihara kehalusan kulit anda.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • Polyethylene Glycol: Polyethylene glycol bertindak sebagai bahan asas pembuatan produk kosmetik dan penjagaan diri terutamanya krim bagi membentuk isi kandungan produk tersebut.
  • Ethyl Cellulose: Ethyl cellulose berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang melarutkan isi kandungan produk ini.
  • CI 77019 (Mica): Mica merupakan sejenis bahan mineral yang berperanan sebagai pigmen atau bahan pewarna di dalam produk kosmetik. Ia mampu menambahkan sinar dan kilauan pada permukaan kulit di samping memelihara kehalusan kulit dan menaikkan seri kulit anda.
  • CI 77891: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titanium dioksida ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Silicon Dioxide: Silikon dioksida atau silika merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.
  • CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • Tin (IV) Oxide: Tin (IV) oxide atau stannic oxide merupakan serbuk putih yang bertindak menambahkan warna putih ke dalam produk kosmetik dan penjagaan diri.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Ascorbyl Palmitate: Sebatian organik ini merupakan sejenis asid askorbik yang kaya dengan kandungan vitamin C serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Caprylyl Glycol: Bahan silikon ini menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
  • Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi melarutkan semua ramuan di dalam produk ini.
  • Diazolidinyl Urea: Sebatian yang berfungsi sebagai bahan pengawet ini berupaya menentang jangkitan kulat seterusnya membantu memelihara isi kandungan produk ini.
  • Iodopropynyl Butylcarbamate: Sebatian ini merupakan bahan pengawet yang sering digunakan di dalam produk penjagaan diri bagi melindungi kandungannya daripada kerosakan akibat jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.

CARA PENGGUNAAN DIVA INGENUE EYE GEL

  • Oleskan Diva Ingenue Eye Gel menggunakan jari yang bersih.
  • Ratakan gel pada permukaan kulit di sekitar mata.
  • Elakkan daripada terkena bahagian mata.

Additional information

Weight 0.120 kg
SKU: DVA 002 Categories: , ,