Sale!

Diva Ingenue Day Cream

RM 89.00 RM 80.00

Product Description

DIVA INGENUE DAY CREAM

Diva Ingenue Day Cream diperkaya dengan SPF35 yang bertindak melindungi wajah anda daripada sinaran UV di samping membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak dengan efektif.

Kandungan: 30 ml

KHASIAT DIVA INGENUE DAY CREAM

  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Memelihara keremajaan kulit wajah
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Memelihara kejelitaan kulit secara berpanjangan

KANDUNGAN DIVA INGENUE DAY CREAM

  • Cyclopentasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang berupaya mengekalkan tahap kelembapan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
  • Dimethicone Crosspolymer: Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan penstabil bagi menyeimbangkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
  • Cyclohexasiloxane: Bahan ini merupakan sejenis silikon yang terhasil secara sintetik dan berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta garis-garis halus.
  • Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Alumina: Bahan mineral yang turut dipanggil aluminium hidroksida ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran dan sinaran UV seterusnya membantu mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit.
  • Triethoxycaprylylsilane: Triethoxycaprylylsilane berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan lain di dalam produk ini.
  • Ethylhexyl Methoxycinnamate: Sebatian ini berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi UV selain mengurangkan kemunculan parut pada kulit.
  • Dimethicone: Dimethicone adalah sejenis minyak silikon yang berfungsi menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer: Sebatian yang terhasil daripada silikon ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan lain di dalam produk ini.
  • Silica: Silica atau silikon dioksida merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet serta mengekalkan nutrien yang terkandung di dalam produk ini.
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl trimethicone terhasil daripada silikon yang terhasil secara sintetik serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Dimethiconol: Bahan silikon ini berperanan mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit selain mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.
  • C12-15 Alkyl Benzoate: Sebatian ini berfungsi sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam sesebuah produk seterusnya membantu menggalakkan fungsi ramuan tersebut, di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Phytosteryl/Octyldodecyl Lauroyl Glutamate: Bahan ini mampu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.
  • Methyl Methacrylate Crosspolymer: Sebatian polimer ini berperanan menyerap lebihan sebum atau minyak pada permukaan kulit sekaligus membantu mengawal penghasilan jerawat.
  • Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan wajah anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit anda.
  • Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
  • Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.
  • Talc: Talc atau talkum merupakan bahan mineral yang berupaya menyerap kelembapan di samping mengurangkan masalah kulit yang disebabkan oleh penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Iron Oxide: Iron oxide berfungsi sebagai pigmen yang menambahkan warna tertentu di dalam sesebuah produk kosmetik.
  • Dimethicone/Methicone Copolymer: Sebatian ini bertindak membentuk kandungan produk ini agar ia lebih padat dan tidak mudah rosak.
  • CI 77492: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • CI 77499: CI 77499 atau black iron oxide yang terdiri daripada ferrous-ferric oksida ini merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.

CARA PENGGUNAAN DIVA INGENUE DAY CREAM

  • Sapukan pada permukaan kulit wajah dan leher yang telah dibersihkan.
  • Gunakan pada waktu siang.

Additional information

Weight 0.110 kg
SKU: DVA 007 Categories: , ,