Sale!

Diva Abluo Face Soap

RM 55.00 RM 49.00

Product Description

DIVA ABLUO FACE SOAP

Diva Abluo Face Soap diformulasi menggunakan tanah liat yang diperoleh dari Austria bagi mengatasi masalah kulit kering, kusam dan berminyak seterusnya memelihara kecantikan kulit wajah anda.

KHASIAT DIVA ABLUO FACE SOAP

  • Menyingkirkan kesan kotoran dan sel kulit mati
  • Memperbaiki sel dan tekstur kulit
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah anda
  • Mengatasi masalah kulit kering, kasar dan kusam
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit wajah
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Menyerlahkan keremajaan kulit anda
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

KANDUNGAN DIVA ABLUO FACE SOAP

  • Sodium Palmate: Sodium palmate terhasil daripada asid lemak dari sumber minyak kelapa sawit. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil dan pengemulsi yang berperanan melarutkan ramuan di dalam produk ini bagi menggalakkan fungsi dan keberkesanannya.
  • Sodium Palm Kernelate: Sodium palm kernelate merupakan garam organik yang terhasil daripada biji kelapa sawit serta berupaya memelihara kelembapan kulit.
  • Palm Acid: Asid kelapa sawit terhasil daripada minyak kelapa sawit serta bertindak sebagai bahan pencuci dan pengemulsi yang melarutkan isi kandungan produk ini.
  • Palm Kernel Acid: Ramuan ini adalah campuran asid lemak yang terhasil daripada minyak yang diekstrak daripada isirung kelapa sawit. Ia bertindak sebagai bahan pencuci dan pengemulsi yang melarutkan isi kandungan produk ini.
  • Sodium Chloride: Sodium chloride atau lebih dikenali sebagai garam merupakan bahan bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada kulit. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Etidronic Acid: Sebatian ini merupakan agen penebal yang bertindak membentuk kandungan produk ini.
  • Silt: Silt merupakan tanah liat yang sering digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri kerana khasiatnya untuk kecantikan kulit. Di samping membantu memperbaiki struktur kulit, silt yang kaya dengan zat galian ini juga mampu menggalakkan penghasilan sel kulit yang sihat, menyingkirkan toksin dan sebum (minyak), meningkatkan keanjalan kulit serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit seterusnya menjadikan kulit anda lebih berseri.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegarkan wajah anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit dan tubuh.
  • Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk ini.
  • Propanediol: Selain bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi melarutkan ramuan di dalam produk ini, sebatian organik ini turut berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit.

CARA PENGGUNAAN DIVA ABLUO FACE SOAP

  • Buihkan Diva Abluo Face Soap.
  • Gosokkan pada permukaan kulit muka dan leher secara putaran.
  • Bilas dengan air suam sehingga bersih.
  • Basahkan wajah dengan air sejuk untuk menutup liang pori.

Additional information

Weight 0.140 kg
SKU: DVA 006 Categories: , ,