Sale!

Diva Ablueo Cleanser With Stem Cell

RM 75.00 RM 69.00

Product Description

DIVA ABLUO CLEANSER WITH STEM CELL

Diva Ablueo Cleanser With Stem Cell mengandungi sel stem epal yang bertindak menanggalkan sel kulit mati tanpa mengakibatkan masalah kulit kering. Ia juga berupaya memelihara kelembapan kulit, meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit serta membantu menyingkirkan kesan cela yang menjejaskan penampilan anda.

Kandungan: 100 ml

KHASIAT DIVA ABLUO CLEANSER WITH STEM CELL

  • Membersihkan kulit wajah tanpa pengelupasan
  • Menanggalkan sisa kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Memperbaharui sel kulit yang sihat
  • Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah
  • Menyingkirkan bintik-bintik hitam pada wajah
  • Mengatasi masalah liang pori yang tersumbat
  • Mengurangkan kesan parut, jerawat, jeragat dan masalah kulit kusam
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
  • Meningkatkan keanjalan kulit wajah
  • Mencegah penuaan kulit pra-matang
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Menyegarkan kulit wajah anda

KANDUNGAN DIVA ABLUO CLEANSER WITH STEM CELL

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
  • Disodium Laureth Sulfosuccinate: Selain bertindak sebagai agen pembersih, bahan yang sering digunakan dalam produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu ini turut berperanan sebagai bahan pengemulsi bagi membantu melarutkan ramuan di dalam produk ini.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa bersama bahan pengemulsi, dimethylaminopropylamine ini berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu memelihara kelembapan kulit anda.
  • Disodium Cocoamphodiacetate: Bahan yang terhasil daripada asid lemak buah kelapa ini berperanan sebagai agen pembuih dan berupaya menanggalkan kotoran pada kulit di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah anda.
  • Polyquaternium-7: Polyquaternium-7 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi sebagai bahan pelembap di samping membantu menaikkan seri kulit anda.
  • Sodium Methyl Cocoyl Taurate: Sebatian yang terhasil daripada minyak kelapa ini bertindak sebagai bahan penstabil serta agen pembuih yang sering digunakan di dalam produk penjagaan diri seperti syampu dan pencuci muka.
  • Sodium Lactate: Ia merupakan sejenis bahan pelembap yang berupaya menggalakkan penyerapan air ke dalam lapisan kulit sekaligus mampu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • PEG-120 Methyl Glucose Dioleate: Ramuan ini bertindak sebagai bahan pengemulsi yang melarutkan kandungan di dalam produk kecantikan dan penjagaan diri di samping membantu memelihara kelembapan kulit wajah anda.
  • Sodium Cocoyl Isethionate: Sebatian yang terhasil daripada minyak kelapa ini bertindak melarutkan isi kandungan produk.
  • PEG-150 Distearate: PEG-150 Distearate merupakan bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan kandungan di dalam produk ini.
  • Pewangi: Pewangi bertindak menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.
  • Methol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Citric Acid: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya membantu memperbaiki struktur kulit, menyingkirkan sel kulit mati serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus, jerawat, jeragat dan parut. Asid sitrik turut membantu mencerahkan kulit, menyingkirkan kotoran dari liang pori serta menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Sel Stem Epal (Malus Domestica): Sel stem merupakan sejenis sel yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Sel stem yang terkandung di dalam buah epal berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh serta mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.
  • Magnesium Chloride: Magnesium klorida boleh diekstrak dari air laut serta bersifat antibiotik yang baik untuk menentang jangkitan kuman seterusnya membantu mengatasi masalah jerawat, kegatalan mahupun eczema. Ia juga berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Magnesium Nitrate: Magnesium Nitrate merupakan garam bukan organik yang berfungsi memelihara kelembapan kulit anda.
  • Methylisothiazolinone: Methylisothiazolinone merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang boleh merosakkan kandungan di dalam produk ini.
  • Methylchloroisothiazolinone: Bahan ini bersifat antibakteria dan antikulat serta berfungsi sebagai bahan pengawet yang berupaya melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi melarutkan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Diazolidinyl Urea: Sebatian yang berfungsi sebagai bahan pengawet ini berupaya menentang jangkitan kulat seterusnya membantu memelihara isi kandungan produk ini.
  • Iodopropynyl Butylcarbamate: Sebatian ini merupakan bahan pengawet yang sering digunakan di dalam produk penjagaan diri bagi melindungi kandungannya daripada kerosakan akibat jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.

CARA PENGGUNAAN DIVA ABLUO CLEANSER WITH STEM CELL

  • Gosokkan Diva Abluo Cleanser pada permukaan wajah.
  • Bilas sehingga bersih
  • Amalkan 2 kali sehari untuk kesegaran yang berpanjangan.

Additional information

Weight 0.190 kg
SKU: DVA 004 Categories: , ,