Sale!

Diva Ablue Face Scrub

RM 35.00 RM 29.00

Product Description

DIVA ABLUO FACE SCRUB

Diva Ablue Face Scrub bertindak menyingkirkan sel kulit mati tanpa merosakkan kulit wajah anda. Ia diperkaya dengan kebaikan walnut, minyak zaitun dan vitamin E yang berkesan untuk memelihara kehalusan dan keremajaan kulit di samping membantu mengurangkan kesan cela yang menjejaskan penampilan anda.

Kandungan: 30 ml

KHASIAT DIVA ABLUO FACE SCRUB

  • Menanggalkan sisa kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Menyingkirkan kesan cela seperti jerawat, parut, jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
  • Menentang penuaan kulit pra-matang
  • Menjadikan kulit wajah tampil lebih cerah dan berseri
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Menyegarkan kulit wajah anda

KANDUNGAN DIVA ABLUO FACE SCRUB

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, menyingkirkan toksin, melambatkan proses penuaan serta menyegarkan lagi kulit anda.
  • Isopropyl Myristate: Sebatian ini merupakan minyak sintetik yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang membantu menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk ini di samping membantu menentang pembiakan bakteria yang boleh merosakkan kandungan produk.
  • Propylene Glycol: Propylene glycol merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kombinasi propylene oksida bersama air. Ia berfungsi sebagai bahan penstabil bagi melarutkan semua ramuan di dalam produk ini seterusnya menggalakkan keberkesanan produk ini.
  • Polyethylene: Polyethylene merupakan sebatian yang berperanan sebagai agen pengemulsi dan berupaya mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut mahupun radang. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.
  • Dimethicone: Dimethicone adalah sejenis minyak silikon yang berfungsi menghaluskan permukaan kulit di samping mengurangkan kesan garis-garis halus dan mengekalkan kelembapan kulit anda.
  • Sodium Polyacrylate: Bahan ini adalah sejenis produk sintetik yang kerap digunakan di dalam produk penjagaan diri sebagai bahan penstabil di samping mampu mengekalkan kelembapan kulit.
  • C18-21 Alkane: Sebatian yang turut dipanggil paraffin ini terhasil daripada penyulingan petroleum serta bertindak sebagai bahan pelarut di dalam produk ini.
  • Trideceth-6: Trideceth-6 adalah sebatian yang berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan kandungan di dalam produk penjagaan diri seterusnya menggalakkan keberkesanannya.
  • Walnut (Juglans Regia): Walnut kaya dengan vitamin B-kompleks dan E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan sel kulit serta melambatkan proses penuaan, di samping membantu memelihara kelembapan kulit dan menyerlahkan seri kulit dari dalam.
  • Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh serta mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.
  • Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate turut dipanggil vitamin E acetate serta berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV). Tocopheryl acetate juga mampu mencegah proses penuaan kulit, mengatasi masalah radang serta memperbaiki struktur kulit.
  • Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini di samping membantu memelihara kehalusan kulit.
  • Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus menentang kerosakan dan penuaan sel kulit anda.
  • Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan anda.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit.
  • Caprylyl Glycol: Ia merupakan bahan silikon yang menjadikan tekstur kandungan produk ini lebih halus dan mudah untuk disapu pada permukaan kulit anda.
  • Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.

CARA PENGGUNAAN DIVA ABLUO FACE SCRUB

  • Gosokkan Diva Ablue Face Scrub dengan perlahan pada bahagian muka.
  • Bilas dengan air suam.
  • Basahkan wajah dengan air sejuk untuk menutup liang pori.
  • Bagi kulit berminyak: amalkan setiap 2-3 hari.
  • Bagi kulit kering: amalkan setiap 5-7 hari.
  • Bagi kulit sensitif: sapu sedikit skrub pada permukaan kulit untuk melihat kesannya. Teruskan penggunaan jika tidak mengalami sebarang reaksi.

Additional information

Weight 0.100 kg
SKU: DVA 005 Categories: , ,